Save on your hotel - hotelscombined.com
Random Blog

Cara Return/Refund Barang Di Shopee

Spread the love

Hi semua! Hari ni aku nak berkongsi pengalaman aku return laptop yang dibeli melalui aplikasi Shopee. Taktahu la nak cakap cerita ni gembira sebab customer service kedai shopee mall dan team shopee tiptop atau sedih sebab tunggu laptop validation tu rasa agak lama tapi aku boleh jadikan benda ni sebagai pengalaman hidup. Lagipun seller juga manusia. Cheewaahhh!

Apa pun, kudos to seller and shopee team yang guide aku dari A sampai Z. Masa aku update blog ni, aku rasa dah dekat seminggu dah aku guna laptop yang aku nak cerita ni.

Table of Contents

Proses Return Laptop di Shopee

Pertama sekali, balut item korang. Balut la elok2 seperti mana korang terima barang itu. Chewahh.. beriya sikit tak apa kan?

shopee,return shopee,laptop,laptop shopee
Aku packed barang atas lantai sahaja. Terpaksa lapik dengan kain sebabnya rumah aku ada kucing. Hehehe~

Korang boleh rujuk gambar step by step di bawah:

Klik korang punya item yang korang nak return. Lepas tu korang klik button return/refund.

Pilih I want to return my items.

Kemudian, select reason yang berkaitan dengan item korang.

1
2

Jelaskan masalah item korang dalam description box, upload gambar (masalah yang korang alami) dan klik submit. Memory gambar mesti lah kurang dari 2mb.

1
2

Shopee akan suruh korang select shipping option. Yang ni, seller akan bagitahu korang shipping mana yang korang perlu pilih. Macam aku, seller bagitahu guna J&T.

Dalam shopee pun memang dah ada siap2 option J&T. Jadi klik sahaja.

Dah siap. Senang kan? Nanti korang akan dapat email. Dari email tu Shopee bagi return label dalam bentuk pdf untuk print dan lekat pada parcel korang.

Berdasarkan gambar di atas, nak print di J&T pun boleh juga. Tapi aku print sahaja siap2 (dari email di rumah, sebab first time kan. Aku pun tak pasti sama ada betul2 boleh print di J&T atau tidak).

Lekat di parcel korang.

Dah sampai J&T, nanti J&T suruh korang timbang item di sana kemudian jnt akan bagi satu resit.. haa resit ni korang simpan.

Kalau rajin lebih sikit, ambil gambar resit tu dan hantar kepada seller dalam chat box.

Lepas itu, isi tracking number di Shopee.

OK! Dah siap. Korang cuma perlu tunggu update dari seller dan shopee sahaja.

Proses Lepas Dah Return Laptop

Sebaik sahaja korang sudah drop parcel di courier. Status Shopee korang akan jadi macam gambar di bawah.

Masa ini, parcel korang berada dalam perjalanan untuk pergi ke warehouse Shopee. Lepas dah sampai di warehouse Shopee, status parcel korang akan bertukar ke validation in progress. Proses ni agak lama berdasarkan pengalaman aku. Aku agak2 masa yang diambil adalah lebih kurang 7 hingga 10 hari.

Haa… sebelum aku terlupa. Kalau korang berminat nak tahu macam mana nak jana income dengan shopee. Korang boleh rujuk buku ni tau Rahsia Top Seller Di Shopee Jual Produk Hot.

Lepas Team Shopee dah siap check laptop aku. Laptop aku semuanya ok sahaja dan tiada masalah. Seller pun inform dan hantar gambar laptop kepada aku melalui Shopee chat. Shopee pun hantar semula laptop kepada aku. Proses penghantaran ambil masa selama sehari sahaja. Hari ini diorang post laptop, keesokan harinya laptop aku dah sampai rumah. J&T memang padu lah sehari ja dah sampai barang! Bagus J&T!

Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian aku. Aku harap pengalaman yang aku kongsi ni sedikit sebanyak dapat membantu korang. Kita jumpa lagi di blog lain pula. Terima kasih.


Spread the love

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com