Save on your hotel - hotelscombined.com
kellie's castle, ipoh
Malaysia,  Travel

Trip Ke Ipoh, Perak: Part 1 – Itinerary & Budget

Spread the love

Sebelum aku tulis mengenai cerita aku pergi ke Ipoh selama 2 hari dan 1 malam. Aku nak kongsi dulu berapa jumlah duit yang aku telah belanjakan untuk tempoh 2 hari.

Ok, ini budget dia.

Bajet untuk 2 hari & 1 malam

Korang boleh faham tak? Lebih senang korang terus tengok kat nama Ree tu. Itu nama aku (konon nama samaran acah glamour hahahah). Sebelah kanan RM 200 lebih tu adalah jumlah duit yang aku belanja selama 2 hari pergi ke Ipoh.

Dalam budget tu termasuklah duit minyak, duit tol, makan dan bayaran tiket masuk ke tempat-tempat yang perlukan bayaran.

Bawah ni pula aku punya itinerary. Aku masukkan sekali maklumat tempat yang aku nak pergi termasuk dengan tempat tu punya nombor telefon, alamat dan waktu operasi. Tapi dalam itinerari ni, tak semua tempat yang aku pergi sebabnya ada yang tutup dan ada yang tak sempat pergi kerana hujan.

Itinerary

Contohnya Kinta Riverfront tu masa kami berdua pergi tempatnya sunyi sepi dan gelap gelita. Atas faktor keselamatan, kami berdua ambil keputusan untuk balik. Nak singgah pun takut sebenarnya. Kan dua-dua perempuan. Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village pula kami tak sempat pergi sebab hujan sangat lebat. Dah tunggu punya tunggu pun hujan dan hari pun dah lewat, maka kami batalkan plan kami petang tu.

Ini sahaja serba sedikit pengenalan aku sebelum aku sambung di blog seterusnya. Aku kongsi mengenai tempat-tempat yang kami dah pergi beserta tempat mana yang OKU friendly berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sebelum ini. Aku harap perkongsian aku dapat membantu dan memberi pencerahan maklumat berguna untuk korang sendiri atau jika korang nak bawa keluarga atau sahabat yang mempunyai OKU dari segi fizikal atau yang sedang menggunakan tongkat dan kerusi roda dan juga orang tua.

Ok, setakat ini sahaja dulu. Terima kasih. Aku sambung cerita mengenai perjalanan aku di Part 2: Sarapan Di Canning Dim Sum.

Senarai Blog Sepanjang Trip 2 Hari 1 Malam ke Ipoh

  1. Trip Ke Ipoh, Perak: Part 1 – Itinerari Dan Budget
  2. Trip Ke Ipoh, Perak: Part 2 – Sarapan Di Canning Dim Sum
  3. Review Hotel Checked Inn Di Ipoh – [Staycation]
  4. Trip Ke Ipoh, Perak: Part 3 – Concubine Lane & Roti Pelangi!
  5. Trip Ke Ipoh, Perak: Part 4 – Kellie’s Castle & Maze Park

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com