Pengalaman Patah Tulang, Part 3: Cara Claim HUS PERKESO
Hi semua! Post kali ini aku nak kongsi mengenai proses claim HUS iaitu faedah Hilang Upaya Sementara. Kebanyakannya dilakukan oleh HR aku di tempat kerja lebih dari satu tahun yang lalu.
Disclaimer 1: Namun, aku akan kongsi setakat mana yang aku ingat-sebab aku dah lupa banyak benda dan juga hasil dari bacaan di google dan forum. Aku berharap agar perkongsian aku ini sedikit sebanyak dapat membantu korang. Mungkin pada masa akan datang akan ada perubahan tertentu. (Sekiranya ada maklumat tambahan atau kesilapan yang perlu dibetulkan, sila kongsi di ruangan komen. Terima kasih)
Disclaimer 2: Mengenai borang pula, aku sarankan juga korang bertanya kepada orang yang lebih arif dan rujuk juga di blog dan laman web yang lain. Cuma di sini, aku sediakan link untuk memudahkan korang.
Disclaimer 3: Tujuan aku menulis ni hanyalah untuk berkongsi pengalaman aku sahaja dan berharap dapat lah bantu sikit2. Sebabnya ketika aku kemalangan dulu pun hampir setiap hari juga aku google dari A sampai Z. Itu sahaja. Terima kasih.
Banyak kan disclaimer tu? Sebab aku taknak nanti timbul apa-apa salah faham ke kan? Payah pula nanti. OK sambung ke topik utama kita hari ini.
Apa itu Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)?
HUS ni bermaksud korang akan dibayar oleh PERKESO selama mana korang cuti sakit. (Doktor yang bagi MC, bukan korang cuti sendiri amboih). Minimum cuti yang akan dibayar adalah sebanyak 4 hari. Maksudnya, kalau korang dapat cuti kurang dari 4 hari, korang tak dapat claim HUS.
Dan HUS ni tak akan dibayar bila korang dah mula bekerja. Nak senang faham, kiranya dah habis MC doktor bagi tu, korang dah tak dapat lah HUS ni. Atau pun tetiba korang rajin nak pergi kerja sehari, ha terus tak dapat jugak lah lepas tu. (Berdasarkan apa yang aku faham melalui forum)
Berapa kadar yang dibayar? (Hasil membaca dari google)
Kadar yang dibayar adalah 80% dari purata gaji harian pekerja. Kadar minimum adalah sebanyak RM 30.00 sehari dan maksimum pula adalah sebanyak RM 105.33 sehari.
Aku sarankan korang rujuk sendiri di laman web PERKESO. Sebabnya aku pun tak berapa faham sangat mengenai kadar bayaran ni.
Korang boleh baca di sini: Faedah Hilang Upaya Sementara
Dokumen Yang Diperlukan:
- Senarai Semak Dokumen Tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (Kemalangan)
- Borang 21: Laporan Kemalangan
- Borang 10: Borang Tuntutan
- Borang 34: Butiran Notis Dan Tuntutan Faedah
- Salinan Rekod Kedatangan Ke Tempat Kerja
- Laporan Polis
- Lakaran perjalanan sebelum kemalangan berlaku. Contohnya ketika korang pulang dari tempat kerja, pergi ke tempat kerja, waktu rehat, outstation pasal kerja ke.
- Salinan Slip Gaji – 4 Bulan
Macam mana nak claim?
Korang dah ada semua dokumen di atas? Jika belum korang boleh download (link aku sudah sediakan). Jika sudah ada, korang isi dengan lengkap dan hantar ke pejabat PERKESO.
Laporan Polis – Korang buat report polis tu, korang kena photostat. Aku bagi contoh macam gambar di bawah:
Lakaran: Contohnya, kemalangan berlaku ketika hendak pergi ke tempat kerja. Jadi buat lakaran tu dari rumah sampai lah ke tempat kerja. Aku bagi contoh lakaran macam gambar di bawah:
Ok dah habis bab dokumen. Kita pergi ke bahagian bagaimana pulak korang dapat bayaran pada setiap bulan.
Bagaimana bayaran masuk?
Lepas kemalangan tu dah semestinya akan masuk hospital. Selama berada di dalam hospital sampai lah korang discaj, doktor akan berikan MC bermula dari tarikh korang accident tu. Dan MC tu korang perlu hantar sendiri ke PERKESO. Boleh lah minta tolong ahli keluarga untuk hantar surat MC tu jika korang tak mampu bergerak sendiri.
Aku bagi contoh macam ni supaya lebih senang nak faham. Andaikan aku accident 23 March 2020, ketika balik kerja. Jadi tarikh aku MC bermula dari 24 March 2020 sampai lah tarikh appointment pertama aku dengan doktor iaitu pada 27 April 2020.
Jadi 27 April 2020 tu aku jumpa doktor. Seterusnya, doktor bagi MC pula dari tarikh 28 April 2020 sampai 28 May 2020. Surat MC tu korang hantar lagi ke pejabat PERKESO. Macam tu lah rutin korang kena buat. Setiap kali dapat MC, terus hantar surat MC tu ke pejabat perkeso.
