Save on your hotel - hotelscombined.com
butterworth art walk
Malaysia,  Travel

Butterworth Art Walk: Street Art Di Mainland, Penang.

Spread the love

Hi dan what’s up everybody! Do you miss me? (Introduction syoq sendiri). Kali ni aku nak berkongsi pula mengenai Butterworth Street Art di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Aku dan kawan aku Kathy bertolak lebih kurang jam 10 pagi dengan menaiki kereta. Macam biasa, Kathy lah yang menjadi driver aku. Hahahah! Marah kang Kathy tu memandai aku kata dia driver… Erkk… Lepas je aku habis bayar PTPTN (tunaikan tanggungjawab anda sebagai peminjam), kami pun terus bertolak ke Butterworth Art Walk.

Di bawah ni, aku kongsikan serba sedikit maklumat untuk korang jadikan rujukan sekiranya korang nak datang ke sini.

BUTTERWORTH ART WALK

Entrance Fee: Percuma

Kemudahan Awam

  1. Kawasan ini adalah deretan kedai yang ada kopitiam, bank, kedai makan dan kedai-kedai lain lagi.
  2. Ada tempat untuk parking kereta dan motosikal.
  3. Ada kedai 24 jam iaitu 7-Eleven, cuma kedai ni jauh sikit. Korang kena lintas jalan besar atau naik kenderaan untuk ke sana.
  4. Street Art terletak bersebalahan dengan hotel.

OKU Friendly Atau Tidak – Fizikal
(Disclaimer: Aku tulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri)
Yes! Tempat ni adalah OKU friendly. Semuanya adalah jalan tar yang mendatar.
Wheelchair: Ya
Crutches: Ya
Walking Frame: Ya

Alamat: 1, Lorong Bagan Luar 1, Bagan Luar, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

Lokasi: Lebih mudah kalau korang cari Lodge 18 Hotel. Nampak je hotel tu, sebelah tu terus nampak lukisan stem. Ha! Korang dah sampai lah tu.

Operation Hours: Datanglah bila-bila masa sahaja. (Jangan lah datang 2-3 pagi, tak ke bahaya?)

Do’s and Don’ts di sini.

Do’s

  1. Pakailah sunblock kalau pergi waktu tengah hari. Sayangilah kulit anda. Panas nak mampus! Cair muka aku yang plastik ni.
  2. Air botol tu satu kewajipan. Memang kena bawa.
  3. Mengenai kasut pulak, korang nak pakai selipar ke kasut sukan, semua boleh. Sebab tempat tak begitu besar dan panjang. Mungkin dalam 400-500 meter panjang. Average masa nak explore tempat ni untuk bergambar pun mungkin kurang 30 minit kot. (Bergantung lah pada berapa lama masa yang korang ambil nak bergambar tu)
  4. Berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Sebab tempat ni macam kawasan belakang-belakang sikit.

Don’ts

  1. Buang sampah merata-rata. Kalau makan gula-gula sekali pun, simpan lah plastik dalam poket. Sayangi alam sekitar. (Mesti korang rasa aku bajet je kan?)

Attractions lain yang terdapat di sini: Tak ada

Maksud ke segmen bercerita tanpa hala tuju yang jelas. Kami pergi ke sana pada waktu tengah hari. Disebabkan sekarang ni masih lagi musim PKP, cuma ada kami berdua sahaja di sana. Lepas tu ada lah satu keluarga ni datang bergambar. Dan suasana masa tu agak krik krik. Tak ada orang dan tak meriah macam gambar yang aku tengok kat google image. Kat bawah ni aku kongsikan screenshot gambarnya.

Apa yang aku suka di sini ialah lukisan mural cantik-cantik dan melambangkan Pulau Pinang dan Butterworth tu sendiri. Tapi tempat ni memerlukan maintenance. Ada yang cat dah tanggal. Dinding agak berkulat. Masa kami pergi tu tak tahu ada air hujan dari bangunan mana yang turun. Kami ingatkan air hujan tu effect dari hiasan yang digantung sepanjang jalan ni. Rupanya bukan. Keseluruhan rating untuk tempat ni aku bagi 6/10.

Pada pandangan peribadi aku, sekiranya korang nak datang sini semata-mata nak ambil gambar sahaja, macam tak berbaloi. Aku tak recommend sangat lah. Sebab tak ada attraction lain kat sini. (Disclaimer – personal view sahaja lah ni. Bergantung pada orang, taste tak sama kan)

Tapi kalau korang memang dah ada tempat korang nak tuju. Contohnya korang nak pergi makan kat mana-mana ke, nak pergi ke tempat lain lagi ke, lepas tu korang nak singgah di Butterworth Art Walk ni. Yes! Aku recommend korang pergi singgah.

Dah habis pusing-pusing, kami pun singgah untuk lunch di 4 Fingers.

Itu sahaja perkongsian aku kali ni. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com