Save on your hotel - hotelscombined.com
dagashi kashi
Foodie

Anime: Minum Ramune dari Dagashi Kashi

Spread the love

Hari ni aku rasa bosan gila. Kat youtube pun dari vlog travel, interview kerja, lagu, amv semua dah tengok. Aku taktahu nak buat apa jadi aku pun pergilah search kat google pasal anime food. Tiba-tiba rasa nak makan minum benda yang ada dalam anime.

Sambil-sambil aku duk cari di bahagian google images, aku tertarik dengan satu post twitter ni mengenai air soda ramune dari anime yang bertajuk Dagashi Kashi.

Sejujurnya aku tak pernah tengok anime ni. Tapi nanti ada masa aku akan tengok. Korang dah tengok ke belum? Best ke tak?

Shidare Hotaru – Main Heroine dari Dagashi Kashi

Ramune ni air apa?
Air soda untuk kanak-kanak. Itu je.

Status Halal: Non-alcoholic

Sebenarnya aku dah post pasal air ni kat blog aku. Tapi ada masalah pulak kat blog tu. Sampaikan aku stress aku unpublished. Terpaksa lah aku buat ayat baru dekat web sini. Asalkan post dari diri aku sendiri iye dok?

Ok sambung. Aku beli empat perisa iaitu melon, orange, blueberry dan nenas. Tapi yang sampai tiga perisa sahaja. Orange tak ada sebab habis stock. Aku minum perisa melon ja, lagi dua perisa aku bagi kat adik aku.

Sebelum aku bagi review aku nak bagitahu siap-siap aku tak suka air gas. Tapi aku beli jugak sebab ramune ni botolnya unik.

Apa yang unik pasal ramune?
Air ni dalam botol kaca. Botolnya tak ada penutup, yang ada cuma guli. Guli ni lah berfungsi untuk tutup botol dan bukak botol untuk korang minum atau tuang air dalam cawan. Walaupun penutup botol sekadar menggunakan guli, air memang tak tumpah. Korang boleh tengok tutorial buka air ramune di youtube “HOW TO: Open A Bottle Of Ramune“.

Review
Aku bagi rating rasa tu 1/10. Satu teguk dah cukup. Mungkin sebab aku tak suka air gas, kalau korang suka mungkin korang bagi rating yang berbeza. Tapi untuk bau air tu aku bagi 10/10. Memang ada bau wangi melon tu.

Di mana nak beli ramune?
Beli kat Shopee je senang atau korang pergi bahagian search tu korang taip “ramune”. Nak lagi senang aku letak link kat bawah terus.


Itu sahaja. Takda benda sangat aku nak kongsi pasal ramune ni. Apa pun terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku.


Spread the love

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com