
Pusat Rehabilitasi Perkeso, Part 2: Kemudahan Di Asrama
HARI PERTAMA DI SINI
Hi semua! Aku nak kongsi pula hari pertama aku sampai di Pusat Rehabilitasi Perkeso di Ayer Keroh, Melaka. Aku bertolak dari rumah seawal jam 7 pagi. Sah kata jalan raya, lebuh raya pun lengang gila sebab PKPB sekarang ni. Aman betul lah. Aku sampai di sana dalam pukul 1 atau 2 tengah hari.
Perasaan aku masa sampai di pondok guard tu macam ni tau “Ermm… betul ke aku nak buat rehab kat sini?”, “Punya lah jauh rehab ni…”, “Asrama kat sini tandas kena kongsi lepas tu beratur ramai-ramai ke? Aduhhh tak suka aku kongsi ramai-ramai ni…” (Aku ada satu masalah di mana aku cukup benci nak berkongsi ramai-ramai, kalau dua orang ok lagi, kalau lebih dari tu aduh! Tak kisah la bilik sewa, rumah sewa, tandas, etc… ahhahahha!). Macam-macam la benda datang dalam kepala otak aku ni haa… dan akhirnya, kereta selamat masuk ke dalam pusat rehab. Dan tanggapan negative aku tu semuanya salah! Syukur banget!
Mula-mula pergi park kereta. Lepas tu, akan ada anggota RELA yang bawa korang pergi ke klinik di tingkat 1. Kat sana, nurse akan cek gula, tekanan darah, jantung, ermm apa lagi eh aku tak ingat dah. Masa ni korang bagi jugak korang punya surat kemasukan ke pusat rehab dengan keputusan swab test. Korang boleh tengok rupa dua dokumen ni di sini.
Ok dah settle semua. Korang masuk ke asrama lepas dah ambil kunci di bilik warden.

Habis dah aku punya intro yang panjang tak bertempat ni, barulah aku nak share pasal bilik asrama.
ASRAMA

Asrama di sini ada dua blok iaitu Blok A dan Blok B dan ada dua tingkat iaitu Ground Floor, First Floor dan Second Floor. Setiap bilik dah ada toilet masing-masing. Jadi, dah tak perlu pening pikir macam aku tadi, pikir pasal nak kena beratur macam asrama sekolah tu. Setiap bilik akan ada dua orang penghuni. Kalau korang duduk di sini sorang, korang akan berkongsi bilik dengan OB lain (OB bermaksud Orang Berinsurans. Oleh itu, semua pesakit di sini dikenali sebagai OB). Kalau korang datang dengan penjaga (sorang saja ya, jangan pulak hangpa bawak mai segala ipar duai mak nenek) korang akan duduk berdua dengan penjaga.
KEMUDAHAN DI DALAM BILIK
Bagi aku, bilik adalah sangat selesa. Memang aku bagi 10/10 bintang untuk asrama perkeso ni. Sampai aku rasa nak kerja kat sini. Ada kerja kosong ke tak eh? Kot la bila orang tanya kerja apa, aku dengan bangganya tapi acah humble (humble bragging lah cerita) kat anak jiran tu haaa keja biasa je, perkeso.. ahh gituu.. hahah! OK, aku melawak ja…




Plug
Dalam bilik ada tiga plug. Satu di katil korang sendiri. Satu lagi di katil roommate korang. Dan yang terakhir ada di meja solek.
Cermin
Bab cermin memang tak perlu risau. Ada tiga cermin semuanya besar-besar. Satu cermin di meja solek, lagi satu full size punya cermin dari hujung kepala sampai lah ke hujung kaki boleh nampak (bak lagu kpop ~Meoributeo balggeutkkaji…~), dan akhir sekali di dalam toilet.
BASUH BAJU DI MANA?
Yeahh! Tak perlu risau bab basuh baju. Mesin basuh dan mesin pengering disediakan di sini. Korang cuma perlu sediakan duit. Nanti korang pergi tukar duit tu di mesin token di bilik warden seperti gambar di bawah.


Basuh baju: RM 4.00
Keringkan Baju : RM 4.00
Kalau nak basuh tangan boleh tak? Eh mestilah boleh. Macam aku, cuma kaki aku je patah, tangan aku tak patah, jadi aku basuh tangan je lah baju-baju tu (padahal kedekut duit!). Lepas basuh dan bilas, aku rendam dengan downy dalam sejam dan perah, lepas tu jemur baju dalam bilik je.
AIR
Air pun tak ada masalah. Korang tak perlu nak beli air Spritzer ke apa ke buat stok. Coway disediakan di asrama. Cuma kalau korang dapat bilik di tingkat 1 atau 2, korang kena turun ke Ground Floor untuk isi air. Sebabnya, Coway ada di Ground Floor sahaja.
TONG SAMPAH
Tong sampah dalam bilik ada, di koridor pun ada. Dan di ground floor ada satu tong sampah berwarna kuning – untuk buang pampers. Jadi, kalau korang nak buang pampers, kena pergi buang di tong kuning yang disediakan. Sampah lain boleh buang di tong sampah di dalam bilik atau di koridor luar bilik korang.

LALUAN WHEELCHAIR
Kemudahan laluan untuk pengguna wheelchair juga disediakan. Selain tu, lift pun ada. Senang untuk korang tak perlu naik turun tangga.


LIFT & TANGGA
Lift dan tangga pun ada.
KANTIN

Macam biasa, kalau duduk asrama je mesti ada kantin kan. Tapi yang bestnya kantin di sini makanannya adalah percuma. Korang boleh pilih menu apa yang korang nak makan dekat machine ni ha.

Korang scan je tapak tangan atau barcode di passport korang, nanti akan keluarlah nama korang di screen tersebut. Lepas tu pilih lah menu apa yang korang nak. Siap! Tak sampai 5 minit pun.
Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Pusat Rehabilitasi Perkeso Melaka, korang boleh rujuk di link di bawah:
Laman Web: Pusat Rehabilitasi PERKESO
Facebook: Pusat Rehabilitasi PERKESO
Aku sambung blog seterusnya di Part 3: Pusat Rehabilitasi Perkeso, Part 3: Benda Basic Yang Korang Kena Ingat.
Itu sahajalah perkongsian aku kali ni. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku.


4 Comments
Najla
Salam. Nak tanya dri segi kemudahan dekat asrama tu, ada apa je eh? Tuala, hair dryer dan lain-lain tu ada disediakan tak?
Ree Aki
Maksud awak kemudahan asrama tu kemudahan dalam bilik atau bangunan asrama ya? Masa saya stay sana dulu.. dalam bilik – hair dryer dan tuala tak ada. Yang ada electric kettle, tong sampah, plug dan water heater dalam toilet. Hanger, tuala, baldi, etc saya bawa sendiri
Diyana Zamro
Untuk bedridden boleh ka tinggal di asrama depa? Tanpa penjaga?
Ree Aki
Hi cik.. setahu saya pesakit bedridden ada penjaga yang pergi sama-sama. Saya cadangkan cik hubungi rehab melaka terus adalag lebih baik. Cik boleh chat diorang di facebook juga. Saya ada kongsikan link ke facebook rehab melaka. Terima kasih