Save on your hotel - hotelscombined.com
hotel checkedinn
Staycation,  Travel

Review Hotel Checked Inn Di Ipoh – [Staycation]

Spread the love

Hi dan selamat datang. 2 bulan lepas aku dan Kathy pergi jalan-jalan di Ipoh selama 2 hari & 1 malam dan kami menginap di Hotel Checked Inn. Ikutkan plan kami nak bermalam di Hotel Station 18, tapi tu lah dah penuh. Apakan daya. Hotel dah penuh.

Sumber gambar: Google Image

Maklumat Hotel Checked Inn

Nama Tempat: Hotel CheckedInn
Alamat: No. 24 & 26, Medan Stesen 19/6 Station 18, 36500 Ipoh
Contact: 05 – 321 8469
Laman Web: Hotel CheckedInn

Hotel Checked Inn ni lokasi dia memang strategik. Lotus (Tesco) dekat, Aeon dekat, McDonald pun dekat. Contoh lah kalau terlupa bawa tuala kan tapi dah sampai hotel baru perasan. Jangan risau, Tesco dekat ja. Alang-alang beli tuala boleh beli ramen samyang buat challenge dalam hotel dengan kawan-kawan kan?

Anggaran masa dari Hotel Checked Inn menggunakan kereta ke tempat-tempat berikut:

  1. Lotus Station 18: 2 minit
  2. Aeon Mall Station 18: 2 minit
  3. McDonalds Pengkalan DT: 6 minit
  4. Stesen Minyak Petronas Taman Pengkalan: 7 minit
  5. Family Mart Manhattan Business Centre: 6 minit
  6. 7-Eleven: 3 minit
  7. Masjid Ibnu Salam: 4 minit

Terdapat dalam 3 buah masjid di sini. Masjid Ibnu Salam merupakan salah sebuah masjid yang terdekat. Kedai makan pun banyak kat sini. Pilih je yang mana berkenan di hati.

Seterusnya kita tengok suasana hotel pula. Seram ke tidak? Jujurlah lepas kami habis berjalan-jalan dan cari makan, kami balik hotel dalam pukul 9:00 malam kot. Masa tu hujan rintik-rintik. Jujur lah rasa seram tu ada. Kereta kami je yang parking kat situ. Takdak kereta lain. Hahaha! Tapi esok tu masa nak balik eh ada pula kereta lain. Balik lambat aku rasa.

hotel checkedinn
Tandas

Aku tak pasti bilik lain macam mana, tapi ini bilik yang kami tempah. Untuk kebersihan aku bagi 2.5/5 bintang. Sebab aku rasa kebersihan dia tak begitu tip top bagi aku. Nak kata kotor tu tidak, ok lah juga. Tapi tahap dia tak menepati aku punya standard nak bagi 5 bintang.

Kemudahan dalam bilik, ok lah. Bilik ni memang bilik yang betul-betul basic. Kalau ada anak kecil aku rasa tak sesuai. Electric kettle tak ada, nak bancuh susu perlu ada air suam kan? Hair dryer pun tak ada. Saiz bilik juga agak sempit. (Mengenai peralatan seperti pengering rambut, seterika mungkin korang boleh request, aku tak pasti).

Kepada korang yang travel dan korang perlukan bilik semata-mata untuk tidur, hotel ni ok untuk korang pilih. Sebabnya bilik ni memang hotel bajet yang betul-betul bajet dan basic. Untuk harga pula, satu malam ialah RM 65. Aku rasa agak mahal lah dengan kemudahan yang ada. Tapi untuk keselasaan, aku bagi 5/5 bintang. Pendingin hawa dia pun sejuk. Selesa ja aku tidur. Tidur mati pulak tu. Hahaha!

Secara keseluruhan, aku bagi 3/5 bintang. Andai kata aku datang Ipoh lagi nanti, aku akan cari hotel lain. Tapi kalau mana-mana hotel yang dalam kawasan berdekatan dengan hotel ni dah penuh, ok je aku nak bermalam kat sini. Pilihan kedua lah.

Itu sahaja. Aku harap perkongsian ni membantu korang yang tengah survey-survey hotel kan. Atau lebih mudah kan, korang boleh rujuk di laman web atau korang download sahaja aplikasi HotelsCombined dari AppStore/PlayStore. Lepas itu, korang banding harga Checked Inn Hotel yang mana paling murah dan book terus dari situ. Nanti untuk blog akan datang, aku kongsi pula cara nak book hotel guna apps ini ok?Baiklah, terima kasih sudi singgah di blog aku. Selamat menempah hotel!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com