Save on your hotel - hotelscombined.com
Random Blog,  Uncategorized

Senarai Kedai Terbaik Di Shopee Mengikut Kategori

Spread the love

Hi semua. Di sini aku nak kongsi dengan korang kedai terbaik di Shopee yang korang patut cuba. Semua kedai ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri, dan semua kedai ni adalah bagus dari segi bungkusan, hantar barang yang betul dan tak silap, barang dihantar dengan cepat dan kebanyakan senarai di sini aku beli lebih dari sekali. Aku senaraikan kedai-kedai di bawah mengikut kategori dan aku sertakan sekali dengan review dari aku sendiri. (Review ini tidak berbayar ye ehek!). Dan, aku akan update dari semasa ke semasa.

Senarai ni aku tulis nama kedai dengan link sekali. Senang untuk korang pergi cuci mata nanti heheheh!

PAKAIAN

  1. F.O.S
  2. La Bellee Fashion
    • Review: Aku beli seluar panjang untuk pakai pergi kerja, harga cuma RM15.xx. Kualiti bagus. Seluar tak tebal dan tak nipis. Seluar sesuai untuk pakai di rumah dan casual wear.
    • Rating: 10/10
  3. Levi’s Official Store
    • Review: Takda apa aku nak tulis sebab levi’s ni memang dah terkenal. Hehehe~ Yang penting, semalam order harini dah sampai.
  4. Finetoo Official Store
    • Review: Korang boleh beli pakaian dalam dengan harga yang murah. Contohnya, seluar dalam berharga RM2.xx sehelai. Kualiti pun kira ok lah sesuai dengan harga. Cuma korang janganlah expect kualiti setanding dengan barangan yang berharga beratus-ratus pulak. Heehhehe~. Barang sampai agak lambat sebab dari China. Barang aku sampai dalam kira-kira kurang 20 hari. Update terkini 2022: Berdasarkan pengalaman aku, sekarang ni barang dari China pun sampai dalam seminggu sahaja.
    • Rating: 8/10
  5. Forest Official Shop MY
  6. future_roses
    • Review: Kedai ni mereka jual pakaian dalam plus size. Contohnya, panties ada size 3XL hingga 6XL.
    • Rating: 10/10
  7. Silent66

PAKAIAN, KASUT & BARANGAN SUKAN

  1. Sport Planet Warehouse Outlet

KASUT

  1. Happyfit Footwear
    • Review: Ini kedai kasut Monobo.

BARANGAN MEMASAK, MAKANAN & MINUMAN

  1. foodieblog
  2. Nestlé
  3. MerchGrocer
  4. Buyeco Official Store
  5. shopwithty
    • Review: Korang yang suka mengunyah tak kiralah sambil tengok tv ke study ke main fon ke, boleh cuba beli peria crispy di sini. Sedap. Aku beli yang 500gm makan dengan nasi. Tu pun tak sampai 3 hari dah habis. Kat kedai ni ada jual 200gm, 500gm dan 1kg.
    • Rating: 8.5/10 (masih dalam misi mencari peria cripsy yang paling sedap)
  6. Safiya kerepek
    • Review: Dah dua kali aku beli pisang salai kat sini. Sedap, banyak dan murah. Anggaran 500gm dalam RM15 – RM17 macam tu. Kerepek pun ada dijual.
    • Rating: 9/10 (masih dalam misi mencari the best pisang salai)
  7. hwofficial
  8. Payang Mall
    • Review: Pegaga Crispy sedap!!!

BARANGAN PERSONAL CARE

  1. Original Health & Beauty Products
    • Review: Kedai ni aku beli masker vietnam. Masker Vietnam kat sini memang bagus dan berkesan. Tak macam di beberapa kedai lain yang aku dah cuba beli sama ada di physical store atau online store di mana masker tersebut beku dan tak boleh digunakan langsung.
    • Rating: 10/10
  2. JOJOhulala
    • Review: Aku beli syampu, krim mandian dan hand sanitizer di sini. Seller bungkus barang betul-betul rapi. Setiap penutup botol, semuanya dibalut dengan tape. Seller pun cepat pos barang.
    • Rating: 10/10
  3. Wako Beauty
  4. Marshear Beauty
  5. Watsons Malaysia

BARANGAN CLEANING

  1. Seri Maju Warehouse
  2. Sin Hing Huat Autocare Sdn Bhd

KEDAI UNTUK PENIAGA ONLINE

  1. Abby shop
    • Review: Kedai ni jual courier bag yang comel-comel. Ada yang gambar bunga, swan dan macam-macam lagi. Aku beli consignment pocket je heheheh…
    • Rating: 10/10
  2. 1-stop Supply For SELLER
    • Review: Kedai ni supply barang untuk peniaga. Apa yang dijual ialah bubble wrap, tape, fragile tape, courier bag, stretch film dan waybill.

KEDAI UNTUK STUDENT

  1. LootersBox
    • Review: Untuk students yang suka hias-hias buku dengan sticker aesthetic atau vintage, korang boleh tengok kedai ni. Serious cakap, sticker kat sini memang vintage habis. Selain itu, kat sini jugak ada jual washi tape, kraft paper dan lain-lain lagi.
    • Rating: 10/10
  2. VC Art Stat
  3. jeoneolmee
  4. Smart Penguin
  5. justserif
    • Review: Rak buku, nametag & cop.
  6. Kedai Buku Adam
    • Review: Nak cari buku MUET, STPM, SPM, PT3/PMR, dan UPSR, korang boleh tengok kedai ni.
    • Rating: 10/10
  7. xpertprinting
    • Review: Kedai ni jual kertas. Kalau korang nak kertas saiz besar macam A3 ke nak buat mind map satu bab terus kan hehhehe, korang boleh cari di sini.
  8. NEKO STATIONERY

BARANGAN HAIWAN PELIHARAAN

  1. rizraz88
    • Review: Aku beli ubat cacing dengan ubat kutu untuk kucing. Bungkusan sangat kemas dan rapi. Walaupun barang dah diletakkan dalam kotak dan container, seller balut lagi dengan bubble wrap.
  2. ShopWithJoy
    • Review: Syampu kucing botol besar iaitu 1000ml cuma RM16.xx. Dah tu wangi pulak.
  3. bigbox.my
  4. Petico.my

TOYS, MINIATURE, FIGURE, DVD & ALBUM

  1. cutebee.my
    • Review: kalau korang suka tengok orang buat rumah miniature yang comel-comel tu, korang boleh tengok kedai ni. Mana tahu lepas ni korang boleh jadi youtuber miniature yang famous dari Malaysia pula kan?

Itu sahaja. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku. Aku ada kongsi juga mengenai Cara Order di Shopee & Bayar Cash Di 7-Eleven dan Senarai Kedai Terbaik Di Lazada Mengikut Kategori. Korang boleh klik sahaja.


Spread the love

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com