Save on your hotel - hotelscombined.com
kuih keria batu berendam
Foodie,  Malaysia,  Travel

Travel Ke Melaka, Part 2: Mencari Cononut Shake & Kuih Keria

Spread the love

Lepas dah kemas semua barang, kami pun check-out pada jam lebih kurang 10 ke 11 pagi. Destinasi pertama kami pada pagi itu ialah Pantai Klebang.

Pantai Klebang (Sumber: My Singgah)

Disebabkan waktu masih awal lagi, gerai-gerai makan yang ada di sekitar pantai ini masih belum dibuka. Jadi, macam biasalah, bergambor je keje engko ye!

Pantai ini kan, jujurlah bagi aku macam sedih sahaja. Hurm.. tak nampak macam pantai lah. Huhuhu~ (OK, aku baru baca maklumat mengenai pantai ini, rupanya, bukan pantai asli). Korang boleh baca maklumat lanjut mengenai pantai ini di laman web Jom Jalan: Pantai Klebang.

Dah habis bergambar, kami pun cari makan lah. Kebuluran sudah. Sarapan pagi pun belum. Kami pun guna google maps nak mencari Coconut Shake Batu Berendam. Jalan punya jalan, kami pun sampai. Sejujurnya, berbaloi tau datang ke sini. Sebab kat kawasan sini macam food court. Macam-macam ada. Korang lapar nasi ke kuih ke apa, datang sini sahaja. Semua ada.

Pertama sekali aku pesan air. Coconut Shake dia bagi aku rasa dia biasa sahaja. Bila datang sini lagi nanti, boleh sahaja lah order sekali lagi. Tapi dia punya mango shake tu memang sedap. Aku tak tahu lah berapa gelen buah mangga orang itu letak. Memang tak kedekut buah lah senang cerita. Ini yang kita mahukan! Hahaha!

coconut shake di melaka
Coconut Shake Batu Berendam

Maklumat Coconut Shake Batu Berendam

Nama Tempat: Coconut Shake Batu Berendam
Waktu Operasi: 9:00 AM – 11:30 PM (Setiap hari)
Contact: 019 – 684 1270 / 016 – 889 7546
Email: coconutshakebb2010@gmail.com
Facebook: Coconut Shake Batu Berendam
Laman Web: Coconut Shake Batu Berendam

nasi ayam batu berendam
Nasi Ayam Madu Cik Sue

Dah dapat air, aku order nasi ayam pula. Di gerai nasi ayam ni ada pasembor juga. Tapi orang Melaka panggil rojak kuih udang. Aku tahu pun lepas baca banner kedai ini. Nasi ayam dia bagi aku biasa sahaja. Tak wow atau kebaboom sangat lah bagi aku.

Maklumat Nasi Ayam Madu Cik Sue

Nama Tempat: Nasi Ayam Madu Cik Sue
Waktu Operasi: 9:00 AM – 6:00 PM (Jumaat – Rabu)
Contact: 012 – 666 0835

Maklumat Kuih Keria Gula Melaka Batu Berendam

Nama Tempat: Kuih Keria Gula Melaka Batu Berendam Batu Berendam
Waktu Operasi: 8:30 AM – 7:00 PM (Setiap hari)
Contact: 010 – 902 5975
Email: keriaaslimelaka@gmail.com@gmail.com
Facebook: Kuih Keria Gula Melaka Batu Berendam

Dah habis makan nasi, aku sambung pula makan kuih keria. Kuih keria ni memang wow bagi aku. Sedap gila! Tak rasa tepung. Ubi keledek tu banyak. Ada orang cakap, kuih keria klebang lagi sedap. Tapi aku taktahu lah nak review macam mana kan sebab tak pernah cuba. Tapi untuk kuih keria ni aku bagi 9/10. Sedap dan besar. Ish! Memang mantap ah rasa dia! Aku tengah menaip ni pun teringat, kalau lah boleh pergi beli sekarang… Huhuhu… Lain kali aku datang Melaka lagi, memang aku akan cari kedai ni.

(Ketiga-tiga kedai berada dalam satu kawasan)
Alamat: Taman Cergas, 75350 Batu Berendam, Melaka

OKU Friendly Atau Tidak – Fizikal (Untuk Ketiga-tiga Kedai – Satu Kawasan Yang Sama)
(Disclaimer: Aku kongsi berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri)
Wheelchair: Ya (Ada laluan untuk kerusi roda (laluan macam sempit sedikit tetapi masa aku tengah makan, ada pelanggan yang berkerusi roda di sini)
Walking Frame: Ya (Tetapi laluan kerusi roda agak sempit dan bendul agak tinggi)
Axillary/Elbow Crushes: Ya

Usai makan. Kami pun bergerak ke Stesen KTM Batang Melaka. Dari sini, aku akan turun di Gemas. Kemudian, barulah aku bertolak ke Kelantan. Setakat ini sahaja cerita aku. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku. Kita berjumpa lagi di (blog masih dikemas kini).


Spread the love

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com