Save on your hotel - hotelscombined.com
good2stay hotel
Staycation,  Travel

Review Good2Stay Hotel – Hotel Murah Di Melaka [Staycation]

Spread the love

Lepas penat tidur banyak dalam kereta (bukan aku yang bawa kereta pun), makan-makan pun sudah, membeli-belah pun sudah, kami sekeluarga check-in di Good2Stay Hotel. Rehat dan tidur sekejap. Nanti waktu malam nak keluar cari makan malam pula.

Disclaimer: Aku tempah hotel ini pada bulan Februari 2022, jadi harga dan promosi yang ada mungkin akan berubah jika korang jumpa blog aku pada masa akan datang. Sekian.

Good2Stay Hotel (Sumber: World Orgs)

Maklumat Good2Stay Hotel

Nama Hotel: Good2Stay Hotel
Alamat: 15, Jalan PM 5, Plaza Mahkota, 75050, Melaka, Melaka, 75000
Telephone: 06 – 281 2678
Whatsapp: 012 – 790 7735
Email: good2stayhotel@gmail.com
Facebook: Good2Stay Hotel

Tempat/Kedai Berdekatan

Anggaran masa dari hotel ke tempat berikut dengan (J – Berjalan Kaki / K – Menaiki Kereta):
UOB Bank: 1 minit (J)
Greenwash Laundrette (Dobi): 1 minit (J)
Pahlawan Walk Night Market: 2-3 minit (J)
Menara Taming Sari: 4-5 minit (J) / 2-3 minit (K)
Dataran Pahlawan: 9-11 minit (J) / 3 minit (K)
Mahkota Parade: 6 minit (J) / 3 minit (K)
7-Eleven Dataran Pahlawan: 4 minit (J) / 2 minit (K)

Laluan Wheelchair

Pertama sekali benda aku buat semasa menjejakkan kaki kat hotel ini aku cari laluan wheelchair. Laluan wheelchair tak ada di depan hotel. Tetapi, di depan kedai dobi Greenwash Laundrette ada. Korang boleh tengok gambar kedai dobi kat bawah.

Greenwash Laundrette (Sumber: MagicStay)

Haa.. korang nampak kan? Kat mata aku, aku nampak laluan ini macam tinggi juga. Tapi jika korang yang menggunakan wheelchair, datang dengan keluarga aku rasa tidak ada masalah. Habis satu bab, kita kena tengok pula pintu masuk hotel. Wheelchair friendly atau tidak?

Pintu masuk Good2Stay Hotel (Sumber: Hotel Planner)

Nampaknya tak sesuai untuk wheelchair. Tetapi, jangan risau, korang boleh tengok wheelchair ramp yang dijual di kedai online. Bagi aku, hotel ini memang aku recommend untuk korang, kawan korang atau keluarga korang yang menggunakan wheelchair untuk pilih hotel ini sebab hotel ini ada lift. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut pasal wheelchair ramp ini, korang boleh rujuk blog aku Review Bilik Majlis Daerah Dabong, Kelantan [Staycation]. Aku ada kongsi sikit mengenai wheelchair ramp.

Gambar-gambar Good2Stay Hotel, korang boleh tengok di mereka punya Facebook. Aku tak boleh nak post pula gambar yang aku ambil sebab aku tengok gambar yang aku ambil tu teruk sangat. Hahahha!

Harga

Ermm… Aku nak cerita apa aku pun dah lupa ni. Ouh ya, hotel ini murah. Korang bayangkan, dengan harga RM52 sahaja satu malam (jenis bilik paling murah lah aku ambil dan aku pilih ada view, kalau tak ada view harga RM48), korang dapat bilik yang bagi aku agak luas juga, lepas itu ada lift lagi, dan ada mesin coway kat tangga. Hotel ini ada lift dan tangga ya. Haa.. depan tangga itu ada mesin air Coway. Aku taktahu lah hotel ini pakai jenama apa, tapi aku hentam saja lah Coway.

good2stay hotel melaka

Dah pertengahan bulan April, baru aku ada masa nak update blog. Acah sibuk ja kan? Hahaha! Sekarang ini masalahnya, aku dah lupa aku apa yang aku patut taip.

Kedai Makan Berdekatan

Kedai makan yang dalam walking distance dari hotel ini ada banyak. Cuma berdasarkan review di google, kebanyakannya mempunyai rating yang kurang dari 4 bintang. Bagi aku, aku lebih suka pergi ke kedai makan yang mempunya rating sekurang-kurangnya 4.5/5 bintang.

Kemudahan – Lift

Apa yang aku suka mengenai hotel ini ialah, hotel ini bukan sahaja murah, luas berbanding dengan harga yang ditawarkan. Tapi, hotel ini juga ada lift. Lift beroperasi dari jam 9:00 pagi hingga 11:00 malam. Luar dari waktu ini, korang kena naik tangga.

Secara keseluruhan, aku bagi rating 8/10 untuk hotel ini. Jika aku datang Melaka lagi dengan keluarga, memang aku akan book hotel ini.

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku. Terima kasih buat korang yang singgah di blog aku. Kita jumpa lagi di blog akan datang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com