Save on your hotel - hotelscombined.com
Random Blog,  Uncategorized

Pengalaman Bedah Gigi Bongsu Di Dalam Gusi

Spread the love

Yahaloo!! Kali ni aku nak kongsi pula pengalaman aku bedah gigi bongsu. Berapa batang gigi bongsu aku kena buang? Semua ok. Keempat-empat batang tu.

1 batang tu aku cabut biasa dekat klinik pergigian swasta, lagi 3 batang tu 2-bedah dan 1-cabut di sebuah hospital kerajaan. Kenapa kena bedah? Sebab gigi tu tidur macam sleeping beauty kat dalam gusi. Terbaring elok ja. Menyampah aku hahaha! Kenapa ada yang kerajaan ada yang swasta? Nanti aku cerita. Sabar jap…

Korang boleh rujuk x-ray gigi aku kat bawah ni haa.

gigi bongsu, bedah gigi bongsu, bedah gigi, hospital, sakit gigi, pendakap gigi, braces
x-ray gigi

Cerita aku macam ni, mula-mula aku pergi klinik Dental Hub nak buat braces. Korang boleh tengok pengalaman aku buat braces di Pengalaman Pakai Braces Dan Kos Yang Perlu Dibayar 2021. Lepas buat x-ray dari situ lah aku nampak gigi aku terbaring. Hello Princess Aurora!

Dari x-ray tu menunjukkan yang aku ada empat batang gigi bongsu. 2 batang di atas dan 2 batang di bawah, sebelah kiri dan kanan. 2 batang gigi bongsu iaitu bahagian atas boleh dicabut macam biasa. Tapi 2 batang bahagian bawah perlu dibedah.

Jadi, doktor cabut dulu 1 batang (Di klinik yang aku buat x-ray ni).

Beberapa hari lepas tu, aku pergi ke klinik kesihatan untuk buat temu janji di hospital. Pendek cerita, hari pembedahan pun dah hampir dekat. Aku bedah pada hari Isnin. Tapi aku masuk wad awal sehari iaitu hari Ahad. Hari Isnin pun gigi aku dibedah. Aku dibius tidur atau kalau korang biasa dengar dipanggil GA (General Anesthesia). Lepas tu, aku discharge pada hari Selasa.

Sakit tak? Tak weh. Ubat bius tu ada lagi kot. Balik dari hospital tu aku makan macam biasa ja. Tak sakit langsung. Hari Rabu tu baru start sakit. Tapi sakit dia ok ja bagi aku. Boleh tahan lagi lah. Aku bagi skala dalam 4/10. Letak ketul ais ja dekat pipi. Lepas tu ok.

Seminggu pertama tu susah juga nak buka mulut. Sebab bengkak dan sakit kan? Tapi lepas seminggu lebih tu ok dah. Cuma kena jaga kebersihan gigi elok-elok. Makanan jangan ada lekat-lekat kat gigi atau gusi. Kena gosok gigi bagi betul-betul bersih. Taknak ada kuman kan nanti kat tempat bedah kalau ada makanan tersangkut. Itu sahaja.

Kalau makanan tersangkut juga macam mana? Aku pun pernah terjadi juga sekali. Ada beberapa hari tu aku rasa sakit yang lain macam. Nak bukak mulut tu aku rasa mulut aku sangkut tak boleh nak buka penuh. Nak menguap pun susah. Boleh buka mulut tu luas dia 1 ke 2 jari sahaja. Tiba hari temu janji seterusnya, aku pergi ke hospital dan bagitahu keadaan mulut aku. Kemudian doktor bagitahu ada makanan sangkut. (Ada makanan yang duduk kat dalam gusi tempat yang dibedah tu). Kemudian, doktor cucuk satu air kat gusi tu, aku lupa dah nama air tu apa. Tak sakit pun cuma ada rasa pedih sikit tak sampai 2-3 saat pun masa cucuk tu. Kemudian, doktor akan sedut makanan yang sangkut menggunakan satu alat. Yang ni pun tak sakit. Cuma rasa ada benda sedut makanan. Macam korang nak vacuum lantai tu.

Jadi, susah tak nak jaga? Tak lah senang sahaja. Jadi kalau korang nanti nak kena bedah gigi bongsu. Jangan risau dan jangan takut ok? Yang paling penting kebersihan mulut kena jaga. Kedua, ice bag. Aku beli beg ais dekat Shopee sahaja dalam RM 7.00++ macam tu. Jadi kalau tiba-tiba ada rasa sakit, korang letak je beg ais ni di pipi.

Comel kan warna pink. Warna random aku dapat. Ini link shopee untuk produk yang aku beli tu. Shopee: Ice Bag.

Jumlah bil yang perlu dibayar termasuk dengan duduk di wad 2 hari 1 malam: RM 60.00++ (Tak lebih RM 70.00)

Itu sahaja. Terima kasih sudi singgah di blog aku.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com