Save on your hotel - hotelscombined.com
pengalaman pakai braces
Random Blog,  Uncategorized

Pengalaman Pakai Braces & Kos Yang Perlu Dibayar 2021

Spread the love

Hi semua! Mesti korang tengah survey-survey harga braces dan pengalaman orang kan? Aku pun macam tu juga. Sebelum aku buat keputusan nak pakai braces (pendakap gigi) ni, aku baca dulu blog dan tengok Youtube mengenai pengalaman orang lain pakai braces beserta dengan kos-kos yang perlu dibayar.

Aku pasang braces aku di klinik Dental Hub. Korang boleh tengok maklumat klinik di bawah :

Maklumat Klinik Pergigian Dental Hub

Nama: Klinik Pergigian Dental Hub – Simpang Ampat
Alamat: No. 119, Ground & 1st Floor, Lorong 22/SS1, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 9:30 AM – 8:00 PM (Isnin hingga Sabtu)
No. Telefon: 016 – 700 5600

Mula-mula doktor akan cuci gigi. Lepas tu doktor ambil acuan gigi. Masa doktor masukkan benda ni yang nak ambil acuan gigi tu, aku taktahu apa nama dia, memang rasa nak termuntah. Sementara nak tunggu acuan tu mengeras kan, terpaksa lah tahan rasa nak muntah tu. Lepas dah ambil acuan, aku pergi ambil x-ray. X-ray pun dibuat di klinik yang sama. Tapi klinik ni cuma bagi soft copy sahaja. Mereka tak sediakan hard copy dan CD.

Kalau korang nak ambil x-ray yang berikan CD. Korang boleh pergi ke klinik di bawah:

Maklumat Klinik Pergigian Dentabay Seberang Jaya

Nama: Klinik Pergigian Dentabay Seberang Jaya
Alamat: 37, Lorong Lampam 3, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
9:30 AM – 7:00 PM (Isnin hingga Jumaat)
9:00 AM – 3:00 PM (Sabtu dan Ahad)
No. Telefon: 011 – 5503 2140

Sebelum korang pergi, call atau whatsapp dahulu ok. Korang kena buat appointment dahulu, barulah korang boleh pergi ke klinik.

Lepas ambil x-ray, dari situ lah doktor cerita dari A sampai Z mengenai gigi aku. Aku perlu cabut 8 batang gigi. Iaitu 4 gigi bongsu dan 4 gigi biasa. Melalui x-ray tu juga lah doktor beritahu yang 2 batang gigi bongsu aku perlu dibedah. Sebabnya gigi tu duduk di dalam gusi dan kedudukannya terbaring.

xray, pakai braces, gigi bongsu

Jadi, sebelum nak pasang braces tu, aku buat keputusan untuk cabut dulu semua gigi yang perlu dicabut. Lepas habis satu hal tu, barulah aku pasang braces.

Jadi, aku cabut dulu 1 batang gigi untuk hari tu juga. Jumlah bayaran untuk hari tu adalah sebanyak RM 300.00++. Jumlah tiga ratus lebih ni adalah termasuk dengan cabut 1 batang gigi, cuci gigi dan x-ray.

Dua tiga hari kemudian, aku pergi ke klinik kesihatan untuk buat appointment pembedahan gigi bongsu. Korang boleh baca pengalaman aku kena bedah gigi bongsu di Pengalaman Bedah Gigi Bongsu Di Dalam Gusi.

Dah habis bedah, aku pun dah sembuh dah boleh menyanyi acah-acah penyanyi terkenal di youtube, gigi pun dah cabut kelapan-lapan batang. Maka, sampai lah hari aku untuk pasang braces. Lama juga aku rasa masa doktor tengah pasang braces tu, dalam sejam lebih tu ada.

Tak boleh bayang la sakit belakang dengan tengkuk doktor yang pasang braces tu. Hahahha! Bayangkan kalau sehari lebih 5 orang nak pasang braces. Aduhhh! Sakit weh belakang tu. Dah la duduk punya lama. Habis bebel..

Braces yang aku pakai ialah Damon Braces. Kat klinik ni ada 2 jenis braces iaitu Traditional Braces dan Damon Braces. Traditional Braces ialah braces yang korang boleh pilih warna-warna getah tu. Damon Braces pula korang tak boleh pilih warna sebabnya memang tak ada. Braces ni besi semata-semata. Hahahahah! Mengenai harga, Traditional braces menawarkan harga yang murah sedikit dari Damon Braces.

Berikut adalah bayaran yang dikenakan:

Deposit: RM 2,000.00 (RM 1,500.00 sudah boleh bayar untuk deposit)
Bayaran bulanan: RM 200.00 – RM 300.00
Anggaran jumlah harga Damon Braces: RM6,500.00++ (Aku tulis anggaran sebab aku lupa total dia).
Anggaran harga X-Ray: RM 200.00 +-
Cabut gigi: RM 100.00 sebatang

Lepas ni, dah boleh dah korang buat bajet dan kumpul duit siap-siap untuk pasang braces. Heheheh… Bawah ni adalah gambar gigi aku sebelum dan selepas pasang braces dalam masa 1 bulan.

Selepas 1 Bulan

Selepas 4 Bulan

Aku akan update post ni dari semasa ke semasa mengenai perkembangan gigi aku. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku.

Sebelum aku terlupa, korang followlah Instagram doktor gigi aku. Selain doktor, beliau juga merupakan seorang Wildlife, Landscape dan Travel photographer. Follow ok jangan tak follow. Instagram Dr Tow: Dr Tow Photography.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com