lightroom,preset,telegram
Uncategorized

Cara Guna Free Lightroom Preset Dari Telegram Step By Step

Spread the love

Assalamualaikum dan hi semua! Sebelum korang start download preset ni, korang perlu ada dua apps ni dalam handphone, iaitu:

  1. Telegram
  2. Lightroom (Boleh download di App Store-Free)

Pertama sekali, bukak telegram.

Di bahagian “Search for messages or users”, korang taip “Lightroom Preset”. Atau korang boleh klik: Telegram Free Lightroom Preset.

Kemudian, pilih yang dalam kotak merah ni. (Channel lain aku tak pasti sebab belum explore lagi).

Bila dah bukak channel tu, korang pilih mana-mana DNG file (preset) yang korang nak.

Note: Ada 2 jenis file iaitu DNG dan ZIP. Aku cadangkan pilih yang DNG sebab lebih mudah. Kalau ZIP tu, kena download apps untuk unzip file pulak. (Sebelum ni, aku pernah beli preset yang kena unzip, lepas tu malas pulak aku nak buat kerja 2 kali)

Download mana-mana preset yang korang nak

Dah habis download, klik sekali lagi dekat preset tadi.

Bila dah klik, akan keluar macam gambar kat bawah ni. Korang klik pulak dalam kotak merah tu.

Nampak kan anak panah tu, klik yang tu

Lepas tu, scroll dalam box merah tu sampai jumpa “More”

Scroll sampai jumpa “more”
Klik “More”

Pilih apps “Lightroom”

Apps: Lightroom

Klik “Launch Lightroom Now”

Kemudian, file dng tu akan terus masuk ke dalam “All Photo”, korang klik “All Photo” tu.

Lepas dah masuk dalam all photo, cari korang punya preset dan klik preset tu. Kemudian, klik “3 dot” macam dalam kotak di bawah.

Kemudian, pilih “Create Preset”.

Taip nama lepas tu pilih “tanda tick”. Dah siap.

JOM KITA CUBA PRESET NI

Pergi ke “All Photo”, klik gambar tambah (add photo) macam dalam box tu.

Pilih from “From Camera Roll”.

Pilih mana-mana gambar dalam korang punya photo gallery.

Scroll kotak merah tu sampai korang jumpa perkataan preset.

Pilih preset yang korang nak guna. Dah puas hati dengan gambar tu, korang tekan “tanda tick” tu. Siap!

Ini perbandingan lepas guna preset tadi. Aku guna gambar lain supaya lebih jelas perbezaannya.

Atas-Sebelum, Bawah-Selepas

Itu sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *