
Review Jelawang Pipe Resort [Staycation]
Dah berapa bulan berlalu, sampai dah nak habis dah tahun 2022 barulah aku nak update blog. Aku kongsi setakat mana yang aku ingatlah ya. OK jom!
Lepas check out, Pakcik Halim bawa aku sarapan pagi di Kedai Roti Canai Cik Ma. Aku rasa makan roti canai dengan suasana kampung pagi-pagi itu memang seronok. Sambil tengok keadaan keliling, dengar bunyi orang bersembang-sembang, aku makan roti canai 2 keping dengan teh tarik satu gelas.





Habis makan, kami pun bergerak menuju ke Jelawang Pipe Resort. Resort ni berada di dalam kawasan kelapa sawit. Kalau drive sendiri ke sini, mesti aku ingat aku dah sesat sebab kiri kanan kelapa sawit. Elehh.. over kan? Dah sampai aku pun check-in. Letak barang, aku pun ronda-ronda dalam kawasan ini. Kalau korang nak tahu, di sini ada dua jenis resort iaitu A-Frame dan Pipe. Pipe pula tiga jenis iaitu single, double, dan triple. Otw nak sampai ke resort tu, nampaklah resort bentuk tiga segi.


Dalam setiap pipe ni boleh muat untuk 2 orang. Katil dalam pipe ni aku agak-agak saiz small double atau double kot. Aku tak rasa katil itu queen, sebab queen macam lebih besar. Korang boleh agak-agak dari gambar di bawah ini. Aku lupa nak ambil gambar, jadi aku pinjam dari google hehe~


(Aku nak makan oat kejap. Dalam beberapa minit aku akan kembali. Stay tuned)
Dah habis pasal bilik, kita sembang pasal makan pula. Dalam kawasan resort ada kedai makan. Kalau terlupa nak beli atau bawa makanan, air mineral dan sebagainya, tak perlu susah-susah keluar. Boleh jalan kaki sahaja beli makanan di sini. Korang boleh tengok gambar kedai makan di Facebook: Jelawang Pipe Resort.
Beberapa kemudahan juga turut disediakan oleh pihak resort. Contohnya seperti surau, tempat untuk barbeku (barbeque), dan tandas. Jadi korang boleh tengok gallery gambar di bawah.











Jika korang berminat untuk datang ke sini, aku share maklumat resort di bawah ya.
Maklumat Jelawang Pipe Resort
Alamat: Kampung Bukit bedak Jelawang, 18200 Dabong, Kelantan
No. Telefon: 014-8324363
Social Media: Facebook / Instagram
Baiklah. Sampai sini sahaja perkongsian aku untuk blog kali ni. Kita jumpa lagi di blog seterusnya: Bermalam Di Kelantan & Mencari Tiram Pokweil. Terima kasih!!!


2 Comments
Ammar
Hi assalamualaikum bro, saya nak tanya. Macam mana nak dapatkan nombor telefon tour guide kat dabong ni? Saya nak naik sleeper train ke sini bulan depan
Ree Aki
Hi bro.. ini number tour guide yang saya guna masa pergi sana.. 0183997345(Pakcik Halim)