Save on your hotel - hotelscombined.com
muzium perang, muzium perang penang, war museum penang
Malaysia,  Travel

Trip Ke Penang War Museum, Part 1: General Info

Spread the love

Muka Depan Pamphlet Muzium Perang

Hi semua! Ok, aku nak berkongsi pula short trip aku bersama dengan kawan aku kathy aka travel buddy. (Walaupun masih mampu berangan nak travel berdua buat masa ni kan, sebabnya kami ni bukan jutawan, kami start dengan jalan-jalan dalam Malaysia dulu lah. Nak bayar tiket muzium pun jenuh haa nak berkira-kira bahagi dua orang hahahahah.)

Hari ni, kami pergi ke Penang War Museum. Muzium ini juga dikenali sebagai salah satu antara the most haunted place in asia? Betul ke ni? Aku pun tak pasti lah! Kami pergi pun waktu pagi, takdak maknanya nak pergi night tour kat muzium tu. Kang terkucil aku kalau kena sergah. Ahhahah!

Kami bertolak dalam lebih kurang jam 8:40AM macam tu, dan sampai di sana dalam jam 9:30AM. Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, aku kongsi dulu sedikit info untuk korang jadikan rujukan sekiranya korang nak datang ke sini.

Gambar Map

PENANG WAR MUSEUM

Nama Tempat: Muzium Perang, Pulau Pinang
Pengasas: Mr. Johari Shafie
Waktu Operasi: 9:00AM – 6:00PM & 7:00PM – 11:00PM
Alamat: No. Lot 1350, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang
Contact Info:
Customer Service: 016 – 421 3606 / 04 – 626 5142
Fax: 04 – 644 8015 / 04 – 626 4142
Email: penangwarmuseum@yahoo.com
Facebook: Penang War Museum

Bayaran Masuk: RM 22.00
Nota: Untuk bayaran kemasukan ni ada dua kategori iaitu harga untuk foreigner dan harga untuk pemegang mykad. Dan harga untuk setiap kategori adalah berbeza untuk dewasa, kanak-kanak dan keluarga. (Aku lupa ambil gambar entrance fee, tapi korang boleh rujuk di blog Keyza – War Museum Penang).

Do’s & Don’ts di sini (aku tulis berdasarkan pamphlet muzium dan pengalaman aku)

Do’s

  1. Pakai sport shoes – banyak tangga dengan tempat laluan yang agak steep dan memerlukan dua jam untuk pusing semua tempat.
  2. Pakai tshirt biasa je – aku terlebih bergaya pakai sweatshirt sekali panas nak mampus. Tambah-tambah bila masuk terowong tu. Aduh!
  3. Pakai sunblock dan topi.
  4. Bawa insects repellent jika perlu.
  5. Ikut walking paths yang telah disediakan.
  6. Bawa air kosong di dalam botol – Silap besar kami berdua tak bawa air, dahaga nak mampus!

Don’ts

  1. Dilarang ambil barang kat situ, cukuplah korang ambil gambar je.
  2. Tinggalkan barang korang, cukuplah korang tinggalkan kenangan.
  3. Merokok.
  4. Dilarang membawa haiwan, radio atau basikal ke dalam muzium.

OKU Friendly Atau Tidak? – Fizikal
(Disclaimer: Aku tulis ni berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri.)
Wheelchair: Tidak❌ (tiada laluan untuk wheelchair, semua tempat kat sini perlu menuruni atau menaiki tangga)
Walking frame: Tidak❌ (ruang tangga yang ada tak cukup luas untuk pengguna walking frame)
Axillary/Elbow Crutches: Ya✅ & Tidak❌ (Ya – jika korang dah cukup kuat, cekap guna tongkat untuk naik dan turun tangga yang banyak, berani dan yakin tapi sebaiknya korang tunggu korang dah lepas tongkat dulu lah. Kawasan di sini agak sempit dan curam. Jadi korang kena berhati-hati. Sebab aku datang sini pun aku masa aku dah lepas tongkat selama 3 bulan. Seeloknya perlu ada peneman. Tidak – jika korang baru belajar pakai tongkat.) Hehehe~

Jika penat berjalan, korang boleh duduk berehat di kerusi yang disediakan.

Kemudahan Awam
Tandas: Ada
Surau: Tak pasti
Tempat Rehat: Ada (Bench disediakan)
Kedai Makan / Kiosk: Ada kiosk kecil menjual minuman dan makanan ringan. (Di pintu masuk)

Aktiviti-Aktiviti Di Sini:

  1. Night Tour Mystic Adventure
  2. Private Function
  3. 100ft Tunnel X’plore & Submarine Bay
  4. Team Building / War Games
  5. Dormitary / Camp Stay
  6. WWII Trench & Jungle Trekking
  7. Etc…

Ok dah habis kongsi maklumat untuk dijadikan rujukan buat korang semua, jom kita masuk bab sejarah muzium ni pulak. (Aku ambil dari pamphlet yang disediakan dan aku translate sendiri dengan bahasa yang aku sendiri mudah faham erkkk….)

CREDITS TO: WAR MUSEUM PENANG PAMPHLET

ALL RIGHTS RESERVED TO: WAR MUSEUM PENANG PAMPHLET

Jom Story Sikit!

Dahulunya dikenali sebagai Kubu Penang. Kubu ini telah dibina pada tahun 1930-an oleh Royal British Engineers (Jurutera-jurutera Diraja British). Kubu ini berada di bahagian selatan-timur Pulau Pinang iaitu di atas Bukit Batu Maung.

Pihak British membina kubu ini sebagai sebuah tempat pertahanan di pesisiran pantai untuk melindungi pulau daripada serangan musuh dari Selat Melaka. Walau bagaimanapun, Tentera Imperialis Jepun berjaya menawan seluruh Malaya ketika Perang Dunia Kedua. Sejak itu, kubu Penang ini telah bertukar menjadi kem tawanan perang selama 3 tahun dan 8 bulan.

Kubu ini dibina di kawasan seluas 20 ekar, dilengkapi dengan terowong bawah tanah dan saluran pengudaraan, stor senjata, ruang pemuatan, ruang meriam, observation bay (sebuah menara yang tinggi untuk melihat kawasan lain), tempat tidur, rumah memasak dan medical infirmary. Sejak Jepun menyerah kalah, kubu ini menjadi sebuah tempat tersembunyi dan terbiar selama 60 tahun.

Setelah beberapa tahun membaik pulih kubu ini, Encik Johari Shafie yang merupakan seorang yang sangat meminati sejarah berhasrat untuk menukar kubu terbiar ini menjadi “the first outdoor living war museum” di Asia Tenggara. Dengan usaha dan kegigihannya, Encik Johari berjaya menjadikan Muzium Perang ini sebagai ahli The Founding Congress Of The International Word War II Association, 2015.

CREDITS TO: WAR MUSEUM PENANG PAMPHLET

ALL RIGHTS RESERVED TO: WAR MUSEUM PENANG PAMPHLET

Itu sahaja perkongsian aku. Terima kasih buat korang yang sudi baca blog aku. Aku sambung cerita aku berjalan-jalan di muzium ini di blog seterusnya: “Short Trip Ke Penang War Museum, Part 2: Lampu Terpadam Sendiri.


Spread the love

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com