Save on your hotel - hotelscombined.com
bengkel kereta oku
Random Blog,  Uncategorized

Pengalaman Ubah Suai Kereta Untuk OKU Fizikal

Spread the love

Hi korang. Blog kali ni aku nak kongsi cerita aku ubah suai kereta. Tapi bukan aku laa yang buat. Aku pergi bengkel. Hehe~

Untuk pengetahuan korang, di Alor Setar, Kedah terdapat sebuah bengkel yang menyediakan perkhidmatan ubah suai kereta untuk golongan OKU. Famous tau bengkel ni. Korang boleh rujuk artikel dan video youtube yang aku share di bawah:

Video: Youtube

  1. Careta TV: Anda tertanya-tanya bagaimana Kereta OKU menggunakan tangan berfungsi? | VLOG
  2. JannatulFirdhaus TV: Modifikasi Kereta Untuk Pemandu OKU.. Hand Drive Control

Artikel

  1. MyMetro: Pomen OKU, tawar khidmat ubah suai kenderaan OKU
  2. Careta.My: ‘HAND DRIVE CONTROL’ DARI OKU KEPADA OKU

Haa dah tengok ke belum? Hehe

Macam ni laa bengkel tu. Aku share gambar ok supaya mudah korang nak cari nanti.

Untuk pengetahuan korang, bengkel ni terletak dalam kawasan kampung. Aku tak pasti kalau ada jalan lain ke tak, tapi masa aku pergi tu ada jalan yang agak2 cuma boleh muat satu kereta sahaja untuk sampai ke sana. Aku share gambar street view untuk rujukan korang.

Maklumat Bengkel

Nama Bengkel: Only Hand Enterprise
Alamat: Jalan Alor Mengkudu, Kampung Kelegah, 05400 Alor Setar, Kedah
No. Telefon: 012-453 3392
Facebook: ONLY HAND GARAGE

Ok dah habis pasal maklumat bengkel dan jalan nak ke sana. Aku share pengalaman aku pulak. Sebelum korang pergi hantar kereta ke bengkel, korang kena whatsapp dulu Encik Ariff. Korang bagitahu laa korang nak modify apa, dan kereta apa yang korang nak ubah suai tu. Nanti encik ariff akan inform bila hari yang dia free, tak outstation, atau hari yang dia ada di bengkel. Book hari apa yang korang boleh pergi hantar kereta, dan bagitahu laa pukul berapa korang nak pergi.

Ok, bila dah sampai hari hantar kereta. Aku pun bagitahu Encik Ariff, aku punya masalah kaki. Masa tu sembang laa dengan Encik Ariff situasi kaki macam mana, nak drive macam mana. Untuk keadaan aku, aku drive guna kaki kiri. Jadi pedal minyak tu, ada di kiri dan kanan.

(Kenapa ada di kiri dan kanan? – sebabnya kalau aku tak larat nak drive, orang lain pun boleh drive lah kereta aku. Kalau pedal minyak tu terus ubah letak di kiri sahaja, sebelah kanan tu buang terus, andai kata nanti bila pergi travel, tiba-tiba aku tak larat nak drive, tak ada orang lain pulak yang boleh drive kereta aku). Jadi, inilah sebab kenapa pedal minyak ada di kiri dan kanan.

Encik Ariff ambil masa lebih kurang dalam 3-5 hari (anggaran hari sahaja untuk kereta aku – bergantung kepada apa yang perlu diubah suai, mungkin ada yang kurang dan ada yang lebih) untuk menyiapkan pengubahsuaian kereta. Jadi, korang tinggalkan sahaja kereta korang di bengkel. Selepas dah siap, Encik Ariff akan call atau whatsapp. Sebelum korang ambil kereta tu, korang perlu whatsapp gambar geran kepada Encik Ariff. (Aku sarankan scan guna handphone dalam bentuk pdf – lebih memudahkan dan geran pun nampak lebih jelas dan kemas) untuk Encik Ariff buatkan surat perakuan pemasangan kenderaan dari bengkel. Selepas tu, pembayaran dibuat secara online transfer kepada Encik Ariff.

Lepas dah siap bayar, apa lagi. Aku pun pergi ambil kereta bersama dengann surat perakuan. Surat ini nanti, boleh digunakan untuk proses JPJ.

Mengenai proses JPJ inj pula aku akan update semula post ini selepas aku dah siap. Buat masa sekarang aku masih belum pergi ke JPJ lagi. Tapi untuk rujukan korang, korang boleh lihat di laman web JPJ: Panduan Ubahsuai Kenderaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Jadi sampai sini sahaja penulisan aku. Terima kasih ya singgah2 di blog aku. Kita jumpa lagi di blog seterusnya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com