Save on your hotel - hotelscombined.com
Uncategorized

Cara Bayar Kompaun Parking MB Ipoh Secara Online

Spread the love

Hi semua. Assalamualaikum dan selamat pagi. Rasanya dah hampir setahun aku tak update blog ni. Cuma buat draft je. Huhuhu~

Alang-alang dah healing di Ipoh buat kali kedua dengan kawan baru semalam. Aku rasa aku kena pastikan aku punya hidup ni dah kena back on track. No more rasa tak terurus. Hilangkan segala burnt out yang ada. Ehh? Burned out ke burn out ke burnt out yang betul? Siapa-siapa yang pandai English tolong betulkan ye. Hehehe~

Jadi aku kena pulihkan diri aku ni betul-betul. Kena strong. Done bebel.

Hari Sabtu lepas, aku pergi ke Concubine Lane dengan kawan aku. Tak perasan pula ada sign board parking berbayar. Dapat laa surat cinta dari Majlis Bandaraya Ipoh kat atas cermin kereta. Jadi blog kali ni aku nak kongsi cara nak bayar kompaun parking yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh secara online. Senang je. Korang pakai apps je tau.

Pertama sekali, korang download apps “Park@Perak”

Lepas tu, korang klik “Pengguna Baru”. (Untuk yang first time download. Kalau sudah ada akaun, korang terus log in sahaja).

Lepas dah siap, apps akan terus bawa korang ke bahagian log in. Korang log in menggunakan ID dan password yang korang create tadi.

Lepas dah log in, korang akan nampak macam ni.

Ok, jom kita check dulu, berapa kompaun yang kita kena bayar. Mula2, korang klik ikon “kompaun”. Lepas tu, masukkan nombor plat kereta korang. Di sini korang boleh nampak dengan terperinci lah. Dalam gambar ni, aku kena bayar sebanyak RM15.00.

Lepas dah tahu berapa kena bayar, kita kena topup dulu dalam apps ni.

Pergi ke “homepage” tadi dan klik “tambah nilai”. Ada beberapa pilihan untuk korang tambah nilai.

Lepas dah pilih amaun yang korang nak top up, korang boleh terus buat bayaran macam biasa. Aku pilih online banking.

Duit pun dah masuk, terus klik ke ikon kompaun. Kemudian tekan bayar dan klik ya.

Dah siap. Untuk kepastian, check semula nombor plat kereta korang. Klik kompaun, dan masukkan nombor plat.

Yeay dah kosong. Siap!

Itu sahaja. Terima kasih buat korang yang singgah di blog aku. Selamat membayar kompaun. Hehehe~


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com