Trip Ke Ipoh, Perak: Part 2 – Sarapan Di Canning Dim Sum
Jam 7:00 pagi, kami pun bertolak. Kathy datang ambil aku. Lepas tu, kami berhenti di stesen minyak untuk top up Touch n Go dan beli air mineral.
Tengah ralit dengar lagu K-pop dalam kereta, kami pun sampai di destinasi yang pertama iaitu Canning Dim Sum. Perjalanan kami nak sampai ke situ ambil masa dalam sejam lebih.
Ikut plan sebenarnya kami nak pergi ke Restoran New Hollywood. Tapi restoran tu penuh, punya panjanglah beratur nak masuk kedai pun. Disebabkan malas nak beratur, kami tukar pergi ke Canning Dim Sum.
Canning Dim Sum ni masa kami mula-mula cari tak jumpa. Sebabnya, kedai ni terletak di kawasan perumahan. Lepas pusing dua ke tiga kali, baru nampak kedai tu. Rupanya kedai ni bertentangan dengan New Hollywood Restoran sahaja. Korang boleh tengok screenshot Google Map di bawah.
Nak masuk Canning ni kena tunggu giliran juga. Korang kena ambil number dulu. Tapi tak lama pun. Tak sampai 5 minit nombor kami dah dipanggil.
Info Canning Dim Sum
Nama Tempat: Canning Dim Sum, Ipoh
Waktu Operasi: 7:30 AM – 3:30 PM (Dibuka pada hari Khamis hingga Selasa. Ditutup pada hari Rabu)
Alamat: 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
Contact: 016 – 268 0535
Email: info.teamsome@gmail.com
Facebook: Canning Dim Sum, Ipoh, Perak
Halal Status: Halal (Korang boleh rujuk sijil halal di sini)
OKU Friendly Atau Tidak? – Fizikal
(Disclaimer: Aku tulis ni berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri).
Wheelchair: Ya✅ (Ada laluan untuk wheelchair). Korang boleh tengok Gambar 1 di bawah.
Walking frame: Ya✅
Axillary/Elbow Crutches: Ya✅
Tandas: Aku tak guna tandas. Jadi aku tak pasti tandas dia macam mana.
Dah habis serba sedikit mengenai maklumat kedai. Ini menu yang kami cuba.
Ini pula senarai menu yang kami ambil beserta dengan rating rasa. Kalau korang rajin, boleh lah korang search dulu kat google kan nak menu apa kan. Ada ke orang pilih menu dulu baru pergi kedai?
- Chicken Dumpling – 5/5 (Sedap ni, tapi sebab aku baru pakai braces, nikmat mengunyah tu hilang. Aku makan sikit ja.)
- Prawn Chee Cheong Fun – 4/5
- Salted Egg Yolk Pau – 5/5 (Sedap. Inti pun banyak.)
- – (Tanda dash saja lah sebab aku dah lupa nama)
- Teochew Mai – 5/5 (Antara 3 dim sum yang kami ambil, yang ni paling sedap – warna purple.)
- Red Bean Mochi – 1/5 (red bean ni aku suka kalau inti roti je, selain dari tu aku tak suka. Jadi, kalau korang suka red bean, mungkin korang suka lah mochi ni)
- –
- Teh O Ais (4/5)
- Iced Coffee (4/5)
Rating
- Rasa makanan – 4.5/5 (Kalau aku datang Ipoh, aku akan singgah sini lagi. Aku nak cuba menu lain pula. Kedekut kan taknak bagi 5 bintang)
- Customer Service – 5/5
Jumlah wang yang dibelanjakan di sini : RM 64.60 (2 orang)
Ini je kot. Aku dah mengantok. Kita sambung ke Part 3: Sesat! Banjir! Roti Pelangi! Terima kasih sudi singgah di blog aku.