Save on your hotel - hotelscombined.com
bilik majlis daerah dabong kelantan
Malaysia,  Staycation,  Travel

Review Bilik Majlis Daerah Dabong, Kelantan [Staycation]

Spread the love

Lepas dah habis berjalan-jalan, makan malam pun dah bungkus siap-siap untuk makan malam ini. Dah sampai masa aku kongsi pasal tempat aku tidur sepanjang 3 hari 2 malam berada di Dabong. Sepanjang 2 malam ini, kedua-duanya aku tidur di tempat yang berlainan. Malam yang pertama di Majlis Daerah Dabong, dan malam yang kedua di Jelawang Pipe Resort.

Jadi, kali ini aku nak kongsi mengenai bilik di Majlis Daerah Dabong.

Dislaimer: Aku tempah bilik pada bulan Februari 2022, jadi kalau korang jumpa blog aku pada nasa akan datang harga dan lain-lain kemudahan mungkin akan berubah. Harap maklum dan terima kasih.

Maklumat Bilik Majlis Daerah Dabong

Nama Tempat: Majlis Daerah Dabong, Kelantan
Alamat: 18200 Dabong, Kelantan Darul Naim
Contact: 09 – 966 3345
Email: mddabong@kelantan.gov.my
Laman Web: Majlis Daerah Dabong
Facebook: Majlis Daerah Dabong

Ada apa di kawasan tempat tinggal?
Kedai makan: Ada beberapa kedai makan, dekat-dekat sahaja. Aku tak sempat nak ronda-ronda
Kedai runcit: Terletak bersebelahan sahaja. Buka pintu bilik sudah nampak
Masjid: Kawasan belakang bilik. Korang boleh tengok di dalam gambar

Nampak macam biasa sahaja kan dalam gambar tu? Aku pun ingat alah, biasa sahaja ni. Macam dalam cerita anime pun ada.

Anime House (Sumber: Dollai)

Rupanya tak, dalam dia ala-ala homestay. Homestay yang satu bilik lah, jangan korang ingat homestay yang 3-4 bilik ke atas. Huhuhu~ Bukan semata-mata buka pintu sahaja terus nampak katil macam hotel (Hotel murah-murah lah yang aku duduk, hotel mahal aku tak tahu). Tapi bilik di Majlis Daerah Dabong ni, ada ruang tamu, dapur, tempat makan, tandas dan bilik. Harga pun murah kalau nak banding dengan keadaan bilik ni. Cuma RM 80.00/malam. Ini bilik di tingkat bawah.

Kalau di tingkat atas, RM 150.00. Tingkat atas pun sama sahaja macam bilik aku, cuma ada tambahan lagi satu bilik. Maksudnya, di tingkat bawah ada 1 bilik, tapi di tingkat atas ada 2 bilik.

Ruang tamu ada satu kerusi dan satu kipas.

Kalau datang sini dengan keluarga, aku sarankan korang untuk tempah bilik di sini. Dalam bilik dah ada katil queen size. Kalau di ruang tamu pula, bolehlah korang bawa toto korang untuk dijadikan tempat tidur. Aku anggarkan sahaja lah, agak-agaknya kalau satu keluarga tu ada dalam 5-6 orang ahli, memang sudah cukup untuk tempah bilik ni.

Kalau korang datang dengan kawan pula, 5-6 orang dalam satu kumpulan sudah cukup untuk tempah 1 bilik. (2 orang tidur di dalam bilik, lagi 3 orang tidur di luar). RM 80.00 kalau bahagi dengan 5 orang, baru RM 15.00 seorang. Kalau solo traveler macam aku, rugi sikit lah duit. Heheehe! Tapi sini tak ada hostel, (belum jumpa lagi setakat ini), nak tak nak, terpaksalah aku tempah tempat yang selain dari hostel. Sob sob~

Dalam bilik ada satu pendingin hawa dan satu kipas. Lepas itu, ada satu tempat jemur kain, boleh lah korang gantung tuala kan?

Ruang makan pula, ada satu kipas dan meja makan sudah tersedia untuk 6 orang. Dapur pula sudah ada water heater, cuma stove dan gas untuk memasak tak ada. Pinggan, mangkuk, sudu dan cawan sudah disediakan. Penyapu pun ada, plug extension dan tong sampah pun ada. Yang barang banyak-banyak tepi singki itu aku punya skincare, korang abaikan sahaja. Hahahaha!

Tandas di bilik ini ialah tandas jenis duduk. Aku tak ambil lah gambar tandas. Tak perlu kot. Hehe~

Kawasan belakang bilik

Gambar di atas pula ialah gambar di kawasan belakang bilik. Ada 3 tong sampah 500L kot. Kalau salah, korang komen lah, aku betulkan.

OKU Friendly Atau Tidak – Fizikal
(Disclaimer: Aku kongsi berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri)
Wheelchair: Bergantung pada jenis kecacatan dan jenis wheelchair
Tandas:
– Bergantung pada jenis keadaan korang, tandas bagi aku agak sempit, kalau nak masuk dengan wheelchair besar macam wheelchair aku memang payah. Kalau yang kecil boleh masuk.
– Ada bendul agak tinggi. Tapi kalau korang beli wheelchair ramp, korang boleh guna.
Walking Frame: Ya
Axillary/Elbow Crutches: Ya

Seperti yang korang tengok di atas, wheelchair ramp ada banyak jenis. Ada yang getah ada yang besi. Range harga pula adalah dari puluhan sehingga ke seribu lebih. Korang boleh banding di kedua-dua aplikasi, sebab online shopping ni kadang-kadang yang A lagi murah dari B, kadang-kadang B lagi murah dari A pula kan?

Baiklah, aku rasa setakat ini sahaja perkongsian aku. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku. Kita jumpa lagi di (blog masih dikemas kini).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com