Save on your hotel - hotelscombined.com
train to dabong
Malaysia,  Travel

Train To Dabong, Part 1: Kali Pertama Naik Sleeper Train

Spread the love

stesen ktmb gemas
Stesen KTMB Gemas

Setelah sekian lama menunggu kereta api mengalahkan Princess Aurora tidur, akhirnya pukul 1:15 pagi, kereta api pun sampai. Padan muka lah kan, siapa suruh beli tiket awal sangat. Hahahha! Dalam kereta api ini ada:

  1. Business Class (Koc T1)
  2. T2 – T4 – Seat biasa kot (Aku tak tahu nama apa)
  3. Cafe (T5)
  4. Berth Coach (Katil di Koc T6 – T8)

Nota: Aku naik kereta api ni pada bulan Februari tahun 2022. Jadi harga dan seat yang aku kongsikan ini mungkin akan ada perubahan sekiranya korang jumpa blog aku pada tahun yang akan datang. Ok, jom aku nak kongsi apa yang aku ingat lah. Dan terima kasih buat blogger Lilyriani: Travelholic untuk komen di Instagram hari itu. Barulah aku ada idea nak kongsi apa pasal train ini ahhaha!

Katil

Aku pilih coach T8 iaitu coach yang mempunyai katil. Katil di ketiga-tiga koc ini iaitu koc T6 hingga T8 ialah katil jenis double decker. Katil ada di kedua-dua bahagian kiri dan kanan. Luas katil ok lah. Single bed punya saiz.

sleeper train ktmb
Katil di dalam kereta api

Dalam setiap koc ada 40 katil. Iaitu 20 di sebelah kiri dan 20 di sebelah kanan (tapi sebab double decker kan, kiranya ada 10 di kiri dan 10 di kanan lah). Kalau korang tengah cari katil korang tapi tak nampak nombor katil di mana, haaa… korang tengok atas. Nanti korang akan nampaklah nombor katil korang.

coach t8 ktmb

Terdapat langsir pada setiap katil. Jadi tak akan ada masalah privasi di sini. Walaupun lampu sentiasa dibuka, tapi bila dah tutup langsir tu, sudah boleh tidur lena. Dengan suasana pendingin hawa yang sejuk. Tapi jangan risau, selimut disediakan. Korang tarik je selimut dari katil tu haa. Pendingin hawa dia ok sahaja bagi aku. Tak terlampu sejuk atau tak rasa apa langsung. Tapi, aku ada tengok satu video di youtube mengenai pendingin hawa di setiap koc ini ada yang tak sama. Ada yang ok, dan ada yang terlampau sejuk. Aku tak ingat channel youtube yang mana satu, tapi tak silap aku koc T6 kot yang terlampau sejuk tu? Mungkin lah. Kalau ada silap ni korang komen ok, aku betulkan.

Aku duduk di koc T8. Pendingin hawa dia just nice. Kalau tak tahan sejuk, aku sarankan korang bawa jaket juga. Jacket biasa sudah cukup. Kebersihan pula aku bagi 6/10. Ok2 sahaja. Nak kata mantap sangat pun aku rasa macam tak kot. Tapi ok lah. Just nice.

Bagaimana Pula Dengan Solat. Ada Surau Tak?

Surau tak ada. Jadi korang boleh solat secara duduk di atas katil.

Pemandangan Dari Atas Katil

Kalau korang nak tengok pemandangan, aku sarankan korang tengok di cafe. Sebab apa tau, tingkap di cafe besar dan jelas. Tak macam tingkap di katil. Tingkap tu aduh, aku tak tahu nak cakap macam mana. Aishh! Kusam sungguh lah. Tapi aku tak pasti lah tingkap kat katil ini boleh buka atau tidak, sebab aku tak cuba. Kalau boleh, korang komen aku. Lagi satu, aku harap pada masa akan datang, pihak KTMB boleh naik taraf kereta api ni dengan menggunakan teknologi baharu serta komponen baharu. Barulah daebak! Namun walaupun dengan menggunakan teknologi dan komponen baharu, konsep sleeper train sewajarnya dikekalkan. (Lah.. dah macam karangan SPM kenapa?) Mungkin satu hari nanti dengan adanya naik taraf, katil akan lebih cantik, ada drawer di bawah katil, ada meja lipat dan soket, tingkap yang lebih clear nak tengok pemandangan di luar, dan tandas pun lebih luas kan? Manalah tahu kan… I love KTMB! Amboiii…

sleeper train ktmb

Tandas

Terdapat 2 jenis tandas di setiap koc iaitu tandas cangkung dan tandas duduk dan tandas ni terletak bertentangan antara satu sama lain. Di dalam tandas juga ada sinki. Boleh lah lepas bangun tidur tu nak gosok gigi dan cuci muka. Tapi cermin aku tak perasan pula ada atau tak ada. Untuk kebersihan tandas, aku bagi rating 5/10. (Rating ini untuk koc aku T8 tau, bukan koc business class atau yang lain). Rendah sangat ke rating dia? Bagi aku, tandas tak berapa tip top tapi boleh lah nak buat pelaburan. Aku duduk di koc T8. Jadi tandas koc lain aku tak tahu lah macam mana rupa dia, mungkin sama sebijik, mungkin tidak.

