
Pusat Rehabilitasi Perkeso, Part 1: Barang Untuk Dibawa
Hi semua! Tahniah aku ucapkan buat korang yang dapat menjalani rawatan di Pusat Rehabilitasi Perkeso di Ayer Keroh, Melaka dan selamat datang ke blog aku. Untuk post kali ni aku nak kongsi barang apa yang perlu korang bawa untuk tinggal di sana. Oops! Sebelum terlupa, di sana korang akan tinggal di asrama. Aku akan share gambar asrama di post yang lain.
Disebabkan aku pun tengah rajin, aku share sekali link barang-barang yang aku beli. Sebelum pergi ke Melaka, barang-barang keperluan semuanya aku beli di Shopee sahaja. Sebab lebih mudah. Tak perlu nak tolak trolley, pergi bayar kat kaunter banyak-banyak, angkat barang masa tengah guna tongkat, nak bawa masuk dalam rumah lagi kan? Tambahan lagi, aku beli pun kebanyakan dari satu kedai sahaja. Boleh laa jimat shipping cost sikit – tapi bila barang bertambah, shipping cost bertambah juga. Korang banding lah yang mana terbaik untuk korang.
PENJAGAAN DIRI
- Syampu
- Krim Mandian
- Listerine (suka hati korang lah hehe)
- Pampers (Kalau korang pakai pampers – aku dah cuba banyak brand, tapi setakat ini, ini brand yang aku paling suka)
- Pad/Pantyliner (Wanita)
- Face Mask (Sekarang kan covid – aku suka brand neutrovis sebab pakai lama2 telinga tak rasa sakit)
- Berus Gigi
- Ubat Gigi
- Tissue
- Wet Tissue
- Sabun Basuh Kain
- Downy
- Deodorant
- Lotion
- Baldi/Bakul (untuk korang letak baju dan mesin basuh juga disediakan)
- Berus Baju (aku bawa sebab basuh baju pakai tangan je hehe)
- Hand Sanitizer
- Bantal (Kalau saja2 nak bawa bantal sendiri kan?)
Aku tak ingat nak list barang apa lagi. Tapi ada beberapa kedai Shopee yang aku boleh recommend untuk korang kalau korang nak beli banyak2 barang dalam satu kedai iaitu (dan aku pun dah biasa beli di kedai yang sama):
Kalau korang nak tengok lebih banyak senarai kedai lain yang aku suka, korang boleh baca blog ini: Senarai Kedai Terbaik Di Shopee Mengikut Kategori.
PAKAIAN
- Tracksuit (Pakai setiap hari)
- Tshirt
- Tuala
- Kasut sukan (Pakai setiap hari)
- Stokin
- Pakaian Dalam
- Sandal (Jika perlu)
MAKANAN & MINUMAN
Bawa lah makanan atau minuman apa pun yang korang nak bawa. Di sana makan disediakan sebanyak 4 kali sehari, iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang dan minum malam. Makanan yang disediakan adalah percuma. Aku akan update di post lain.
Aku cuma bawak Koko Krunch dan air coklat. Itu pun dah sampai di sana baru aku beli.
Untuk air pula, di bangunan asrama sudah ada Coway. Korang hanya perlu bawa botol kosong untuk isi air.
LAIN-LAIN
- Penyangkut Baju
- Pengepit Baju
- Sejadah & Telekung (Bagi yang beragama Islam)
- Pinggan, Mangkuk, Sudu & Garfu (Jika perlu)
- Sabun & Sponge Cuci Pinggan (Jika perlu)
- Air Freshener (Aku suka jadi aku bawa hehehe)
- Seterika
Di bawah ini pula ialah barang yang korang TAK perlu bawa kerana sudah disediakan. Tapi sekiranya korang nak bawa juga, boleh sahaja dan tidak ada masalah.
- Bakul Sampah
- Plastik Sampah
- Cadar, Selimut dan Sarung Bantal
- Electric Kettle
DOKUMEN PENTING!!!
- Keputusan Swab Test
- Memo Dari Doktor Korang
- Surat Kemasukan Ke Pusat Rehab



Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Pusat Rehabilitasi Perkeso di Ayer Keroh, Melaka, korang boleh rujuk di link yang aku sediakan di bawah.
Laman Web: Pusat Rehabilitasi Perkeso
Facebook: Pusat Rehabilitasi Perkeso
Aku sambung mengenai kemudahan yang ada di sini di blog seterusnya: Pusat Rehabilitasi Perkeso, Part 2: Kemudahan Di Asrama
Itu sahaja. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku.


2 Comments
Pingback:
Pingback: