Save on your hotel - hotelscombined.com
gua ikan
Malaysia,  Travel

Train To Dabong, Part 3: Tempat Menarik Di Dabong

Spread the love

Aku sampai di Dabong pada jam dekat-dekat pukul 10:00 pagi kot. Aku tak ingat pukul berapa sebenarnya. Lebih kurang 5 minit sebelum sampai di stesen seterusnya, akan ada staff KTMB yang jalan-jalan di setiap koc untuk bagitahu nama hentian seterusnya. Contohnya, dalam 5 minit nak sampai Dabong, staff akan bagitahu “Dabong, Dabong, Dabong, Dabong…” macam ni lah lebih kurang. Lepas tu aku pun siap-siap galas beg yang ada. Bila dah sampai terus turun sahaja.

Disclaimer: Aku pergi pada bulan Februari tahun 2022. Jika pada masa akan datang korang jumpa blog aku, mungkin kawasan tersebut akan ada beberapa perubahan.

Sebelum aku bercerita, korang boleh tengok video pendek aku sepanjang berada di Dabong di Youtube: Train To Dabong: Kali Pertama Travel Solo Sebagai Seorang OKU. Malu juga aku nak share video ini. Rasa awkward pun ada. Tambah-tambah bila dengar suara sendiri, rasa annoying pula. Tapi tak apa lah. Nak malu apa kan? Wkwkwkwk

Sesudah sampai, aku dapat panggilan telefon dari tour guide aku iaitu Encik Halim. Pakcik Halim bagitahu yang beliau sudah sudah pun sampai di stesen Dabong. (Aku guna pakcik sahaja lah ya, sebab aku panggil pakcik juga). Jadi pada hari itu, aku dijemput oleh Pakcik Halim. Pakcik Halim tolong bawa aku punya luggage dan satu tote bag. Kami terpaksa lintas landasan kereta api untuk ke seberang jalan. Sebab masa itu ada pasar pagi, jadi Pakcik Halim tak boleh parking kereta di tempat aku turun. Nak tak nak kena lah aku turun ke landasan nak lintas ke seberang sana. Dah lah tinggi gila bendul itu. Aku pun mengesot lah turun. (Bila hang oku dan hang nak buktikan hg boleh travel solo dan berdikari. Mengesot pun mengesot lah).

Masa aku tengah get ready nak turun itu, datang sorang abang polis ini nak tolong. Terima kasih banyak-banyak. Aku doakan abang polis dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Masa ini Pakcik Halim tengah masukkan beg ke dalam kereta. Lepas itu, kami pun gerak. Destinasi pertama yang Pakcik Halim bawa ialah Gua Ikan.

Gua Ikan

Terdapat 4 gua di Dabong ni iaitu Gua Ikan, Gua Keris, Gua Pagar dan Gua Gelap. Gua yang aku pergi ialah Gua Ikan.

Kenapa gua ni dinamakan Gua Ikan? Terdapat 2 jawapan berdasarkan apa yang aku baca di blog Hasif Hamsyari: Pengalaman Meneroka Kompleks Gua Ikan Dabong dan apa yang diceritakan oleh Pakcik Halim.

Blog Hasif Hamsyari menceritakan yang gua ini diberi nama Gua Ikan kerana struktur batu kapurnya yang berbentuk seperti ikan manakala Pakcik Halim pula bagitahu bahawa gua ini diberi nama Gua Ikan kerana pada suatu ketika dahulu, sungai di dalam gua ini terdapat sangat banyak ikan. Tak perlu nak memancing pun. Boleh tangkap ikan guna tangan begitu sahaja. Ok, itu je. Biasalah cerita zaman dulu-dulu ni memang ada pelbagai versi.

Nak masuk ke kawasan parking kereta di gua ikan ni agak berbukit. Lepas tu kena jalan depan sikit baru korang nampak lambang gua ikan ni. (Gambar pertama di atas).

Nak turun untuk masuk ke gua ikan pula ada anak tangga. Tangga ni agak sempit dan curam. Dah la dengan pakai face mask kan. Kadang-kadang masalah aku ni, bila pakai face mask ja mata automatik tak nampak. Padahal pakai spek. Ada ke yang sama macam aku? Jadi rimas lah. Aku taktahu nak cakap. Nasib baik masa nak travel ni aku dah potong rambut bagi pendek. Kalau panjang-panjang lagi rimas aku dibuatnya.

Info Gua Ikan

Nama Tempat: Gua Ikan, Dabong
Waktu Operasi: Tiada
Alamat: Kuala Gris, 18200 Dabong, Kelantan
Bayaran Masuk: Percuma

Gua Ikan

OKU Friendly atau Tidak ? — Fizikal
(Disclaimer: Aku tulis ni berdasarkan pengalaman peribadi dan pemerhatian aku sendiri).
Wheelchair: Ya ✅ (Tapi sehingga di kawasan lambang gua ikan sahaja. Untuk turun ke gua ikan perlu menuruni anak tangga).
Walking frame: Yes ✅ (Sama seperti penerangan di bahagian wheelchair)
Axillary/Elbow Crutches: Yes ✅ (Berhati-hati sebab ruang tangga sempit)

Lata Kertas

lata kertas di dabong, kelantan

Lepas pergi ke Gua Ikan, Pakcik Halim bawa aku pergi ke Lata Kertas. Pakcik Halim memberitahu lata ini dipanggil Lata kertas kerana batu-batunya yang besar di sekitar lata ini berwarna putih seperti kertas. 

Lata ni cantik, tapi Pakcik Halim bagitahu tak boleh mandi di sini. (Mungkin ada spot yang tertentu sahaja lah yang dibenarkan untuk mandi). Kalau nak ambil gambar pun pastikan tak duduk di batu-batu yang tinggi supaya tidak terjatuh. Menurut Pakcik Halim juga, lata ini ada satu spot yang makan orang terutama sekali di pusaran air seperti di dalam gambar di bawah ini.

Korang jangan takut pula. Boleh sahaja datang di sini. Ambil gambar. Celup-celup kaki dalam lata sudah lah kan. Kalau nak mandi, korang boleh mandi di Sungai Kenerung. Jom, aku nak kongsi pasal Sungai Kenerung pula.


Dah sebulan berlalu baru aku nak update blog. Malas itu tuhan saja yang tahu. Hahahahha!

Sungai Kenerong

Perjalanan nak masuk sungai kenerong ini best! Aku suka! Perjalanan itu macam korang tengah ada kat kampung dan nak masuk lagi satu kampung.. haaa.. macam itu. Lepas itu, korang kena melintasi sungai. Korang bayangkan korang bawa kereta, lepas tu korang kena lintas sungai. Haa.. best tau. Aku lupa nak record video dan ambil gambar. Nanti jika ada peluang untuk aku pergi buat kali kedua, aku akan record dan kongsi dengan korang.

Sungai Kenerong ini terletak di dalam kawasan pondok tahfiz. Jadi korang perlu menutup aurat ya. Kita nak masuk tempat orang, kita kena hormat lah kan.

sungai kenerong

Bagi perempuan yang bukan Islam dan yang tidak bertudung, aku cadangkan korang tutup lah dengan hoodie atau ambil apa-apa kain letak atas kepala. Bagi korang yang dah biasa travel tengok budaya masyarakat tempatan mesti korang pun sudah tahu kan. Tapi bagi yang kali pertama nak travel, korang buat lah macam yang aku cadangkan di atas. Respect the place, the culture, the religion and the people. Gituu… acah je kan aku… hahahah!

sungai kenerong

Sungai kenerong ini boleh mandi dengan aman. Korang berendam lah berapa lama yang korang nak. Tempat salin baju pun ada.

sungai kenerong

Depan sungai pula ada satu kiosk kecil yang jual makanan ringan dan minuman. Aku ada ambil gambar kiosk tapi aku tak tahu lah gambar itu pergi mana.

Dah habis ambil gambar sungai, minum air soya kat kiosk aku pun duduk lah berehat di meja makan. Kat sini lah aku berjumpa dengan traveler akak cantik kita iaitu Busa. Hai Busa! Sempat lah kami bersembang-sembang. Rupa-rupanya Busa ni famous. Rasa macam bangga pula dapat jumpa orang famous depan mata tau. Kenapalah aku tak selfie hari itu. Aduhhh~ rugi~ Busa ada kongsikan pengalaman, tips2, itinerari serta bajet mengenai tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia ni. Korang boleh tengok perkongsian busa di senarai social media di bawah:

  1. Facebook: Busa Syafiqqah Shawal
  2. Facebook Page: Travelogue Budget By Busa
  3. Tiktok: busa_taknak

Sedih sikit tak sama tempat tinggal dengan Busa. Kalau tak, boleh aku naik ATV busa yang tolong drive. Hehehe~ kaki aku memang tak boleh dah nak bawa, jadi memang kena orang bawakan. Habis berbual-bual aku pun bergerak menuju ke Gunung Stong.

Gunung Stong

Beberapa minit kemudian, aku pun dah sampai di gunung stong. Tak mendaki gunung pun. Aku cuma bergambar di mercu tanda gunung stong sahaja. (Gambar tak ada hukhuk~)

Kedai Makan D’ Mieza

Dah habis berjalan, aku pun dah kebuluran. Pakcik Halim bawa aku ke kedai makan. Makanan aku bungkus bawa balik ke bilik. Korang boleh baca review aku mengenai bilik ini di blog: Review Bilik Majlis Daerah Dabong, Kelantan [Staycation].

dobi di dabong
Arina Doby & Canopy

Dah balik ke bilik, rehat, makan dan cas telefon. Petang aku keluar pula pergi beli makanan untuk makan malam dan hantar baju ke dobi. Sambil-sambil itu Pakcik Halim bawa aku ronda-ronda di sekitar kawasan Dabong. (Aku baru teringat yang gambar-gambar ada di telefon lagi satu, aku lupa nak transfer ke laptop sebelum factory reset).

Pakcik Halim juga ada membela landak dan kambing. Jadi aku sempat lah tengok kambing-kambing Pakcik Halim. Ada seekor kambing ini jinak betul. Aku jalan sahaja nak pergi ke kawasan penternakan itu, terus kambing ini gesel kat kaki aku. Macam kucing lah. Aku jalan ke sana dia ikut, aku jalan ke sini pun dia ikut. Hhahhah!

Inilah budak kecik yang manja tu

Lepas itu, kami sambung ronda-ronda di sekitar kawasan Dabong dan akhirnya aku pun balik ke bilik.

Keesokan harinya aku check out. Lepas itu aku ambil baju di dobi. Aku pun dah taktahu nak buat apa lagi, jadi Pakcik Halim pun terus bawa aku ke Jelawang Pipe Resort. Di sini ada banyak aktiviti yang boleh dibuat. Tapi aku tak buat pun. Malas dan penat.

Sepanjang aku berada di sini, aku cuma jalan-jalan, ambil angin, ambil gambar, makan dan tidur. Korang boleh baca blog aku mengenai review mengenai resort ini di blog: (blog masih dikemas kini). Korang boleh tengok suasana di kawasan resort ini di dalam Youtube.

Keesokan harinya aku pun bertolak menuju ke Wakaf Bharu dengan menaiki kereta api. Misi aku untuk mencuba 5 makanan tradisi Kelantan akan bermula.

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku. Ahhahaha! First time aku travel solo ni jadi macam blur-blur sikit. Apa pun aku harap sedikit sebanyak dapat membantu korang lah. Thank you for reading my blog. Kita jumpa lagi di blog seterusnya.


Spread the love

7 Comments

  • IZAT ISHAK

    boleh aje mandi di Lata Kertas tu.
    Kita orang duduk di homestay sebelah Lata Kertas tu. Tiap-tiapo hari mandi sungai. Bersih gila sungai tu!
    Spot dekat kawasan wakaf belah bawah sikit dari awak ambil gambar dekat Lata kertas tu ada tepian yang best , tak cetek , tak dalam sangat.
    Ramai pengasuh yang kata tak boleh mandi sebab malas nak tunggu orang yang dia bawak mandi :))

    • Ree Aki

      Wahhh terima kasih!! Info berguna ni.. boleh mandi rupanya.. alamak yang sungai wakaf saya dah saspens..

      Ingatkan tak boleh mandi sebab air dalam..rupanya pengasuh malas tunggu orang🤣

      Btw terima kasih singgah2 di blog saya ya!!😆

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com