Save on your hotel - hotelscombined.com
axia g xtra
Random Blog

Pengalaman & Proses Beli Kereta Baharu – Sebagai Student

Spread the love

Boleh ke pelajar yang tidak bekerja beli kereta baharu? Perlu penyata gaji ke? Iya. Boleh sahaja pelajar nak beli kereta baharu dan korang sebagai pelajar tidak memerlukan penyata gaji jika korang tidak bekerja. Jom aku kongsi pengalaman aku beli kereta baharu sebagai seorang pelajar.

Ok, apa syarat-syaratnya?

Syarat untuk korang yang student ni beli kereta adalah korang perlu ada penjamin (guarantor) dan gaji penjamin sebaiknya RM 3,000 ke atas. (Kalau ada maklumat bab gaji korang kongsi di ruangan komen ok? Sebab aku pun tak berapa ingat. Tapi aku rasa dah betul dah ini).

Itu sahaja.

Perodua (Sumber: World Orgs)

Maklumat Perodua Nibong Tebal

Nama Syarikat: Ezy Remarks Sdn Bhd
Alamat: 1777 & 1778, Jalan Nibong Tebal, Taman Panchor Indah, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Hari Beroperasi: Isnin – Sabtu (9:00 AM – 6 PM) & Ahad (10:00 AM – 4:00PM)
Telefon: 04 – 593 9911
Jurujual: Ms. Sue (Whatsapp: 017 – 539 0067)

Sebelum terlupa, untuk beli kereta ni aku bayar deposit sebanyak 10%. Contohnya kalau harga kereta korang RM 30,000 maka 10% deposit tu adalah sebanyak RM 3,000. Bila korang perlu bayar deposit? Nanti aku cerita. Kita pergi ke bahagian dokumen dulu. Hehehe~

Berikut pula adalah dokumen-dokumen yang perlu korang dan guarantor korang bagi kepada jurujual.

Dokumen yang diperlukan oleh pelajar adalah:

  1. Kad Pelajar atau Surat Tawaran Sambung Pengajian (Masa ni aku tak dapat kad lagi, jadi jurujual tu bagitahu boleh guna Surat Tawaran)
  2. Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang)
  3. Salinan Lesen Memandu (Depan & Belakang)
  4. Salinan Kad OKU (sekiranya ada, aku taip ja sekali, aku pun tak pasti perlu atau tidak, sebabnya masa aku beli kereta ni, aku masih belum ada kad OKU)

Dokumen yang diperlukan oleh penjamin adalah:

  1. Salinan Slip Gaji 6 Bulan
  2. Penyata KWSP
  3. Penyata Bank 6 Bulan
  4. Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang)

Itu sahaja. Mudah kan? Aku hantar dokumen-dokumen berkenaan pada tarikh dalam 23 ke 24 November 2021. Kemudian, pada 29 November 2021 aku sudah pun mendapat kelulusan permohonan hutang bank. Bank yang bagi hutang kat korang tu akan call korang, dia bagitahu hutang korang dah lulus, kemudian korang pergi ke cawangan yang paling dekat dengan korang. Contohnya semasa call tu bank akan tanya, nak pergi ke cawangan yang mana. Contohnya, jika korang cakap cawangan Jelutong, maka pada tarikh yang ditetapkan korang terus pergi ke Maybank Jelutong.

Dah sampai kat bank tu, bagitahu loan kereta call untuk datang ke sana.

Lepas dah tandatangan dokumen-dokumen berkaitan di bank, korang hanya perlu tunggu kereta korang sampai. Bila kereta dah sampai nanti baru lah korang bayar deposit itu.

Setakat ini sahaja post aku. Aku harap perkongsian aku dapat membantu korang tambah-tambah korang yang student ni untuk membeli kereta. (Kereta aku belum sampai tau, nanti dah sampai baru aku update balik).

Update Terkini:

Hujung bulan Februari, aku dapat whatsapp dari jurujual iaitu Kak Sue. Kak Sue bagitahu kereta sudah sampai. Lepas itu, korang set tarikh bila korang boleh pergi ambil kereta dan bayar deposit sekali. Deposit nak bayar cash pun boleh. Guna kad debit pun boleh.

Setelah selesai semua urusan (tandatangan surat-menyurat dan Kak Sue terangkan serba sedikit maklumat dan apa yang aku perlu tahu mengenai kereta) di Perodua. Aku pun balik ke rumah.

Tadaa~ kereta dah sampai. Aku gembira dan sedih dalam masa yang sama. Gembira sebab dapat kereta baru, aku boleh cari kerja dengan mudah lepas ini, nak pergi universiti pun mudah, travel dan sebagainya. Sedih sebab aku baru sahaja bebas hutang setahun, aishh dapat pula hutang baharu. Nak beli cash tak mampu pula. Hahahha! Apa-apa pun kena bersyukur lah kan.

Lepas ini kalau korang nak beli kereta, korang boleh berurusan dengan Kak Sue. Customer service Kak Sue memang TERBAIK! TIP TOP! MANTAP! RECOMMENDED! Nanti masa contact Kak Sue korang bagitahu lah Nadi (Nadine) yang recommend. Kalau Kak Sue terlupa ke korang cakap je, yang kaki sebelah tak boleh bengkok tu. Ahhaha! Nanti confirm Kak Sue ingat punya.

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku. Lots of love buat korang yang setia baca blog aku terutama sekali buat subscriber aku. Terima kasih! Selamat membeli kereta! Have a safe journey dan berhati-hati di jalan raya. Cheewahhh!


Spread the love

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com