Save on your hotel - hotelscombined.com
asam pedas pondok otek di melaka
Foodie,  Malaysia,  Travel

Travel Ke Bandar Melaka, Part 1: Mencari Kedai Asam Pedas!

Spread the love

Hi semua! Apa khabar? Korang sihat tak? Dah makan ke belum? Korang pergi makan dahulu, baru korang sambung baca aku punya blog ok? Yang ada dekat luar sekarang ni sambil baca blog aku, pastikan korang dah selamat sampai di rumah masing-masing baru baca blog aku. Hahaha! Perghhh kalau tak ada orang tanya kat korang, tak apa aku tolong tanyakan kahkahkah!

Aku dengan keluarga aku bertolak dari Pulau Pinang ke Melaka kira awal pagi juga. Tapi sebab kami banyak berhenti. Boleh kata hampir setiap R&R kami singgah, jadi kami sampai di Melaka agak lewat iaitu lebih kurang jam 2 ke 3 petang. Setelah selesai urusan aku di Melaka, kami terus get ready nak cari makan.

Ikutkan aku punya itinerari untuk hari itu, aku plan nak bawa kami semua makan di Restaurant Ahmad Chan By The Garden. Jadi, adik aku pun drive lah ke sana. Sekali tengok tempat dia, mak ai…, aku ada satu aura yang merasakan aku akan lari bajet ya. Besar betul kawasan dia. Kalau korang biasa makan kat D Pauh Garden kat Permatang Pauh, Pulau Pinang kan tu, korang bayangkan Restaurant Ahmad Chan ni lagi besar dari situ. Lepas tu, kami pun tengok kat google harga makanan yang ada. Ermm… aku pun batalkan plan aku, ikutkan bajet yang dah sedia ada ni, tak mampu aku nak belanja orang. Ahhahah! Tunggu aku dah kerja nanti lah, confirm aku datang sini balik ya! Confirm! Sebab aku memang berkenan tengok restoran ni. Dan aku pun suka makanan cina.

Lagi satu, review restoran ni bagus-bagus juga. Rating di google pun agak tinggi. Jadi bila aku datang ke Melaka semula nanti, memang aku akan singgah kat sini. Aku nak cuba sendiri kan rasa makanan tu macam mana. Tetapi, buat masa sekarang ni, memang aku tak mampu lah dengan keadaan aku yang menggangur lebih dari 2 tahun ini. Ahhahaha! Lepas dah puas ambil gambar, kami bertolak ke Mahkota Parade. Mahkota Parade ni dekat je dengan hotel kami. Sebelah jalan sahaja.

Lepas dah makan, shopping sikit. Kami pun rehat di hotel. Korang boleh baca aku punya review hotel di (blog masih dikemas kini).

Usai berehat, kami pun keluar untuk makan malam. Sepanjang dalam kereta tu memang tak tahu lah nak makan di mana. Jadi, adik aku bawa sahaja kereta tu tanpa arah tuju. Kemudian, kami terjumpa satu kedai makan ini di dalam google, nama dia Asam Pedas Pondok Otek Melaka. Review di google pun bagus. Rating review ialah 4.5/5.

Maka kami pun terus menuju ke kedai makan tersebut. Pelanggan di sana, tak ramai dan tak sikit, sedang-sedang sahaja. Mungkin hujan sama kot. Kalau tak hujan ini rasanya dah ramai orang. Dah duduk, kami pun order lah apa yang patut.

asam pedas, melaka, asam pedas melaka, pondok otek

Maklumat Asam Pedas Pondok Otek

Nama Tempat: Asam Pedas Pondok Otek Melaka
Waktu Operasi: 6:30 PM – 1:00 AM
Alamat: Jalan Tebing Tinggi, 75450 Bukit Katil, Melaka
Contact: 011 – 5869 6454
Facebook: Asam Pedas Pondok Otek Melaka

Tak lama pun tunggu makanan, sekejap sahaja. Makanan pun sampai.

asam pedas, asam pedas melaka, pondok otek

Asam pedas dia sedap. Dan aku akan makan kat sini lagi bila datang Melaka nanti. Recommended! Lagi satu, pekerja pun ramah. Aku tak pasti lah yang sembang dengan kami sekeluarga itu pekerja atau tuan punya kedai.

Rating makanan:

  • Asam Pedas Ikan Tenggiri: 8/10
  • Asam Pedas Ikan Siakap: 8/10
  • Kari Kambing: 7/10
  • Nasi Goreng Ayam Paprik: 6.5/10
  • Carrot Susu: 7/10
  • Sardin: 7/10

Jumlah harga menu kami sekeluarga seperti di dalam gambar ialah RM 49.00.

Dah habis makan, kami pun pergi berjalan-jalan. Suasana malam di Melaka ini seronok bagi aku. Sebab tak rasa menakutkan. Kawasan dia ni hidup lah senang cerita.

Dah habis bergambar, kami pun pulang ke hotel. Aku pun rasa blog ni dah panjang, bosan pula korang nak baca panjang-panjang kan. Aku sambung di Part 2: Mencari Coconut Shake & Kuih Keria. Baiklah, setakat ini sahaja coretan aku buat kali ini. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku.


Spread the love

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com