Save on your hotel - hotelscombined.com
Kuma rainbow cheese
Foodie,  Malaysia,  Travel

Trip Ke Ipoh, Perak: Part 3 – Concubine Lane & Roti Pelangi!

Spread the love

Habis makan kat Canning Dim Sum, kami pun bertolak ke Concubine Lane. Untuk pengetahuan korang, Lane ni ada tiga.

Pertama: Wife Lane (Kini dikenali sebagai Hale Lane)
Kedua: Concubine Lane (Kini dikenali sebagai Panglima Lane)
Ketiga: Second Concubine Lane (Kini dikenali sebagai Market Lane)

Jom story sikit!
Lorong Panglima ini lebih dikenali sebagai Concubine Lane atau dalam bahasa Melayu ialah Lorong Isteri Kedua. Lorong ini telah pun wujud sejak tahun 1908 lagi. Lorong ini terkenal sebagai sebuah pusat penghisap candu, perjudian, dan pelacuran dan dimiliki oleh seorang taikun (jutawan lombong) di sekitar kawasan Ipoh. Namun pada masa kini, lorong ini telah dijadikan sebagai sebuah tempat untuk restoran-restoran dan kedai menjual hadiah dan cederamata. (Credits to MBI)

Perjalanan dari Canning Dim Sum ke Concubine Lane ambil masa dalam 8 minit. Dekat sahaja.

Google Map

Lepas tu kami parking kereta macam dalam gambar kat bawah ni. Kena bayar tapi aku lupa berapa ringgit. Aku rasa dalam RM 5.00 kot.

concunbine lane ipoh, lorong panglima, ipoh, perak
Tempat kami letakkan kereta

Lepas tu kami jalan kaki.

concubine lane ipoh, lorong panglima, ipoh, perak
Kat sinilah kami berjalan. Sebelah kiri tu tempat letak kereta.

Masa ni lah kami sesat. Dah lah panas. Tak ingat dah aku pukul berapa rasa macam tengah hari ada kot. Pusing sana pusing sini, tak jumpa-jumpa lagi pun. Aku taktahu lah google map tu ada hantu ke apa kan. Hahahah!

Lepas tu kami terjumpa satu tugu.

Tugu Peringatan Birch

Tugu peringatan ini dibina oleh pihak British bagi memperingati seorang Residen British pertama di Perak iaitu J.W.W.W Birch. (Credits to MBI)

Lepas tu sambung jalan balik, pusing-pusing sana sini baru lah jumpa Concubine Lane tu haa.

Di lorong ini ada dua kedai yang kami nak pergi iaitu Kuma Rainbow Cheese dengan Harry Potter Themed Cafè. Dua kedai di bertentangan saja.

Kami singgah di Kuma Rainbow Cheese dahulu.

Kuma Rainbow Cheese

Maklumat Kuma Rainbow Cheese

Nama Tempat: Kuma Rainbow Cheese
Waktu Operasi: 10:00 AM – 7:00 PM (Dibuka pada setiap hari)
Alamat: 25, Panglima Ln, 30000 Ipoh, Perak
Contact Info: 016 – 749 6803
Facebook: Concubine Lane – Kuma Rainbow Cheese
Halal status: Halal (Staf Muslim)

OKU Friendly Atau Tidak? – Fizikal
(Disclaimer: Aku tulis ni berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri.)
Wheelchair: Ya ✅
Walking frame: Ya ✅
Axillary/Elbow Crutches: Ya ✅

Rainbow Cheese Toast

Cantik kan roti tu? Untuk rasa aku bagi 3.8/5. Ke sikit sangat tu? Roti ni sedap ja dan korang kena makan masa panas-panas tu. Tapi sedap yang biasa. Maksud aku rasa dia ni kalau korang pergi beli roti cheese tarik kat mana-mana kedai yang sedap, yang cheese banyak, toast pun elok, macam tu lah rasa dia. Rasa dia tak superb yang bila makan tu kan, akan rasa macam “Ishh.. aku kena beli lagi satu atau dua keping ni, satu saja memang takkan cukup.”

Aku bagi contoh macam aku beli kerabu mangga kat Bangkok Station. Hari ni aku beli sebungkus. Lepas tu sedap gila aku rasa. Esok tu aku repeat order 4 bungkus. Sebab 1 memang takkan cukup. (Ini maksud aku hehehe).

Tapi untuk appearance roti tu aku bagi 5/5 bintang. Cantik!
Customer service pun 5/5 bintang. Keep it up! We love it!

Kami beli set dengan air sekali. Air apa aku pun dah lupa. Jumlah untuk satu set ni RM 20.80

Habis makan roti, kami pergi ke Harry Potter-themed cafe.

