Student's Life

Senarai Blog Pendidikan Terbaik Untuk Student Buat Nota

Spread the love

Hi semua budak sekolah. Hahahahah! Banyak sangat blog pasal nota sekolah kan? Tktahu nak pilih yang mana satu.

Jadi kali ni aku nak kongsi pulak senarai blog pendidikan yang boleh korang jadikan rujukan yang aku rasa contentnya sangat bagus, detail, explanation sangat mudah untuk difahami serta padat. Aku masukkan jugak screenshot (sebahagian nota dari blog) untuk korang tengok ye.

  1. Belajar Bahasa Inggeris = Learning English
    • Blog ni ajar bahasa Inggeris terutamanya yang grammar kita selalu pening2 tu kan, tapi diajar dalam bahasa Melayu. Blog yang sangat straight to the point! Senang nak faham.
    • nota bahasa inggeris, english notes, spm, stpm,muet
  2. Khir Kassim
    • Blog belajar buat esei bahasa Melayu yang sangat best bagi aku. Zaman aku tingkatan 6 pun aku guna blog ni untuk dijadikan panduan. Ada formula yang korang boleh guna untuk buat esei. Jadi aku sarankan korang untuk pergi jenguk2 blog ni.
    • nota bahasa melayu,nota karangan,formula esei,stpm,bm,spm
  3. Cikgu Narzuki
    • Khas untuk budak akaun SPM. Dalam blog ni ada nota, ada kuiz dan latihan pun ada. Kalau korang ada benda yang tak faham, drop je soalan kat komen. In Shaa Allah, cikgu Narzuki akan reply.
    • prinsip perakaunan,spm,nota akaun, spm akaun
  4. DermagaBMSTPM
    • Buat student STPM yang ambil subjek Bahasa Melayu, korang boleh buat ulang kaji dari blog ni. Tambah-tambah yang penggal 2 tu kan, banyak benda nak kena faham dan ingat. Nota pula, korang boleh download dalam bentuk pdf. (Nota cantik-cantik tau, colourful gitu).
    • nota bm stpm sem 2,nota bm stpm penggal
  5. Knowledge Is Infinite
    • Admin juga merupakan seorang student STPM tahun 2018. Eh batch aku ke ni? Eh tak aku tua lagi. Hahhahah! Banyak nota yang dikongsi. Subjek BM ada, Pengajian Perniagaan pun ada. Subjek lain aku tak pasti, korang boleh explore sendiri blog ni.
    • nota pengajian perniagaan,nota pp stpm, nota tingkatan 6
  6. Anjung Pengajian Perniagaan STPM
    • Banyak nota subjek pengajian perniagaan dalam blog ni.
    • stpm

Ini je benda yang aku nak kongsi kali ni. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku.

Macam biasalah, jika bila-bila nanti aku terjumpak blog lain yang best-best, aku letak link jugak. Senang nak cari kan?


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *