Save on your hotel - hotelscombined.com
train to dabong,kelantan,sungai kenerong,dabong
Malaysia,  Travel

Pengalaman Kali Pertama Travel Solo Sebagai Seorang OKU

Spread the love

Hi semua! Sebenarnya kan, sudah lama aku simpan hasrat nak travel solo ni lepas tengok video-video di Youtube kan. Tapi rancangan tuhan itu lebih indah. Jeng jeng jeng… apakah yang terjadi? Aku terjumpa dengan dengan travel buddy aka Kathy, sejak itu aku pergi mana-mana mesti berdua dengan Kathy. Kami terjumpa masa jalan kat universiti lepas tu terlanggar.. ok, jangan percaya pulak. Ahhahaah! Kenapa mesti Kathy, bukan Barbie atau Princess Aurora? Sebab kami sama-sama single kot. First Hahahaha. Boleh pulak macam tu? Dan mungkin juga travel buddy aku akan bertambah. Mana la tahu kan. Suatu hari nanti, pastikan bercahaya~ Hehe~

Sumber gambar: Pinterest

Awas! Panjang Berjela-Jela!

Korang boleh klik di senarai kandungan di bawah:

Beberapa Hari Sebelum Travel

Kemudian ada satu hari ni, saja-saja lah aku tengok Facebook Group: Backpacker Buddies Malaysia. Tiba-tiba hatiku terpaut pula dengan keindahan sebuah tempat iaitu Dabong yang terletak di Kelantan. Lepas itu, aku muat turun aplikasi KTMB dalam telefon. Lepas dah berpuluh-puluh kali kot aku tengok tiket kereta api itu, lebih kurang jam 5:30 pagi (aku tak tidur langsung lah sampai pagi itu), aku pun eh eh terbeli tiket. Tarikh itu kira tarikh keramat lah dalam hidup aku sebelum bermulanya episod drama pukul 7. Btw, sebelum aku terlupa kan.. kalau tiket bas selalunya aku beli di laman web Bus Online Ticket. Korang boleh rujuk di link yang aku sediakan.

Hari Pertama – Sehari Sebelum Travel Solo

Sumber gambar: Pinterest

Sejujurnya, travel kali ini adalah kali pertama aku travel solo sebagai seorang OKU. (Aku masih belum dapat kad OKU , harap maklum. Hahaha!). Dan aku time tulis ini aku tengah berada di dalam kereta dengan keluarga aku. Ceritanya begini, perjalanan aku dari Pulau Pinang ke Melaka, aku pergi bersama-sama dengan keluarga aku, tetapi sebelum mereka semua balik, mereka drop aku di stesen kereta api Batang Melaka.

Dari Melaka itu lah aku seorang diri menaiki kereta api untuk ke Kelantan. Hurm.. tengah aku menulis ni pun aku rasa nak menangis weh. Rasa nak menangis sahaja lah tapi tangki air mata aku ini dah kering sebenarnya. (Banyak tengok anime macam “I Want To Eat Your Pancreas” kot). Aku rasa macam betul ke apa yang aku nak buat ini. Bayangkan selama ini tengok orang travel solo rasa seronok, lepas itu, berangan nak travel solo buat itinerari mengembara satu dunia pun rasa seronok, rasa tak sabar sangat nak travel. Tapi, bila dah sampai masa, dan diri sendiri pun sudah mula travel secara solo, tiba-tiba rasa takut. Perasaan aku sekarang ini bercampur-baur dan naik turun seperti roller coaster ibarat terjumpa crush yang macam Miyamura Izumi. (Kalau korang suka shoujo, aku recommend korang tengok anime Horimiya. Best! Hahahah!).

Miyamura Izumi dari anime Horimiya

Aku rasa nak balik, aku rasa tak nak travel, aku rasa nak terperuk sahaja di dalam bilik aku, aku rasa takut nak tengok sisi gelap dunia luar, aku risaukan keselamatan aku, semua lah. Dengan takut yang tiba-tiba datang, tiba-tiba hilang dan aku pun tak tahu apa yang aku takutkan sangat. Aku berharap sangat tuhan menemukan aku dengan manusia yang baik-baik nanti.

Kalau korang nak tahu kan, sehari sebelum aku bertolak pula, aku rasa berdebar-debar, nak menangis tapi air mata tak ada pun, perut rasa kosong, rasa nak muntah. Fuh! Detail betul kan aku cerita, sementara aku ingat ni memang aku nak kongsi cerita secara terperinci lah. Kalau ada yang mula nak travel solo dan tiba-tiba ada perasaan macam ini, aku nak bagitahu yang korang tak keseorangan ok? Sekarang ni aku rasa nak balik rumah.

Itu belum lagi masuk dengan rasa macam nak mati. Tiba-tiba rasa macam sekejap petanda 100 hari, sekejap 40 hari, semua lah. Haa macam itu lah apa aku rasa. Sampaikan aku taktahu sama ada aku ni memang hampir meninggalkan dunia ini atau aku cuma rasa takut yang tak boleh bawa bincang lah orang kata. Lupa pula nak bagitahu, aku tak tidur langsung. Kiranya 6 haribulan aku bangun pukul 2:30 pagi buat assignment, sampai lah ke hari ini 7 haribulan aku bertolak ke Melaka pun aku tak tidur. Sampai macam itu sekali eh hahahahha!

Mungkin ini satu perasaan yang akan muncul bila seseorang itu perlu hadap kali pertama untuk solo travel. Tapi perasaan ni sekejap sahaja. Macam mana boleh hilang tu? Sebab masa petang tadi, masa aku tengah makan nasi ayam, ada pengumuman pukul 5:00 petang pasal covid tu kan. Ada PKP atau tak ada. Masa ini, aku rasa lega gila. Aku rasa macam fuhh akhirnya aku boleh batalkan niat aku nak travel solo sebab PKP. Jadi, tak lah nampak kurang macho. Lawak kan?

Lepas dah beli barang-barang keperluan, rupa-rupanya tak PKP. Tetapi masa ini perasaan aku dah kembali normal sedikit. Aku dah kurang rasa takut nak travel tu. Sampai lah kami sekeluarga check in ke hotel yang kami tempah. Kami tidur di Good2Stay Hotel. (Blog review hotel masih dikemas kini). Elok sahaja aku masuk bilik itu, ada satu aura yang aku tak tahu datang dari mana kan, aura positif dan aura gembira. Gituu.. hahahh! Aku letak semua barang aku, mandi dan rehat. Bermula dari sini lah, perasaan aku yang takut teramat sangat itu semua hilang. Hilang macam itu sahaja lepas aku berehat. Mungkin hotel ini dia kumpulkan aura-aura traveler dari merata tempat gamaknya. Lepas itu, aura itu tersebar kat aku. Ingat ini dunia anime ka?

Hari Kedua – Hari Aku Mula Travel Solo

Aku dah selamat sampai di KTM Batang Melaka di Melaka. Bayangkan kat stesen itu aku seorang sahaja penumpang yang ada. Mungkin ini stesen persinggahan kot dan bukan stesen utama. Aku rasa lah.

Keluarga aku drop aku di sini. Mereka menemani aku sementara menunggu waktu aku boleh masuk gate. Lepas gate dah boleh masuk, aku pun pergi ke tempat menunggu train. Ada pekerja KTMB seorang. Itu sahaja. Terima kasih buat abang KTM yang tolong bawa beg aku dan temankan aku di situ sampai ETS sampai. Aku bersyukur sangat dengan keadaan aku yang cacat fizikal ini, kali pertama travel solo, tuhan menemukan aku dengan manusia yang baik-baik. (Eh! Kejap! tatabahasa yang betul apa ya? Menemui, menemukan, atau mempertemukan?).

Dah naik ETS aku pun sampai di KTM Gemas. Kat sini aku punya takut datang balik. Aku sampai sana dalam pukul 3:00 petang. Lepas tu aku duduk di dalam surau, cas telefon, buat homework sampai pukul 8:00 malam, kemudian aku keluar surau. Weh! Aku seorang ja yang ada kat bangunan situ. Korang bayangkan tiket aku pukul 1:15 pagi. Aku nak kena terperuk dekat bangunan tu berapa jam lagi?

