Save on your hotel - hotelscombined.com
cafe di koc sleeper train
Malaysia,  Travel

Train To Dabong, Part 2: Bajet & Itinerari Pergi Ke Dabong

Spread the love

Hi semua, selamat datang ke blog Train To Dabong part 2. Untuk blog kali ini, aku nak kongsi itinerari aku sepanjang berada di Dabong selama 3 hari dan 2 malam beserta bajet aku selama berada di sini.

Jumlah kos yang aku keluarkan selama 3 hari 2 malam berada di dabong adalah sebanyak RM 327.00. Sepatutnya kalau nak pergi Dabong ini, jumlah dalam RM 250 sudah cukup. Tapi yang aku ini jadi mahal kat kos penginapan dengan tour guide sebab pergi solo. Ikutkan bajet aku ini, kalau pergi berdua dengan kawan contohnya, aku rasa tak sampai RM 250 pun (selepas kos penginapan dibahagikan kepada dua orang dan tour guide mengikut pax). Jadi, kalau nak jimat, korang datang lah ke Dabong sekurang-kurangnya berdua.

Ok, dah habis pasal bajet. Aku kongsi itinerari di bawah:

8 Februari 2022 – Selasa

  • Bertolak dari Stesen KTMB Batang Melaka ke Gemas (2:34 PM – 2:52 PM)
  • Lunch: Makan malam di KFC sementara menunggu kereta api (Jarak dari stesen ke KFC adalah kurang 5 minit dengan berjalan kaki)

9 Februari 2022 – Rabu (Hari Pertama)

  • Bertolak dari Stesen KTMB Gemas ke Dabong (1:15 AM – 9:37 AM)
  • Breakfast di dalam kereta api
  • Tour guide jemput di stesen KTMB Dabong
  • Gua Ikan
  • Sungai Kenerong
  • Lata Kertas
  • Gunung Stong
  • Lunch di kedai makan D’ Mieza
  • Check-In dan rehat di Bilik Majlis Daerah Dabong
  • Hantar baju di dobi (Aku lupa nama dobi)
  • Dinner di kedai makan D’ Mieza
  • Balik ke bilik

10 Februari 2022 – Khamis (Hari Kedua)

  • Check out Bilik Majlis Daerah Dabong
  • Breakfast di Kedai Roti Canai Cik Ma
  • Check-In Jelawang Pipe Resort
  • Free
  • Dinner di kedai makan di dalam Jelawang Pipe Resort
  • Free

11 Februari 2022 – Jumaat (Hari Ketiga)

  • Check out Jelawang Pipe Resort
  • Breakfast di Mok Nik Selera Ikan Sungai
  • Tour guide drop di stesen KTMB Dabong
  • Bertolak dari stesen KTMB Dabong ke Wakaf Bharu (9:38 AM – 12:37 PM)

Aktiviti aku di Jelwang Pipe Resort agak membosankan lah sebab aku tidur sahaja, apa pun tak buat. Kalau korang datang ke sini, banyak aktiviti sebenarnya yang ada. Contohnya seperti ATV Ride, Water Tubing dan macam-macam lagi. Korang juga boleh rujuk di page Facebook: Travelogue Budget By Busa untuk aktiviti, bajet dan itinerari.

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Kita jumpa lagi di blog seterusnya (blog masih dikemas kini).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com