Save on your hotel - hotelscombined.com
barrack, war museum, penang war museum, penang travel, where to go in penang
Malaysia,  Travel

Trip Ke Penang War Museum, Part 2: Lampu Terpadam!

Spread the love

Hi semua! Kali ni aku nak berkongsi sedikit mengenai Muzium Perang yang terletak di Batu Maung, Pulau Pinang. Let’s go!

muzium perang, penang war museum, soldier, army, war museum, penang, penang travel, penang trip

Sampai sahaja di pintu masuk, korang akan nampak satu patung tentera ni haa. Apa yang unik sangat dengan muzium ni? Keunikannya adalah, selalunya bila pergi muzium, sudah semestinya korang akan tengok barang-barang bersejarah sahaja kan? Sama ada, tengkorak, pasu, mangkuk dan pelbagai barangan lain, tetapi bangunannya adalah bangunan biasa di mana bangunan itu adalah dibina untuk dijadikan muzium dan meletakkan barangan bersejarah. Tapi muzium perang ni, bukan barang (senjata, bom dan sebagainya) je, tapi dengan bangunan tu sekali adalah bangunan (kubu) asal yang digunakan ketika zaman 1930-an dahulu.

Dah habis intro, jom kita tengok apa yang ada di sini.

Kamikaze Jacket

Jaket Kamikaze ini adalah jaket yang digunakan oleh ahli pasukan khas dalam kumpulan serangan tentera udara Jepun yang terlibat dengan suicidal mission (Misi yang sangat berbahaya di mana setiap orang yang terlibat tu kita tak boleh expect yang mereka akan hidup).

Relic

Relik yang dijumpai oleh Encik Johari pada 18 Ogos 2002 ketika sedang membuat kerja-kerja penggalian di muzium perang.

Bom Perang Dunia Kedua
Terowong Ke Tempat Penyimpanan Senjata

Lepas dah tengok senjata dan bom yang digunakan ketika Perang Dunia Kedua, kami pun masuk ke dalam sebuah terowong yang digunakan untuk menyimpan senjata. Masuk je terowong tu, terus handphone keluar “No Service”. Masa ni ok lagi, kami pun tengok-tengok lah kasut dan peluru yang ada di dalam terowong tu. Dalam terowong tu pulak, ada lagi terowong lain yang gelap gelita. Korang memang perlu guna torchlight atau flashlight dari korang punya fon untuk berjalan dalam terowong ni.

Dah jalan terbongkok-bongkok dalam terowong sempit tu (tinggi terowong kedua ni lebih kurang 150cm, kepada yang tinggi ala-ala kpop idol tu jadi nenek kebayan lah sat) tiba-tiba! Haaa.. Kan aku cakap tadi ada dua terowong kan. Terowong pertama dan bilik senjata tu ada lampu tau. Tapi terowong yang kena bongkokkan badan ni tak ada lampu. Elok je kami keluar dari terowong kedua ni, terus gelap gelita. Aku taktahu la tempat ni pakai sensor ke apa, tapi tempat yang tadinya cerah gila penuh dengan lampu terus gelap, dah macam elektrik putus pulak dalam tu. Itu je lah, tak seram mana pun sebenarnya. OK, sambung pasal maklumat terowong pula.

Terowong penyimpanan senjata ini terletak sejauh 9 meter di bawah tanah dan dinding batu yang kukuh ini dibina untuk menahan tembakan musuh. Disebabkan bahan letupan yang tinggi disimpan di dalam stor ini, tentera-tentera perlu menanggalkan pakaian dalam mereka dan bertukar ke pakaian dan kasut khas sebelum memasuki kawasan stor.

Rujukan: Segala maklumat adalah diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh pemilik muzium perang Malaysia

Keadaan Di Dalam Terowong Berlampu
Keadaan Di Dalam Terowong Berlampu
Peluru Meriam Yang Sudah Tidak Berfungsi
Serpihan Sampan

Pada 16 Disember 1941, askar-askar Jepun memasuki Pulau Pinang dan menawan kubu perang British ini. General Tomoyuki Yamashita menggunakan sampan kecil ini untuk memasuki kubu ini menerusi laluan laut, melalui kawasan hutan bakau bagi mengelak dari dikesan oleh pihak British dan sekutunya. Rangka sampan ini telah ditemui oleh mendiang James Tait (salah seorang bekas tawanan perang) di pesisiran pantai Kampong Belacan, Batu Maung, Pulau Pinang pada 18 Disember 2002.

Kesan Bom Pada Dinding
Tangga Menuju Ke Cannon Bay

36 tangga yang asal menuju ke tempat meriam dan palang keluli adalah dari England sejak tahun 1930.

Anti Air-Craft Pit

Anti Air-Craft Pit (Lubang Anti Pesawat Udara)
Terdapat lebih dari 20 lubang anti pesawat udara yang dibina oleh British di seberang bukit (Bukit Batu Maung) di Penang. (Gambar di atas) adalah anti pesawat udara yang mempunyai dua laras dan boleh menembak sejauh 14,000 kaki, untuk melindungi kubu daripada serangan udara oleh pihak Jepun. Mereka terpaksa terbang setinggi 14,000 kaki sehingga 16,000 kaki untuk mengelak dari ditembak jatuh.

Rujukan:
Segala maklumat adalah diperoleh daripada penyelidikan yang dijalankan oleh pemilik muzium perang Malaysia.

Trench Route

Trench Route (Laluan Parit)
Jurutera Diraja British membina laluan parit sepanjang 5 kilometer ini di sepanjang bukit untuk melindungi tentera yang sedang bertugas. Saiz normal bagi parit ini adalah sedalam 10 kaki dan selebar 8 kaki.

Rujukan:
Segala maklumat adalah diperoleh daripada penyelidikan yang dijalankan oleh pemilik muzium perang Malaysia.

Siren Hand With Stand

Siren Hand With Stand ini merupakan sebuah alat penggera mudah alih yang digunakan secara teknikal oleh angkatan tentera Malaysia sejak zaman tentera British. Siren ini dibunyikan untuk memaklumkan ancaman keselamatan dan kebakaran.

Kapak Yang Digunakan Untuk Memancung Kepala
Bilik Tentera British
Bilik Memasak
Bilik Tentera Melayu

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku. Sebenarnya, masih ada banyak lagi bilik-bilik dan kawasan di muzium ini untuk dikongsi. Contohnya, bilik penyiksaan (ada bilik yang masih ada kesan tembakan), menara, water tank dan sebagainya. Kalau korang nak tengok dan feel sendiri suasana zaman perang dunia kedua, korang patut datang ke sini.

Aku kongsikan jugak dengan korang blog-blog atau website lain yang boleh korang baca mengenai Muzium Perang ini:

  1. Travel My Way
  2. MStar
  3. Malaysia Traveller
  4. Jom Jalan
  5. Berita Harian
  6. Berita Harian
  7. Uncle Zuan
  8. Kaki Travel
  9. Percutian Bajet
  10. Harrizam
  11. Misteri 14 Negeri
  12. Mamapipie
  13. Harith Sidek
  14. Makan Jika Sedap
  15. Penang Travel Tips
  16. Histourism
  17. Keyza
  18. Kaki Jalan
  19. Den Dyen

Dah habis dah. Terima kasih buat korang yang sudi sunggah di blog aku. Ini pula adalah link ke Part 1: Short Trip Ke Penang War Museum, Part 1: General Info. Jadi, kalau korang datang ke Penang, korang perlu singgah di Muzium Perang ni tau. Memang recommended!


Spread the love

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com