Save on your hotel - hotelscombined.com

About

Selamat datang ke blog aku. Ok, apa yang aku nak cerita kat page ni ialah mengenai blog aku lah. Tu je hehe!

Ok, linke starto!

Salam Perkenalan

Sebenarnya dah lama aku nak buat blog tapi tak kesampaian. Ibarat hangat-hangat tahi ayam. Angan-angan ja lebih tapi tak buat-buat pun blog. Sampai lah satu masa ni aku accident. MC sampai setahun lebih. Pishang gila hidup, aku taktahu nak buat apa, alang-alang aku pun ada minat menulis (eehh acah ja) aku pun buat lah blog.

Habis intro, aku nak cakap pasal blog. Blog aku ni adalah mengenai:

  1. Travel
    • Tujuannya, aku nak berkongsi cerita travel sebagai seorang OKU (Disclaimer: Aku tak pakai wheelchair atau tongkat, cuma aku punya kaki ni lutut tak function. Jadi kalau berjalan automatik jadi robot. Ok lah walaupun tak kawaii kan) erkk~. Aku pun tengok ada gak mat saleh yang travel pakai wheelchair dan dia share pasal tu, apa kata aku pun buat jugak. At least, aku boleh kongsi maklumat mana tahu boleh bantu orang lain kan?
    • Kategori ni pun aku cuba jugak untuk buat dua bahasa. Alasannya ada di bawah bahagian Foodie tu. Hehehe, malas aku nak tulis dua kali.
  2. Student’s Life
    • Segmen ni bukanlah aku nak kongsi tips pelajar cemerlang. Bukan eh! Aku pun tak cemerlang mana hokhokhok!
    • Tujuan aku buat jugak kategori ni adalah aku nak share mengenai cara apply pjj dan yang berkaitan.
    • Jika ada masa, aku akan kongsi jugak nota-nota zaman sekolah dulu.
  3. Foodie
    • Foodie pulak aku ni suka makan. Jadi bila ada tempat makan yang best aku akan share kat blog ni.
    • Aku cuba untuk buat dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Rasa macam malu jugak nak tulis bahasa Inggeris sebab English aku pun ke laut. Tapi bila ada kawan blogger yang kata tak faham dan takleh google translate, aku pun terfikir baik jugak aku promote Malaysia sekali kan? (Maka bertambahlah sibuk aku nak kena improve aku punya bahasa Inggeris)
  4. Anime
    • Yang terakhir adalah anime. Untuk anime ni aku tak pasti nak buat kat blog ni ke blog lain. Sebabnya berbeza betul niche ni aku nak letak kat blog yang sama. Aiyaa~
    • Tengok lah macam mana nanti. Aku nak asing ke nak hentam je kat blog ni.

Buat Pembaca

Terima kasih sudi baca blog aku. Ada jugak orang nak baca rupanya.

Buat Follower

Blog aku ada lebih dari satu niche. Jadi kalau korang rasa taknak tengok semua niche korang boleh tick niche apa je yang korang nak dapat notification kat emel. Aku ada letak di bahagian follow me tu. Korang pilih korang nak category apa. Senang kan macam tu?

Save on your hotel - hotelscombined.com