Trip Ke Ipoh, Perak: Part 4 – Kellie’s Castle & Maze Park
Post ini merupakan post aku yang terakhir untuk trip pendek selama 2 hari dan 1 malam di Ipoh.
Kami bermalam di Hotel CheckedInn. Seperti biasa, kami bangun pagi, sarapan makanan yang beli semalam di Family Mart dan terus pack barang untuk checked out. Selepas checked out, kami terus pergi ke Kellie’s Castle.
Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk senarai bayaran.
Mengenai sejarah Kellie’s Castle’s, sudah ada banyak blogger dan Youtuber lain yang berkongsi di platform sosial media masing-masing. Disebabkan aku pun agak malas sebab emosi hujung semester ni taktahu lah kenapa. Jadi aku share link untuk korang tengok video dan baca blog dari blogger lain. Itu sahaja. Terima kasih. Kita sambung cerita tempat lain pula.
Blog
- Dunia Anakku: Cuti best di Ipoh: Daytrip ke Kellie’s Castle
- Azhafizah: Kellie’s Castle, Tempat Menarik Di Batu Gajah Perak
- Iena Eliena: Kellie’s Castle, Batu Gajah, Perak
YouTube
Maklumat Kellie’s Castle
Nama: Kellie’s Castle
Waktu Operasi: 9:00 AM – 5:00 PM (Dibuka pada setiap hari)
Alamat: 31000 Batu Gajah, Perak
Contact: 05 – 365 3381
OKU Friendly atau Tidak ? — Fizikal
(Disclaimer: Aku tulis ni berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri).
Wheelchair: Tidak ❌ (Terlalu banyak tangga).
Walking frame: Tidak ❌ (Tak sesuai)
Axillary/Elbow Crutches: Yes ✅ (Berhati-hati)
Dah habis berjalan, ambil gambar acah-acah kat luar negara, sambil aku teruja nampak kereta Ferrari atau Lamborghini kat parking Kellie’s Castle tu, kami pun bertolak ke TT5 Tin Dredge.
Dalam TT5 Tin Dredge ni juga ada TT5 Maze Park. Kiranya kedua-dua ni dalam satu kawasan yang sama. Bila korang masuk ja korang akan nampak Tin Dredge dulu, lepas tu jalan dalam sikit baru nampak Maze Park.
Maklumat TT5 Tin Dredge & TT5 Maze Park
Waktu Operasi:
Sabtu hingga Khamis: 9:00 AM – 6:00 PM
Jumaat: 9:00 AM – 12:30 PM & 2:30 PM – 6:00 PM
Alamat: 9th KM, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah
Contact: 014 – 904 3255
Laman Web: TT5 Perak
TT5 Maze Park
OKU Friendly atau Tidak ? — Fizikal
(Disclaimer: Aku tulis ni berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri).
Wheelchair: Ya ✅
Walking frame: Yes ✅
Axillary/Elbow Crutches: Yes ✅
TT5 Tin Dredge
OKU Friendly atau Tidak ? — Fizikal (Tak pergi lagi, jadi aku tak dapat kongsi pasal tempat Tin Dredge)
(Disclaimer: Aku tulis ni berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri).
Wheelchair: —
Walking frame: —
Axillary/Elbow Crutches: —
Lepas Kathy park kereta di tempat parking, kami pun jalan kaki pergi scan MySejahtera lepas tu masuk ke dalam untuk bayar tiket. Tambang parking tu percuma. Manakala, bayaran masuk pula ada 2 jenis:
- Entrance Fee sahaja (Tak dibenarkan masuk ke dalam Tin Dredge).
- Entrance Fee + Guided Tin Dredge Tour (Boleh masuk ke dalam Tin Dredge)
Guided tour tu pula ada slot masanya tersendiri. Hari yang aku pergi tu, slot yang ada kekosongan adalah pukul 2:30 petang. Kami berdua rasa lama sangat nak tunggu pukul 2:30 petang. Jadi, kami pilih untuk bayar bayaran masuk sahaja. Tak adalah peluang untuk masuk ke kapal korek hari tu. Mungkin rezeki di hari lain. Datang dengan suami pulak eh?! Hahahaha! Mana tahu kan tiba-tiba berjodoh pelakon drama hollywood ka? Ok2, gurau ja. Dah la blog penulisan skema kan, nak lah ada melawak sikit. Sob sob…
Korang nampak tak saiz kapal korek tu. Besar betul. Mula-mula aku ingatkan saiz dia macam feri yang aku duk naik kat Penang tu ja. Rupanya besar lagi dari tu. Bila korang datang Ipoh, aku recommend sangat korang datang sini dan pilih Entrance Fee + Guided Tin Dredge Tour sekali.
Itu sahaja mengenai kapal korek. Aku tak ada maklumat yang cukup untuk aku kongsikan di blog aku. Gambar maklumat yang aku ambil pulak ada pantulan cahaya lampu. Tak nampak penuh pula gambar tu. Macam biasa aku share link blog dari blogger lain untuk rujukan korang.
TT5 Maze Park pula merupakan tempat terakhir yang kami pergi. Taman sesat ini juga merupakan sebuah taman sesat yang terbesar di Malaysia.
Kat sini pun ada banyak kambing. Jaga-jaga lah masa berjalan tu. Terpijak tahi kambing bawa masuk dalam kereta tak ke naya?
Benda yang paling aku suka kat sini ialah replika (aku taktahu nak panggil apa) kereta api dan landasan kereta api. Jujur aku cakap, sapa-sapa yang suka bergambar, atau ambil gambar, tempat ni korang kena pergi. Tambah-tambah dekat kereta api ni instagrammable sungguh.
Dekat tepi kereta api tu ada orang jual air. Jual air ja kot aku rasa lah. Sebab ada meja makan semua.
Lepas tu, jalan depan sikit baru jumpa taman sesat. Sewaktu masuk, dekat pintu masuk tu ada papan tanda ‘Enter’ di dinding. Bila korang berjaya keluar korang akan nampak papan tanda “Exit” pula di dinding. Sekiranya korang bertuah, korang akan jumpa peti surat.
Bercakap mengenai peti surat, masa bayar “Entrance Fee”, staf di kaunter akan bagi poskad. Tulis alamat rumah kat situ. Setiap seorang akan dapat satu. Nanti bila jumpa peti surat dalam maze park tu, masukkan je poskad tu. Staf TT5 Maze Park akan pos poskad tu ke rumah. Jadi, lepas korang baca blog aku ni, bawa pen sekali datang sini ok? Lagi satu, air mineral tu wajib. Kalau sesat dalam Maze Park tu memang dahaga weh! Jadi, jangan lupa ok?
Jumlah wang yang dikeluarkan di sini: RM 5.00
Tamatlah sudah post. Terima kasih buat korang yang sudi baca blog aku. Moga kita berjumpa lagi.
2 Comments
IZAT ISHAK
kami pos poskad tu .. sampai ke rumah 2 minggu lepas tu !!
ingatkan takkan sampai .. hahhahaa.. terburuk sangka pulak :))
kita orang nampak bayangan hantu Helen tau masa dekat Kellie Castle tu ! malam tu siap ikut balik hotel !!
Ree Aki
Ouh Maiii!!!😱😱😨😨😨😨😨.. scarynyaa nasib baik kitorang tak nampak apa2 masa pergi sana.. poskad kitorang bawak balik terus🤣🤣