Save on your hotel - hotelscombined.com
Random Blog,  Uncategorized

Pusat Rehabilitasi Perkeso, Part 4: Kemudahan & Kelas

Spread the love

Hi semua! Dah masuk Part 4 dah cerita mengenai perkeso ni. Mungkin ini part yang terakhir. Tapi kalau ada yang berminat nak tahu pengalaman aku sepanjang berada di sini boleh lah aku buka section lain pulak. Ada ke yang berminat? Ka aku shoq sendiri nih? Hukhuk!

OK, jom aku share kemudahan lain yang ada di sini.

ATM (Automated Teller Machine)

Ni benda yang paling penting ni aku rasa. Andai kata korang dah kehabisan sabun basuh baju ke, atau bawak baju tak cukup, boleh lah korang pergi tekan duit. Lepas tu shopping kat Mydin. Mydin lah yang paling dekat dengan pusat rehab ni. Jadi, bawa lah kad bank anda.

Kalau korang nak pergi tempat lain pun boleh. Contohnya, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, AEON (kat sini ada 3 buah AEON kot tak silap aku, kena tanya orang Melaka sendiri nih).

VENDING MACHINE

Kat sini ada 4 vending machine iaitu tiga air dan satu keropok. Kalau nasi lemak, satay ke boba punya vending machine tak ada lah. Beshe-beshe je nih.

BUGGY

Buggy ni ala-ala grab atau uber untuk korang naik untuk pergi ke kelas atau balik ke asrama. Nak panggil tuktuk pun boleh kot. Contohnya, dari kelas vokasional nak pergi ke kelas physiotherapy kan jauh sikit dalam beberapa minit perjalanan. Boleh lah korang naik buggy. Kalau korang nak berjalan pun boleh sahaja. Macam aku dulu masa pakai walking frame dan crutches aku banyak naik buggy. Bila dah lepas tongkat, aku jalan kaki sahaja pergi ke kelas. (Time malas aku naik juga buggy tu)

Buggy Car

KELAS
Di sini ada 5 bilik iaitu kelas korang. Susah pulak aku rasa nak terang jadi korang tengok je list di bawah:

Finger 1:
Aku tak ingat bilik ni nama apa. Tapi di dalam bilik ni ada lagi beberapa bilik lain yang merangkumi bilik untuk pendengaran, dietitian, optometrist dan sebagainya.

Finger 2: Aquatic Centre
Bilik ni ada kolam untuk buat Hydrotherapy. Aku tak pernah masuk bilik ni jadi aku taktahu nak kongsi apa. Next~

Finger 3: Gymnasium
Macam yang kita biasa dengar gym tu kan. Haa… inilah biliknya. Sama juga aku tak pernah masuk jadi tak ada cerita untuk dikongsi.

Finger 4: Physiotherapy
Inilah bilik yang digunakan untuk menjalankan fisioterapi. Ada banyak rawatan yang disediakan. Contohnya, exercise, rawatan laser, magnetotherapy dan sebagainya. Di bilik ini lah aku belajar untuk berjalan dengan tongkat, tanpa tongkat, imbangkan badan, naik tangga dan macam-macam lagi. Mula-mula rasa susah sangat. Dengan kaki tempang sebelah ahhahaah! Aduh! Lawak tengok diri sendiri belajar berjalan. Apa pun, syukur aku masih boleh berjalan, boleh menjalani kehidupan seharian walaupun fizikal aku dah tak sempurna seperti dahulu. Don’t worry! Be happy! Live your life to the fullest! Kalau sedih, cuba korang pergi baca kisah hidup Stephen Hawking, Nick Vujicic dan Lizzie Velasquez. Siri buku Nick Vujicic juga ada dijual di Popular.

Terima kasih aku ucapkan buat Cikgu W dan Cikgu C yang membantu aku sepanjang aku berada di sana.

Finger 5:
Bilik 5 ni aku masuk untuk buat aktiviti pada waktu petang, hari Sabtu dan belajar memandu.

Aktiviti Memasak Pada Waktu Petang
Aktiviti Hari Sabtu: Main Jutaria Versi Gergasi (Orang Sengaja Aku Tutup Demi Menjaga Privasi)
Driving Simulator – Sebelum Bawa Kereta Betul, Belajar Kat Sini Dahulu

Bilik Bawah:

Bilik ni di tingkat Ground Floor ada Industrial Rehab dan Occupational Therapy. Di sinilah aku belajar angkat barang nak tahu tahap maksimum aku takat mana, naik turun tangga, exercise kaki dan sebagainya. Aku pun tak ingat dah nak tulis apa lagi. Terima kasih buat Cikgu H dan Cikgu A yang membantu aku sepanjang aku menjalani rehab di bilik ni. Tak lupa juga pada Cikgu L, Cikgu T, Cikgu R yang tolong aku ketika cikgu aku tak ada.

KELAS VOKASIONAL

Vokasional? Belajar kemahiran? Yes! Kat sini pun korang boleh join kelas kemahiran yang ada. Contohnya seperti kelas menyulam, menjahit, bakery, graphic design, elektrik, elektronik, membaca, keusahawanan dan kelas komputer yang merangkumi Microsoft Excel, Word dan Powerpoint.

Di kelas vokasional aku ambil kelas komputer. Di sinilah aku belajar menggunakan Microsoft Excel dan Word dari level basic sehinggalah level advanced. Terima kasih aku ucapkan buat Cikgu S yang sabar habislah mengajar aku yang cepat lupa dan selalu blur ni. Tambah-tambah ketika belajar Excel. Susah betul aku nak ingat formula tu. Hehehe~

Sebelum aku akhiri sesi terima kasih ni, aku nak ucapkan juga terima kasih buat Case Manager aku Cik F, doktor aku iaitu Dr. R, roommate aku yang dah discharge Kak S dan S, current roommate Makcik H dan kawan-kawan yang lain. Sejujurnya, aku rindu semua moment-moment manis, pahit, sedih, masam, cuka, gula dan garam sepanjang berada di sini. Ermmm….

TAXI ATAU GRAB?

Aku nak bagitahu siap-siap, hari Isnin sampai Jumaat takda grab. Sebab kawasan sini agak jauh jadi susah lah nak dapat grab. Grab senang dapat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi korang kena pakai taxi. Number taxi pula aku ambil dari Facebook je.

Korang boleh contact Taxi Melaka (aku pernah guna taxi melaka ni beberapa kali iaitu untuk pergi aeon dan pergi ke stesen bas) ni jika korang nak pergi berjalan-jalan. Atau kalau korang ada kawan-kawan yang ada transport sendiri, boleh lah korang tumpang. Yang penting, tong-tong lah duit minyak tu ye.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Pusat Rehabilitasi Perkeso, korang boleh rujuk di link di bawah:

Laman Web: Pusat Rehabilitasi PERKESO
Facebook: Pusat Rehabilitasi PERKESO

Baca juga: Pusat Rehabilitasi Perkeso, Part 1: Barang Untuk Dibawa

Itu sahaja perkongsian buat kali ini. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku.


Spread the love

2 Comments

    • Ree Aki

      Hi encik, terima kasih singgah di blog saya. Asrama menyediakan kipas. Mengenai bantuan, saya tak pasti sebab sudah lama saya pun sudah lupa. Seingat saya, ada warden yang bertugas di asrama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com