Save on your hotel - hotelscombined.com
Random Blog

Jenis-Jenis Scammer Yang Ada Di Carousell

Spread the love

Assalamualaikum dan hi semua! Setelah sekian lama aku menghilang dari dunia blog atas faktor penat, jadi masa yang free tu aku guna untuk tido puas-puas.

Blog kali ni aku nak kongsi pengalaman aku guna Carousell sebagai pembeli dan penjual (sebulan je aku menjual barang preloved kat situ, lepas tu aku give up nak jual kat Carousell – sebab tak mengena dengan jiwa). Tapi aku suka membeli di Carousell lah. Jual je tak berkenan sangat. Hahahaha. Setakat ni sudah dua kali aku berhadapan dengan scammer sebagai penjual lah. Sebagai pembeli belum kena lagi. Syukur banyak-banyak sebab setakat ni aku jumpa penjual semuanya jujur dan ada rating yang bagus.

Tujuan aku kongsi ni aku harap korang boleh lebih berjaga-jaga. Moga kita semua tak terkena scam. Huhu~

Sebagai Penjual:

Jom aku share apa scammer yang kemungkinan korang akan terjumpa:

1. Scammer Minta E-mel

Aku tak pasti macam mana scammer ada scammer yang boleh dapat email korang. Tapi kalau ada orang yang mintak emel, dengan alasan nak beli barang guna “secure transaction by carousell”, “carousell transaction” dan sebagainya. Korang report je. Sah-sah scammer.

Sebab: Kalau diorang direct guna carousell, sudah tentu dekat apps korang akan keluar ABC dah beli barang, korang perlu ship dan ada laa process dia. Aku nak cerita details pun aku tak ada pengalaman shipping item guna carousell. Jadi tak boleh nak cerita details la. Tapi tak silap aku processnya mungkin macam shopee. Bila orang dah beli/purchase barang korang, korang perlu ship saja barang tu. Tak ada nye nak kena transfer duit ke scan code bagai.

Jadi, jangan bagi email!

2. Scammer E-mel

Ok, scammer email ni pula. Korang akan dapat notification kat email korang. Kononnya dari carousell – yang barang korang dah sold out. Email punya page tu nampak sangat lah legit. Kalau tekan link tu, link tu akan bawa korang ke satu page payment (macam satu laman website yang kena buat online payment macam maybank2u dan sebagainya. Tapi bank lain lah. Bank apa taktahu lah).

Macam mana nak tahu email tu dari carousell ke bukan? Macam ni contohnya:

1. Email tu panjang ataupun ada lagi email lain kat belakang dia. Contohnya: carousellteam dot purchasing store dot -apa-apa je- (dapat je email carousell, korang klik yang “to me” tu. Macam ni:

Email dari SCAMMER: Depan ada carousell tapi belakang ada email lain

scammer, carousell
Email dari CAROUSELL yang SEBENAR

Korang boleh juga rujuk di Laman Web Carousell: Common phishing scam patterns spotted on Carousell mengenai scammer-scammer yang ada.

3. Scammer Minta Kita Bayar Dulu, Baru Diorang Boleh Buat Payment

Ni sah-sah scammer. Scammer ni dia akan hantar screenshot kat korang, kononnya dia dah purchase item yang korang jual tu. Tapi dia punya transaction sangkut. Korang kena transfer certain amount dekat dia, baru dia dapat buat payment tu.

Macam ni kita kena ingat. Kita jual barang, kenapa kita nak kena bayar dulu. Tambah-tambah pulak amount tu tak masuk akal. Contohnya, jual baju harga RM30. Tapi kena bayar dulu kat scammer ni RM600. Bila kita dah bayar, baru dia dapat teruskan transaction tadi yang kononya tersangkut.

Jadi kalau scammer tu cakap dia guna international transfer ke apa-apa. Lepas tu minta korang kena transfer dulu beberapa ratus dan kalau korang tak transfer tu, dia nak saman korang, atau nak ambik tindakan undang-undang ke apa.. jangan takut. Block je. Kalau rasa was-was, korang pergi je balai polis atau bank terdekat dan tunjuk screnshot website dan mesej-mesej tu. Minta kepastian dengan orang yang lebih arif.

Kat bawah ni aku share pengalaman seller lain yang pernah terjumpa dengan scammer ni untuk korang baca supaya kita boleh lebih berhati-hati.

Link Pengalaman Seller Lain:

Ada banyak juga orang yang share pengalaman diorang terjumpa scammer ni. Korang boleh cari di Youtube atau mana-mana platform social media je, OK?

Seterusnya aku nak kongsi tips untuk korang kalau nak beli barang di Carousell.

1. Tengok Umur Akaun Seller Tu Berapa Lama

Tengok seller tu dah berapa lama di guna carousell. Setakat ni aku beli barang kat carousell, seller tu dah menjual 2 tahun, 5 tahun, 7 tahun dan sebagainya.

scammer, carousell, seller, buyer, preloved, iphone
Contoh: Umur Akaun Carousell

2. Star Rating

Star rating korang pilih laa yang 4 ke atas. Atau nak lagi selamat pilih laa seller yang rating 5 terus. Supaya korang pun boleh yakin yang seller ni memang bagus. Service tiptop. Barang yang dijual pun berkualiti.

seller, buyer, iphone, victoria secret
Contoh: Star Rating

3. Review

Rajinkan diri korang untuk baca review-review dari buyer yang lain.

contoh review carousell untuk korang tengok
Contoh: Review

4. Hati-Hati Dengan Barang Sold Out Tapi Tak Ada Review

Haa ini pelik.. barang-barang dalam carousell seller ni kebanyakannya sold out. Tapi review tak ada. Contohnya, jual 10 helai baju. Semuanya sold out. Tapi review tak ada langsung. Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan lah korang beli dengan seller ni.

Baiklah. Sampai sini sahaja perkongsian aku. Aku berharap perkongsian aku ni dapat bagi manfaat kat korang semua. Terima kasih sudi singgah di blog aku.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com