Save on your hotel - hotelscombined.com
Malaysia,  Travel

Tak Dapat Hotel – Aku Stranded Di Terengganu

Spread the love

Wah… Pejam celik pejam celik. Hari ni tiba masanya untuk aku pergi ke Terengganu pula. Setelah bersarapan pagi dengan Nasi Kerabu, aku dan sepupu pun bertolak dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Terengganu mengambil masa hampir 3 jam.

Korang nampak kan tajuk blog aku hari ni. Nampak tajuk macam. Ehh! Kau ni tak reti cari hotel ke apa? Hahahaha! Sebenarnya aku dah book hotel. Tapi silap aku sebab tak check dulu. Hotel yang aku book tu, tak ada lift. Kena naik tangga 2 tingkat. Dengan bawa luggage dan lutut lock sebelah tu agak susah laa kan. Jadi aku pun cancel booking.

Lepas itu, aku cari hotel lain. Tapi nasib hari tu kurang baik. Hotel yang ada lift harga lebih dari bajet. Ini laa bila nak travel tapi kurang berkemampuan. Dah kena cari hotel murah. Kahkahkah! Sebelum orang kutok aku, baik aku kutok diri sendiri kan pfftt. Lepas 3 hotel cari, yang ada lift semuanya harga RM100 lebih satu malam. Maklum lah benda dah last minute kan. Sedangkan plan aku nak duduk di Terengganu adalah selama 4 hari 3 malam. Lepas berbincang dengan sepupu aku, aku pun buat keputusan untuk menumpang tidur di rumah dia sahaja.

Jadi, plan asalnya nak stay di Kuala Terengganu berubah ke Paka. Lepas itu, kami berdua berhenti makan di Old Town White Coffee. Hari pun dah malam, dengan hujan lagi. Nak pergi ke mana pun taktahu. Selesai makan, kami pun bertolak ke Paka. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Paka mengambil masa dalam satu jam lebih. Sempat lah kami singgah di Watsons nak beli barang sikit. Setelah sampai, aku kemas beg, mandi dan berehat.

Sepanjang 2 malam aku berada di Paka, aku tak ada buat apa-apa pun. Cuma berehat sahaja dan makan pun sepupu aku dan kawan dia yang belanja sepanjang berada di sana. Terima kasih banyak buat sepupu aku dan kawan-kawan dia iaitu Arasso dan Melissa. Keesokan paginya, aku pergi ke Dungun dengan menaiki grab. Alang-alang dah sampai di Dungun, aku plan nak jalan-jalan di situ dan berjumpa dengan kawan di PUBG sahaja iaitu kawan sekerja sepupu aku jugalah.

Dah sampai di Dungun, aku check in di Hotel Pen’ U Cottage. Apa yang aku suka dengan hotel ni ialah kawasan dia sangat lah strategik. Macam-macam ada dan semuanya adalah dalam walking distance sahaja. Aku kongsi maklumat hotel di bawah.

Hotel Pen’U Cottage

Nama Hotel: Pen’U Cottage
Alamat: 18076, Tingkat 1 & 2, Kompleks Perniagaan Sura Gate, Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Laman Web: Pen’U Cottage
Facebook: Pen’U Cottage
Phone: 09-8458333
Mobile: 017-9599886
Email: pen_u_cottage@yahoo.com
Kemudahan/Kedai Berdekatan: Kedai emas, kedai serbaneka, Marrybrown, kedai makan, MyKori, Al-Ikhsan, kedai runcit, Subway, Guardian, kedai dobi

Di Dungun, aku berjumpa dengan kawan PUBG dan makan udang celup tepung. Tapi aku terlupa nak ambil gambar kedai makan pula dan terima kasih Goku sebab belanja makan. Habis makan, aku pergi tengok pantai Dungun. Pada waktu malam pula, aku makan di MyKori. Keesokan harinya, aku pun bertolak ke Pulau Pinang dengan menaiki bas pada jam 8:00 malam. Sekali lagi, terima kasih Goku tolong hantarkan ke stesen bas. Jimat duit aku tak payah book Grab. Hahahahha!

Setakat ini sahajalah blog aku. Terima kasih banyak buat korang yang sudi singgah-singgah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com