Ini pintu masuk kedai. Yang petak pink tu aku tutup orang.

Maklumat Platform 9 1/2 – Hary Potter-Themed Cafe

Nama Tempat: Platform 9 1/2 (Platform Nine And Half Cafe)
Waktu Operasi: 11:00 AM – 6:30 PM (Dibuka pada setiap hari)
Alamat: 22, Panglima Ln, 30000 Ipoh, Perak
Contact Info:
Email:
Social Media:
Halal status: Halal (Korang boleh rujuk di laman web Have Halal Will Travel)

OKU Friendly Atau Tidak? – Fizikal
(Disclaimer: Aku tulis ni berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri.)
Wheelchair: Tak pasti (Jika nak order air lepas tu take away, ya, kawasan tersebut muat untuk masuk wheelchair. Tetapi untuk masuk ke ruang Harry Potter aku tak pasti. Sebabnya masa kami pergi haritu, kami perlu naik tangga. Berdasarkan gambar di internet pula, ada pintu lain lagi yang tak perlu guna tangga. Jadi, aku tak dapat kongsi info pasal ni. Kalau korang tahu apa-apa, sila tinggalkan komen).
Walking frame: Tak pasti (Penerangan sama seperti di atas)
Axillary/Elbow Crutches: Ya✅

Kalau nak naik tingkat atas, tempat yang korang nak ambil gambar tempat Harry Potter, korang kena order satu benda tak kisah lah air ke apa. Seorang satu order. Contoh, Kalau korang datang 4 orang, empat-empat orang tu kena order satu air, baru semua boleh naik atas. Kalau 3 orang je order, 1 lagi tak. Yang 1 tu tunggu je lah kat bawah.

Macam aku dengan Kathy, aku order S. Butter Cream Soda Float dan Kathy pula order Spooky Strawberry Latte Frappe.

Kiri: Spooky Strawberry Latte Frappe.
Kanan: S. Butter Cream Soda Float

Korang boleh tengok video di Youtube The Hanafi Yahaya ni jika korang nak tahu suasana dalam cafe tu macam mana. Gambar aku ambil tak nampak penuh sebab ada orang. Jadi aku share link video je lah ok?

Lepas habis tu, kami pun dah ready untuk pergi ke Qin Xin Ling. Tapi sebelum tu, kalau korang nak pergi sini, tiket masuk tu korang kena beli di tempat lain. Tempat Qin Xin Ling tu tak jual tiket masuk.

Korang kena beli tiket tu di Kedai Perabot Kota. Boleh je call dulu sebelum beli tiket, korang tanya lah dah buka ke dah tutup kan. Nanti kalau pergi awal pagi sangat ke, kedai belum buka pula. Hehehe.

Kedai Perabot Kota. Sumber: Facebook

Nak dijadikan cerita, elok je kami nak pergi ke tempat parking lepas habis balik dari cafe tu, hujan turun. Lebat pulak tu. Tapi sebab kami masih lagi menaruh harapan palsu yang hujan akan berhenti, aku pun telefon lah kedai tu tanya pasal tiket. Malangnya, kami dah sampai kat kedai perabot tu pun, hujan tak berhenti lagi.

Hujan yang turun bagaikan mutiara~

Dah tunggu, lepas tu hari pun dah lewat, memang tk sempat nak pergi cultural park tu kalau hujan berhenti sekali pun. Jadi kami terpaksa batalkan plan. Dan terus cari hotel.

Pusing punya pusing, dengan hujan lebat tak kurang sikit pun, kami terkandas pulak sebab banjir. Nak patah balik guna jalan lain pun dah jauh, kami tak jumpa jalan besar. Nak redah pun bahaya juga. Kereta rosak nanti masak kami nak balik. Kami pun parking kereta depan Speedmart sementara tunggu hujan reda. Sambil-sambil aku balas whatsapp group masa tu. Kelas malam tu cancel. Hahahaha!

Hujan dah reda, kami gerak cari hotel. Dah jumpa hotel, hotel penuh. Ingatkan cuaca ja mendung masa tu, nasib kami pun mendung. Lepas tu, cari pula hotel lain.

Hotel CheckedInn ada kosong. Kami pun terus book. Dan rehat sekejap dalam bilik sebelum keluar makan. Btw, kami dinner di Daud Restaurant.

Tk payah cerita apa dah kot kan, dah panjang sangat post ni, bosan pulak panjang-panjang.

Ok. Habis dah post aku untuk Part 3. Kita jumpa lagi Part 4: Kellie’s Castle & Maze Park. Review hotel yang kami duduk tu korang boleh tengok di Staycation: Hotel Checked Inn Review. Terima kasih.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com