Save on your hotel - hotelscombined.com
Random Blog,  Uncategorized

Pengalaman & Cara Memohon Kad OKU

Spread the love

Hi! Post kali ni aku nak kongsi cara buat kad OKU. (Peringatan: Post ditulis pada tahun 2021, jika tahun-tahun yang akan datang korang terjumpa post ni – aku tak pasti lah sama ada procedure dan dokumen yang diperlukan masih sama atau tidak.)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (pastikan borang telah diisi dengan lengkap dan telah ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan. (Lepas tu, borang yang telah lengkap tu korang photostat)
    • 1 salinan – untuk diserahkan kepada pihak hospital/klinik. (Jika diminta)
    • 1 salinan – untuk Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah bagi pendaftaran persekolahan. (Macam aku ni dah habis sekolah satu abad yang lalu, jadi tak payah lah)
    • 1 salinan – untuk simpanan sendiri.
  2. 1 salinan sijil kelahiran/mykid/mykad.
  3. 1 keping gambar berukuran saiz passport.

PROSES PERMOHONAN

  1. Pergi ke JKM yang berdekatan dengan rumah korang.
    • Aku senaraikan nombor telefon JKM di Pulau Pinang untuk rujukan korang:
      1. Daerah SPU: 04 – 575 8715
      2. Daerah SPT: 04 – 538 5707
      3. Daerah SPS: 04 – 582 1798
      4. Daerah BD: 04 – 866 8442
      5. Daerah TL: 04 – 226 4531
    • *Nota: sekarang musim pkp,pkpb office ditutup. Tapi korang boleh drop borang tu dalam kotak yang disediakan.
    • *Nota: Hantar borang di dalam korang punya kawasan daerah supaya senang nak buat apa-apa urusan. Contoh: Korang tinggal di Nibong Tebal (SPS), korang hantar borang ke JKM di Jawi (SPS).
  2. Bagi borang yang dah siap diisi dan dicop kepada staff yang berkenaan.
  3. Siap!

PROSES MENUNGGU
Lepas korang dah hantar borang tu, korang akan diberi satu kertas macam kat bawah ni. Jadi dalam masa 30 hari selepas hantar borang tu, korang perlu call number yang diberi untuk pertanyaan mengenai status permohonan sama ada permohonan diluluskan atau tidak. (Ingat ye, bukan tunggu call tapi korang yang kena call dan tanya).

Kertas yang diberikan

Update June 2021:

Sepatutnya aku perlu call dah nombor ni, tapi aku lupa lah pulak. Sekarang ni PKP, aku rasa office tu mesti tutup. Aku cuba call lah nanti.

Update June 2021:

Aku dah call dah ni, tapi alamak! Permohonan aku ditolak. Ahh sudahh… Harus gimana sih? Ok tak apa, jangan putus asa.

Lepas aku dah terangkan keadaan kaki aku ni masa tengah call tu, diorang bagitahu nanti pergi jumpa doktor minta doktor bagi memo. Ok lah, nanti aku minta memo tu. Jadi nanti datang semula ke pejabat JKM, aku perlu bawa memo dari doktor dan satu surat rasmi untuk permohonan kad OKU.

Update July 2021:

Aku dah balik dari hospital. Doktor pun dah bagi memo. Ok, kat bawah ni aku kongsi gambar memo dan contoh surat rasmi.

contoh memo
Contoh memo yang diberikan oleh doktor di hospital (Maklumat ditutup untuk menjaga privasi)
contoh surat rasmi
Contoh surat rasmi

(Disclaimer: Aku kongsi contoh surat rasmi aku untuk rujukan korang dan ini adalah cara aku tulis. Jika ada yang salah atau ada apa2 penambahan, korang boleh share di ruangan komen untuk rujukan orang lain juga)
Perenggan pertama: Ini benda basic sahaja, korang boleh tulis macam contoh di atas.
Perenggan kedua: Nyatakan kecacatan yang dialami.
Perenggan ketiga dan keempat: Nyatakan kesukaran yang dialami berserta alasan mengapa kad oku diperlukan.
Perenggan terakhir: Penutup

Update yang entah bila pun aku tak tahu:

Hello! Bersua kembali. Aku perlu buat permohonan semula. Sebab borang aku yang lama aku tak ingat ada masalah apa yang kakak office tu cakap. Nanti aku akan pergi appointment hospital dan aku akan bawa lah borang oku ni sekali untuk diisi oleh doktor di sana nanti.

Update terkini:

Ok, borang pun dah siap diisi oleh doktor. Dokumen keperluan lain pun dah siap. Aku pun minta pertolongan bapak aku untuk hantar borang ke JKM. Tak larat dah aku nak naik grab selalu. Dah laa tak mampu, tak bekerja pula. Kalau aku jutawan takpa la juga kan. Hurmm.. done bebel pasal kehidupan.

Lepas semua dah siap, aku pun dapat kad OKU. Aku taktahu nak karang macam mana lagi. Tepu dah otak nak menulis.

Haa.. aku kongsi dengan korang ya macam mana rupa kad oku tersebut. Tadaa..

kad oku
Gambar kad OKU

Buat korang yang ada kad OKU, korang tahu tak korang ada banyak kelebihan yang disediakan? Korang boleh rujuk di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat atau baca di sini: MASAA.

Baiklah. Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku. Jangan lupa subscribe! (Acah2 youtuber lah kejap hehehe). Lepas dah habis baca blog mengenai kad OKU, korang boleh baca blog ini pulak ok. Blog: Pengalaman Ubah Suai Kereta Untuk OKU Fizikal.


Spread the love

2 Comments

  • jamil

    Salam thnk share pengalaman psal apply kad OKU ni .
    Saya nk tanya masa awak kt Rehab tu lutut x boleh bengkok kan so jalan guna tongkat jenis yg mana ya. so masa time mkn macam mana bawa makanan sbb kena pegang tongkat lg mesti sukar kan

    • Ree Aki

      Hi. Terima kasih singgah di blog saya. Seingat saya, masa kat sana mula2 saya pakai walking frame – masa ni kawan2 rehab yang tolong ambilkan makanan. Lepas tu pakai 2 elbow crutches – masa ni pun sama kawan2 rehab yang tolong ambilkan. Lepas tu saya pakai 1 elbow crutches, masa ni campur2 tapi saya dah mula belajar bawa makanan sendiri sikit2. Bawa yang ringan sambil2 kawan tolong. (In syaa allah boleh jika dah yakin tangan dah kuat dan boleh bawa makanan sendiri walaupun 1 tangan lagi pakai tongkat). Masa awal2 pakai elbow crutches susah sikit tapi lama2 ok je. Dah start buang tongkat tu dah boleh bawa makanan sendiri sepenuhnya. Kawan2 kat sana semuanya baik2, boleh saling tolong-menolong. Masa kawan ambil makanan kita, kita pun boleh tolong ambilkan secawan air untuk dia juga. Hehe sekian cerita saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com