Save on your hotel - hotelscombined.com
Random Blog,  Uncategorized

Pengalaman Patah Tulang, Part 2: Accident Ketika Balik Kerja

Spread the love

Hi semua! Post kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku accident ketika dalam perjalanan pulang dari kerja.

Ketika di hospital, aku tengok mak aku tengah lap air mata. Tapi takat tu sahaja lah. Aku taktahu nak respon apa. Macam tak ada perasaan ja aku tengok mak aku. Kemudian, datang beberapa orang nurse dan medical assistant jika tak salah. Diorang cuba luruskan kaki aku. Keadaan aku masa ni ibarat lagu ‘Men In Black – Nod Along’ masa ada satu babak kemalangan tu kan. Haaa, macam tu lah. Sempat lagi aku nak berkpop. Masa ni baru suara aku keluar. Aku jerit. Sakit sangat. Masa ni kaki aku tengah bengkok dan diorang nak luruskan tapi tak boleh. Datang pula seorang lelaki ni tengok kaki aku. Lepas tu boleh pulak dia cakap “uishhh”. Masa tu aku dah cuak. Aku tahu keadaan kaki aku mesti teruk gila. Diorang pun cuci kaki aku. Entah kenapa aku langsung tak rasa sakit masa cuci kaki. Tapi masa nak luruskan kaki sakit gila lutut aku.

Tak lama tu ada nurse tolong tukarkan baju aku. Kemudian, aku tak sedarkan diri. Tertidur kot. Buka mata sahaja, aku dah berada di hospital lain. (Mak aku lah bagitahu – sebabnya hospital tadi tak ada pakar kot? Aku pun tktahu lah). Masa ni, kaki aku dah mula sakit, lutut aku berdenyut-denyut sakitnya. Doktor pula yang cuci luka aku. Kali ni cuci luka aku dah mula rasa sakit. Menjerit lagi aku. Masa ni baru aku tahu, diorang tengah cuci luka terbuka. Kaki aku urat putus, nampak tulang. Lepas tu aku dibawa ke bilik x-ray. Sekali lagi aku tak sedarkan diri. Bila buka mata sahaja aku dah ada dalam wad dan mak aku berada di tepi katil menjaga aku. Lepas tu, aku terlelap. Kesan ketamine kot asyik tertidur ja aku.

Aku kongsikan gambar kaki aku. (Yang dah berbalut)

Lebih kurang 2 minggu aku berada di hospital. Dah operation aku pun balik ke rumah.


Sepanjang dalam ambulan menjerit je aku. Bapak sakit ah! Walaupun aku patah tu paha dengan sendi lutut dan kaki open wound. Yang sakit tu cuma lutut. Elok ja sampai di rumah, maka tamatlah aku sebagai watak utama drama hindustan dalam ambulan.

Dah sampai rumah, baring lah aku atas katil macam Princess Aurora walaupun muka ibarat Princess Fiona lepas kena sumpahan. Rasa tak terurus pulak. Dah makan ubat aku pun tidur. Dah tu terjaga pulak 2-3 pagi duk muntah. Rasanya sebab aku tak makan. Tak cukup dengan muntah, lutut pulak sakit. Muntah tu sehari dua ja lah, sebab duk kat hospital aku tak lalu nak makan. Minum air sahaja. Tempat jahit tu pula aku rasa macam digigit-gigit. Lepas tu tiba-tiba rasa cramp. Macam tu lah keadaan aku hampir setiap hari.

Kiranya lepas keluar hospital, bermula lah episod aku merana. Perghh! Tak pernah seumur hidup aku sakit macam ni. Aku ingatkan putus cinta tu sakit, tapi patah tulang lagi sakit. Korang pernah putus cinta tak? Hahahah! Ubat tahan sakit tu memang wajib. Lepas makan je aku tido, dah bangun sakit balik. Aishh…

Aku pun pergi buat fisioterapi apa semua. Siap beli getah kat lazada. Exercise kat rumah. Rajin betul. Walaupun kaki tak boleh bengkok masa ni. Tetap buat exercise. Kemudian aku beli sand beg tu. 1 kilogram letak kat kaki, tu pun tak bengkok jugak. Aikkk? Lepas tu kita semua sambut raya time PKP. Aku cuma ajak bapak aku pergi AEON. Bershopping sambil naik wheelchair. Itu je kot. Tapi masa ni sakit dah berkurang walaupun sakit tu masih ada. Pejam celik itu ini, buat operation kali kedua.

Haa sebelum terlupa, doktor aku bagitahu patah aku teruk rupanya. Maklumlah xray awal-awal dulu aku langsung tak tengok. Sendi lutut aku hancur, paha aku patah sampai ke atas, syukur punggung aku tak patah sekali. Kaki aku pulak urat putus.

Tapi takpa, banyak hikmah yang aku dapat lepas kemalangan ni. Betul lah, tuhan ambik sikit dari kita, ada benda yang lebih banyak dan besar dia bagi.

Sepanjang tempoh ni, aku pakai pampers. Mandi cuma lap badan atas katil. Tapi hari demi hari, aku dah boleh guna wheelchair pusing-pusing dalam rumah. Lepas tu guna walking frame. Sikit-sikit aku dah start pergi toilet dan mandi sendiri. Jangan lupa minum susu dan selalu makan buah-buahan. Susu biasa aku minum 2 brand sahaja iaitu Anlene (beli di Lotus’s Shopee kalau ada offer 1kg cuma RM28.99), Ensure Gold dan Nutren Optimum. Dan hari ni, aku tengah menulis ni. Aku pun dah start bekerja. Cuma nak break dance pusing kepala atas lantai dan parkour tu boleh lah. Hehehhhe…

Itu sahaja coretan kali ini. Terima kasih buat hangpa yang sudi singgah di blog aku. Feeling-feeling Penang ya. Kalau diikutkan memang panjang lagi cerita ni, tapi aku rasa malas pulak nak menaip. Hehe~ Jumpa lagi di Part 3: Cara Claim HUS PERKESO.


Spread the love

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com