Save on your hotel - hotelscombined.com
Foodie,  Malaysia,  Travel

Bermalam di Kelantan & Mencari Tiram Pokweil

Spread the love

Dah satu tahun berlalu baru aku nak update blog. Draft yang ada ni pun cuma tajuk sahaja. Banyak benda yang mungkin aku dah terlupa.

Lepas 2 malam aku tidur di Jelawang Pipe Resort yang terletak di Dabong, Kelantan. (Betol ke eh 2 malam? Ke satu malam je aku stay kat resort ni? Sejujurnya aku pun sudah lupa. Tu laa siapa suruh tangguh2 update blog). Sekarang tiba masanya untuk aku bergerak ke Kota Bharu, Kelantan.

Sementara menunggu kereta api sampai, pakcik Halim bawa aku ke Kedai Mok Nik untuk sarapan pagi. Pagi itu aku makan bihun goreng dengan kari ayam beserta air teh panas.

Dah habis makan, kami pun berjalan kaki menuju ke stesen kereta api yang terletak di seberang jalan (berhadapan dengan Kedai Mok Nik). Pakcik Halim tolong bawakan beg aku. Huhu. Terima kasih banyak pakcik!

Jam pun dah menunjukkan pukul 9:00 pagi. Aku pun menaiki kereta api. Aku masih menggunakan sleeper train, sebab bagi aku lebih mudah aku nak rehat dan letak kaki. Disebabkan masa ni masih awal pagi, aku pun berjalan2 ke trek cafe. Jom aku share macam mana rupa cafe ni kat korang

Aku sampai di Wakaf Bharu kira2 jam 12 tengah hari. Kemudian, sepupu aku ambil aku dan terus bawa aku ke Kota Bharu. Jadi kat sini, aku tidur di rumah sepupu aku (tak dapat laa aku nak kongsi hotel2 yang ada di Kota Bharu).

Cuaca pun cerah elok je hari tu. Terang benderang. Cheewaahhh!! Sementara nak pergi ke rumah sepupu, kami berdua pun singgah di kedai kuih akok. Kedai ni sepupu aku yang recommend sebab kuih akok di sini dimasak menggunakan sabut kelapa. Traditional kan? Aku taktahu nama kedai kuih akok ni apa tapi korang boleh cari Restoran Block C Corner. Haa kedai kuih akok ni terletak berdekatan dengan restoran ni.

Baru sahaja kitorang jalan nak masuk kereta lepas beli kuih akok.. tiba2!!

Hujan turun selebat-lebatnya. Memang basah lencun laa masa sampai rumah tu. Lepas itu, aku pun rehat, mandi-manda, berendam dalam jakuzi (korang jangan percaya pulak kahkah).

Lebih kurang jam 3-4 petang. Hujan pun reda. Kitorang bertolak menuju ke Pasar Siti Khadijah. Aku beli serba sedikit kuih tradisi kelantan. Nanti dah balik rumah baru nak makan.

Habis beli kuih-muih dan serunding. Perut pun dah lapar. Aku ajak sepupu aku untuk makan di tiram Pokweil. Berdasarkan apa yang aku cari di google. Tiram di sini sedap. Dalam perjalanan tu, kami singgah di kedai lokcing.

Lebih kurang 40 minit sepupu aku drive. Kami pun sampai. Besar jugak kedai. Tu pun kami terlepas pandang. Untuk pengetahuan korang, kedai ni bawah jambatan ke tepi sedikit. Memang kena tengok tepi jalan.

Inilah tiram yang kami berdua order. Sikit saja kan beli. Maklumlaa aku tak mampu nak beli banyak2. Hukhuk! Ni pun sepupu aku yang belanja. Tapi tiram cheese dia sedap. Yang mentah tu aku tak suka sangat. Tapi yang cheese tu, kami tambah lagi order (cuma tak ambil gambar lah) sebab sedap. Tak cukup kalau order sikit-sikit. Ouh ya. Sebelum aku terlupa, kalau korang nak cari location terbaru. Korang boleh tengok di facebook-posting terbaru atau di tiktok. Sebabnya alamat yang ada di Google ialah alamat lama. Kedai ini telah pun berpindah ke tempat lain. Aku tengah cari info untuk share alamat terbaru tapi masih belum jumpa. Nanti aku dah jumpa aku update OK?

Perut pun dah kenyang, balik rumah. Kuih pun tak sempat nak makan. Esok lah baru makan. Simpan dalam peti ais je lah.

Sampai sini je entry. Aku nak tidur dulu. Esok nak pergi Terengganu pulak. Kita jumpa di blog seterusnya: Tak Dapat Hotel – Aku Stranded Di Terengganu. Terima kasih sudi singgah di blog aku.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com