Tak ada siapa-siapa pun. Baru pukul 8:00 malam. Takkan tak ada orang langsung. (Aku rasa sebab sekarang musim covid dan hari bekerja atau pun sebab waktu tu masih awal lagi, jadi orang tak datang lagi di situ. Aku seorang sahaja yang beli tiket awal sangat , padahal pukul 12:00 pagi punya tiket ada je). ERM… SALAH SENDIRI LAH KAN. Aku pun terus inform kat kawan aku. Dia terus video call aku. Thank you so muchie Maria! Jom travel sekali nanti! Hhahah! Aku bagitahu dia kat sini ada KFC. Dia suruh aku lepak kat KFC sampai dekat-dekat nak sampai waktu naik train atau sekurang-kurangnya pukul 10:00 malam.

Sambil aku video call tu aku dah sampai di KFC. Perjalanan dari stesen ke KFC pun tiba-tiba jadi menakutkan. Ada kedai basikal (kawasan belakang sedikit) dengan kedai burger (kawasan hadapan dekat dengan KFC) sahaja yang buka. Itu pun sementara nak sampai ke kedai burger tu, aku rasa jauh gila. Kalau korang nak tahu, itu adalah antara malam yang paling panjang aku rasa dalam hidup aku. Rasa tak tenang, takut, sambil aku video call tu aku jalan memang laju. Sekejap-sekejap aku toleh belakang, sekejap toleh kiri, sekejap toleh kanan. Dengan kaki aku yang cacat sebelah yang tak mampu nak lari pun tiba-tiba aku rasa aku terlari-lari anak malam tu. Hahahahha!

Lepak Dalam KFC

Masa aku tengah taip ini aku baru habis makan. Sengaja aku lambat-lambatkan minum air. Aku tengah menaip blog sekarang pada pukul 8:42 malam. Kiranya korang baca aku punya cerita live lah konon kan. Aku tak tahu lah berapa lama lagi aku boleh lepak dalam KFC. Ouh! Lupa nak bagitahu, aku punya luggage aku tinggal di stesen. Aku jalan kaki bawa bagpack sahaja pergi ke KFC. Jenuhlah kan, takkan aku nak heret beg berat tu ke sana ke sini. (Nyanyi sikit, ke sana ke sini, ke sana ke sini).

Tengok jam dah pun pukul 10:00 malam. Aku terus video call dengan kawan aku. (Terima kasih Maria!). Sedar tak sedar, aku dah sampai di stesen Gemas. Fuh! Lega tak terkata bila naik sahaja lift ke tingkat 1 , aku nampak ada polis bantuan, ada kerani kot di dalam tempat beli tiket, lepas itu ada penumpang lain 3 orang dekat situ. Maka, berakhirlah episod aku hilang di the unknown city.

Dah sampai masa, train pun sampai. Aku naik sleeper train. Disebabkan blog pun dah panjang tanpa hala tuju, aku akan cerita kan mengenai pengalaman aku travel mengikut topik di blog lain.

train to dabong, stesen ktm gemas, ktm dabong, ktm kelantan
Stesen KTMB Gemas, Negeri Sembilan

Korang boleh baca blog sepanjang aku travel di bawah.

Senarai Blog Aku Travel Solo Buat Kali Pertama

  1. Travel Ke Bandar Melaka, Part 1: Mencari Asam Pedas!
  2. Review Good2Stay Hotel – Hotel Murah Di Melaka [Staycation]
  3. Travel Ke Bandar Melaka, Part 2: Mencari Coconut Shake & Kuih Keria
  4. Train To Dabong, Part 1: Kali Pertama Naik Sleeper Train
  5. Train To Dabong, Part 2: Bajet & Itinerari
  6. Review Bilik Majlis Daerah Dabong, Kelantan [Staycation]
  7. Train To Dabong, Part 3: Tempat Menarik Di Dabong
  8. Review Jelawang Pipe Resort [Staycation]
  9. Bermalam Di Kelantan & Mencari Tiram Pokweil
  10. Tak Dapat Hotel – Aku Stranded Di Terengganu

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku. Terima kasih buat korang semua yang sudi singgah di blog aku. Jadi kat sini aku nak bagitahu juga, biar dekat-dekat nak sampai masa untuk korang punya next train baru lah korang sampai kat stesen itu. Kalau awal sangat macam aku, tak payah lah. Sebab tak ada orang. Tapi jangan laa datang last minit pula. Kang tertinggal train. Hehehe~


Spread the love

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com