Jika korang ada masalah yang sama dengan aku pergi mana-mana sahaja mesti cek tandas tu bersih atau tidak, aku cadangkan korang beli plastik macam dalam gambar di bawah ni.

Jika korang guna tandas cangkung, taknak beli pun tak apa. Tapi sekiranya korang menggunakan tandas duduk atau seorang OKU fizikal yang perlu menggunakan tandas jenis duduk ni, boleh lah beli plastik ni. Lepas guna terus buang. Harga pun murah sahaja iaitu RM 2.00 sahaja untuk 10 keping. Korang boleh klik link di butang di bawah untuk tengok plastik ni.

Tandas yang disediakan ini sempit. Tapi tak ada masalah pun nak buat pelaburan kat sini. Tak kisah lah pelaburan emas, kelapa sawit dan sebagainya. Hahahha! Boleh lah kan.

Tetapi, kalau korang guna walking frame atau wheelchair, agak susah lah. Aku tak ingat keluasan dia berapa. Tapi sejujurnya bagi aku, tandas di koc katil ini tak mesra OKU. Tandas di koc Business Class aku taktahu lah macam mana. Jika ada rezeki, aku akan cuba Business Class pula, boleh lah aku kongsi nanti kan.

Line Telefon

Line dalam kereta api ni pula untuk Maxis sangat lah slow. Tapi U-Mobile laju pula. Kalau perkhidmatan yang lain aku taktahu sebab tak guna. Tak dapat nak kongsi. Barang yang korang perlu bawa pula ialah Power Bank. Sebabnya, di dalam kereta api ini tak ada plug.

Cafe

Dalam kereta api ini ada cafe juga. Cafe terletak di koc T5. Kalau korang tak nak ada orang ramai di cafe ketika makan, atau korang memerlukan tempat duduk, aku cadangkan korang pergi makan lepas waktu solat subuh. Berdasarkan blog lain yang aku baca, waktu ini orang tak ramai di cafe. Jadi, bangun awal lah ya.

Lagi satu, cafe ni bersih. Kalau nak banding koc cafe dengan koc katil. Ada beza lah juga. Kebersihan dia aku bagi 7.5/10. Makanan pun ok. Sedap lah. Dengan aku pun kebuluran lepas semalaman duduk di dalam kereta api kan. Makanan yang ada di sini adalah nasi goreng, bihun goreng dan roti bakar. Menu lain aku tak pasti ada atau tidak sebab aku tak tanya. Minuman pun aku lupa nak tanya apa yang ada. Tapi aku ada order teh o panas, dan teh panas. (Tengah menulis ini, teringat pula nasi goreng. Rindu lah pula nak makan lagi).

makanan di dalam kereta api
Teh O’ Panas & Nasi Goreng Telur Mata

Seperti yang aku kongsikan di tajuk katil di atas, pemandangan dari koc cafe ni memang best. Memang jelas korang akan nampak hijau-hijau pemandangan kawasan bukit dari tingkap sini.

cafe di koc sleeper train

Tadaa! Cantik kan pemandangan dari koc Cafe ni. Kalau korang ada Tiktok dan Youtube pun boleh juga buat video pemandangan dari sini. Jelas dan cantik!

OKU Friendly Atau Tidak – Fizikal
(Disclaimer: Aku kongsi berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri)

Bagi penggunaan kerusi roda dan walking frame, aku sarankan korang untuk tempah seat OKU. Bukannya koc berth korang tak boleh duduk, boleh sebenarnya. Tapi, pintu masuk untuk koc katil ini agak sempit dan tinggi serta jarak untuk naik kereta api dari tempat menunggu juga agak jauh ruangnya.

Aku (tidak menggunakan tongkat) juga memerlukan bantuan staff KTMB untuk membawa masuk luggage aku ke dalam kereta api. Jarak yang luas dan agak tinggi tu memang aku tak mampu nak melangkah sambil angkat beg. Aku cuma mampu bawa diri aku sendiri serta beg galas sahaja. (Tapi ada satu hentian ini aku tak nampak ada staff kat situ kat pintu aku keluar lah terumatanya, jadi aku terpaksa baling aku punya beg. Hahahahha!)

Update terkini: Aku baru sahaja tengok semua koc yang ada di dalam Intercity melalui aplikasi KTMB, dan kereta api jenis ini tidak menyediakan seat OKU.

train to dabong

Baiklah. Setakat ini sahaja perkongsian aku. Aku harap dengan perkongsian aku ini sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat untuk korang. Korang boleh juga rujuk di Instagram: Sobri Yaacob, ada banyak juga maklumat mengenai sleeper train ini yang dia kongsikan. Kalau korang belum naik lagi Sleeper Train ini, jangan tunggu lama-lama ok. Pengalaman yang tak terhingga lah! Hehehe. Terima kasih sudi singgah di blog aku. Kita jumpa lagi di blog seterusnya (blog masih dikemas kini).


Spread the love

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com