Save on your hotel - hotelscombined.com
Foodie

Cara Order Starbucks Step By Step Untuk Beginner

Spread the love

Disclaimer: Aku bukanlah kaki setabak ye temen2. Barista Starbucks pun bukan. Cuma aku nak kongsi ni lepas aku baca komen yang ada orang masih belum tahu tahu cara nak order Starbucks. Sharing is caring kan? Jom tengok macam mana nak order air ni.

Ni tips mudah aku nak bagi sebelum aku kongsi cara nak order starbucks.

TIPS

Untuk first timer, sebelum korang pergi order air, korang boleh pergi buka dulu aplikasi Grab kat handphone tu, (kalau belum, korang boleh download aplikasi Grab di app store atau playstore) kemudian pergi ke GrabFood dan cari kedai Starbucks. Boleh dulu tengok-tengok setiap air yang ada kat situ, siap dengan kategori dan penerangan mengenai air tersebut.

Credits to: GrabFood
Credits to: GrabFood

Kenapa Grab? Sebabnya aku rasa lagi mudah nak tengok. Kalau korang rasa taknak tengok di aplikasi Grab pun tak apa. Korang boleh rujuk gambar di bawah:

Credits Image To: Atome

Untuk size cawan pula, korang rujuk gambar di bawah:

Tall-Small, Grande-Medium, Venti-Large. Beza harganya adalah RM1.00 kot. Tak ingat sangat

Ok dah habis tengok? Jom kita mulakan.

Step 1: Pertama sekali, air di kedai Starbucks ada beberapa jenis kategori iaitu:

  1. Espresso & Coffee
  2. Frappucino (Blended Beverages)
  3. Chocolate & Tea
  4. Ready To Drink

Manakala makanan pula, ada kategori:

  1. All Day Treat (Satu air dan satu makanan)
  2. Bakery
  3. Savoury
  4. Cakes & Desserts

Disclaimer: Kategori mungkin ada penambahan lain. Tapi aku cuma tulis sebahagian sahaja yang diambil dari menu Starbucks di aplikasi Grab.

Dah habis tengok menu? Dah faham? Ok, dah boleh bersiap-siap, pergi ambik kunci motor/kereta korang. (Lebih mudah, korang order je terus dari aplikasi Grab tu).

Step 2: Contoh, korang nak order Java Chip Frappucino. Korang pergi ke kaunter dan beritahu barista “Saya nak order Java Chip Frappucino”

Step 3: Lepas itu, barista akan tanya dekat korang. Korang nak size cawan apa. Korang kena ingat, nak tambah size cawan ni korang kena tambah RM1.00 (Kalau harga salah korang komen ya, nanti aku betulkan). Tapi untuk beginner, cawan kecil atau medium sudah mencukupi lah bagi aku. Tambah-tambah untuk orang yang bukan sweet tooth. Tak suka benda-benda manis macam aku. Hehe. Salah satu sebab aku jarang minum Starbucks lah hehe selain harganya di luar kemampuan untuk aku minum selalu.

Step 4: Barista akan tanya lah, sama ada korang nak whip cream atau tidak. Atau korang nak add on apa-apa lagi benda lain macam caramel drizzle, cookies crumbs, chestnut pralines topping dan sebagainya.

Korang perlu ingat yang untuk step 4 ni. Jika korang sudah bajet duit RM20 untuk beli Java Chip Frappucino. Aku sarankan untuk korang Tak Perlu atau Jangan Tambah apa-apa. Sebabnya, setiap add on ini ada casnya yang tersendiri. Jadi jika korang ambil banyak add on, nanti kena bayar lebih mahal lah dari apa yang korang lihat di menu semasa order air tadi.

Step 5: Ok. Dah habis order, korang pun boleh buat pembayaran sama ada secara cash ataupun menggunakan kad debit/kredit.

Macam mana pula kalau korang nak order Starbucks secret menu? Ha. Yang ini lagi senang. Step sama macam di atas cuma korang hanya perlu tunjuk sahaja gambar secret menu yang korang nak. Nanti barista yang akan buat kan. Aku kongsi contoh secret menu di bawah: Starbucks Secret Menu & Foodie: 10 ‘Secret Menu’ Daripada Starbucks Yang Anda Boleh Cuba Sendiri.

Korang nampak kan screenshot Butterbeer Frappucino di atas. Haa.. Gambar ini, korang boleh tunjuk sahaja kepada barista. Nanti barista akan buatkan untuk korang. Bayar dan siap!

Itu sahaja perkongsian kali ni. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com