Dengan MC itulah korang akan dapat bayaran pada setiap bulan. Wang akan terus dimasukkan ke akaun bank yang korang guna untuk dapat gaji tu. Kalau gaji korang masuk dalam akaun Maybank, maka HUS korang pun akan masuk dalam akaun Maybank jugak. (Pihak PERKESO akan terus bank in duit korang)
Lama tak nak tunggu HUS masuk ke akaun bank? Tak lama. Bagi aku prosesnya sangat cepat. Kurang dari 2 minggu tak silap aku. Bila dah start dapat HUS tu, memang setiap bulan bayaran akan masuk terus ke akaun bank dan bayaran dibuat secara on-time. Korang tak perlu risau. MC tersebut akan dibayar sehingga tempoh 180 hari atau lebih kurang 6 bulan.
Macam mana pulak kalau MC lebih dari 6 bulan? Haa yang MC lama-lama ni yang aku tahu korang ni pesen operation 2,3,4 kali ke atas iye dok? Heheheh aku pun salah seorang lah tu.
Korang ulang balik je proses kat atas tu. Bezanya korang TAK perlu sediakan lakaran dan laporan polis sebab dah bagi dah awal-awal dulu kan. Dan akan ada pegawai PERKESO yang datang ke rumah ambil keterangan dan dia akan bagi borang untuk korang minta laporan perubatan daripada pihak hospital. Itu sahaja.
Jadi bila dah dapat bayaran setiap bulan ni, walaupun tak dapat bekerja, kita masih ada duit nak guna untuk tampung perbelanjaan harian. Beli pampers, susu, ubat, barang dapur, bayar bil dan sebagainya.
Psstt… Disebabkan aku rasa servis PERKESO ni tip top gila, aku rasa nak kerja dekat PERKESO. Heheheh…
Itu sahaja perkongsian aku mengenai HUS. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku. Jumpa lagi di part 4.
15 Comments
Syarifuddin
Peta lakaran kemalangan tu boleh lukis sendiri atau pihak polis yg sediakan?
Ree Aki
Lukis sendiri sahaja seperti dalam contoh yang ada di dalam gambar di atas
Muhammad Fuzaimi
Salam, nak tanya laa sye mc dari 8/3/2022 haritu dah berakhir 25/4/2022 nnti. Mc semua belum hantar lg . Sempat lg ke untuk claim?
Ree Aki
Hai saudara Fuzaimi. Terima kasih singgah di blog saya. Pada pendapat saya, saudara boleh terus call cawangan perkeso yang terdekat. Saya rasa masih sempat lagi. Hari ini hari isnin, seeloknya saudara call hari ini dan hantar secepat mungkin ya
Hasni bin Hassan
Boleh claim dlm tempoh setahun dr mula kita mc
Ree Aki
Terima kasih encik tolong terangkan untuk komen2 di sini
Safira
Salam nak tanya, sy accident 10/12/21 patah lutut and buku lali and dapat mc untuk satu bulan. Lps discharge dari hospital sy terus ke HR untuk serahkan document2 untuk claim socso tapi HR bgtau untuk kumpulkankan mc dahulu baru hantar ke HR maksudnya selagi doktor continue sy punya mc selagi tu sy xdapat claim. Last sy punya mc 9/3/22 lepas 9haribulan tu sy dikira unpaid leave sbb mc dah habis. So mcm mana tu? Mcm situasi saudara yg sy baca setiap kali saudara dpt mc saudara terus hantar perkesokan?
Ree Aki
Hi saudari, ya betul, saya setiap kali dapat MC, saya terus hantar sendiri surat MC (pastikan ada photostat untuk simpan sendiri juga) tersebut ke pejabat Perkeso. Jika saudari masih belum dapat claim, saya cadangkan, adalah lebih baik saudari terus hubungi nombor perkeso berdekatan dan bertanya mengenai hal saudari
Noor zila
Sy dh trima byr bulan lpas dr pekeso.kecedaran patah tulng serangka.Adakah byaran akn di masukan tiap2 bulan selama 6 bulan?maf bertnya.
Ree Aki
Hi saudari, terima kasih baca blog saya. Bayaran yang saudari maksudkan itu bayaran mc hus atau huk ya?
TKH
sedang mencari rawatan patah tulang selangka
Aiqalosky
Nak tanye jumlah bayaran bulanan tu base on gaji ke atau mmg ade jumlah dia bagi?
Ree Aki
Hello.. bayaran mc tu ke? Berdasarkan gaji basic. Lepas tu ada pengiraan beberapa percent dari gaji basic.. gaji basic pula ada jumlah yang tertentu.. saya sarankan cik/encik hubungi atau pergi terus ke cawangan perkeso berdekatan..
Hasni bin Hassan
Bayaran mc 80% dr gaji hari..cth gaji sehari rm100 perkeso bg rm80 je then darab la brp hari mc..mc boleh hantar berperingkat-peringkat atau nk kumpul sampai habis mc br hantar pun boleh..mcm sy 1st mc 31 hari sy hantar dulu..mc ke2 18 hari sy hantar dgn mc ke3 14 hari..total sy hantar 4 kali mc sebanyak 93 hari..jd tiap bulan tu masuk la duit drpd nk kumpul sekali semua 93 hari br nk hantar lambat la dpt duit wlaupun dpt sekali bnyk
Pingback: