Save on your hotel - hotelscombined.com
trade in macbook air di switch
Random Blog

Cara Trade-In Telefon Lama Di Switch Step By Step

Spread the love

Hi semua! It’s me again! Ree is calling! Hello! Jom! Aku nak kongsi mengenai cara dan proses trade-in telefon Samsung di kedai Switch berdasarkan pengalaman aku.

Disclaimer: Perkongsian ini ditaip pada tahun 2022. Jadi, segala harga dan maklumat yang dikongsikan mungkin akan ada perubahan jika korang jumpa blog aku pada masa akan datang.

Pertama sekali, korang kena ambil tahu beberapa perkara di bawah, aku senaraikan ya:

  1. Jenama dan model telefon korang
  2. Harga trade in telefon korang
  3. Keadaan telefon korang (elok atau tidak, skrin ada retak ke tidak dan sebagainya)
  4. Barang apa yang korang nak beli

Baiklah, korang dah tahu ke semua yang aku senaraikan di atas? Kalau dah tahu, jom aku kongsi langkah seterusnya.

Korang masuk ke laman web Switch: Trade In. Dari laman web ini, korang boleh tengok sama ada model telefon korang ada atau tak ada.

trade in, jual telefon, Samsung, iPhone, switch
Laman web Switch: Trade In

Kalau tak ada (aku tak pasti boleh trade-in atau tidak). Tapi jika model telefon korang ada, korang boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu tengok harga trade in telefon korang. Aku bagi contoh, harga trade telefon Samsung Galaxy Note 20 Ultra 5G (12gb + 512gb) ialah RM 2,375 (tengok pada retail price sebab kita nak trade-in dengan cara walk-in di kedai).

Jika nak trade in di kedai, tengok pada retail price

Ok, dah tahu berapa nilai trade-in telefon korang kan? Barang apa pula yang korang perlu bawa ke kedai Switch?

Barang yang perlu dibawa adalah:

  1. Telefon sahaja (cable, charger, dan earphone tidak perlu dibawa).
  2. Kotak telefon (Jika ada, boleh bawa untuk memudahkan staff Switch tengok nombor imei. Kalau korang tak ada kotak, tak apa. Tiada masalah. Boleh bawa telefon sahaja).
  3. Wang tunai atau kad debit (korang nak beli barang kan, kena lah bawa hehehe).
  4. Kad pengenalan

Dah sampai di kedai Switch, korang bagitahu yang korang nak trade in telefon korang dengan barang yang korang nak. Contohnya, kalau korang nak trade in telefon Samsung Galaxy Note 20 Ultra 5G untuk beli Macbook Air M1 2020, korang bagitahu sahaja lah. Mudah kan?

Kemudian, staff akan check telefon korang. Kalau ada plastik dan tempered glass, mereka akan buka. (Bagus betul staff di Sunway, dia minta kebenaran dahulu nak buka plastik, kemudian nak buka tempered glass pun dia minta kebenaran. Switch kena bagi bonus lebih ini). Jika skrin korang ada retak, ada tercalar mana-mana, atau apa-apa sahaja kerosakan dan kehilangan, harga trade in akan berkurang. Lepas dah habis check keadaan fizikal telefon, staff akan check pula lah bahagian lain. Speaker, call, touch id, dan sebagainya. Jika semua sudah ok, korang pun dah bersetuju dengan harga yang diberikan, korang boleh pilih lah nak Macbook model yang mana.

Jika harga Macbook Air 256gb ialah RM 4,399.00, dan harga trade in korang pula ialah RM 2,015.00, maka korang tolak lah harga Macbook dengan harga trade in. Jadi jumlah yang korang perlu bayar untuk Macbook korang adalah RM 2,384.00.

Harga ini TAK termasuk dengan harga Microsoft Office, accessories dan AppleCare ya. Harga ini adalah harga Macbook SEMATA-MATA. Jadi, jika korang nak install Microsoft, nak beli AppleCare atau accessories, korang kena tambah duit lagi. Huhuhu…

Harga AppleCare untuk MacBook Air ialah RM 799.00. Harga AppleCare untuk setiap produk Apple adalah berbeza-beza. Korang boleh lihat di laman web Switch: AppleCare Protection Plan. AppleCare ini korang nak pun boleh, korang taknak pun tak ada masalah. Kelebihannya, kalau korang beli AppleCare, dalam masa 3 tahun jika terdapat masalah HARDWARE, korang boleh ganti secara percuma. Apa lagi eh, aku pun dah lupa. Untuk maklumat lanjut mengenai AppleCare, korang boleh rujuk di laman web Apple: AppleCare Product.

Manakala untuk Microsoft Office pula ada beberapa jenis iaitu:

  1. Home & Student
  2. Home & Business
  3. Personal
  4. Family
  5. Business Standard

Terdapat dua jenis plan iaitu plan satu tahun dan plan permanent. Harga untuk plan satu tahun sudah semestinya lebih murah dari plan permanent. Korang boleh pilih plan mana yang korang nak mengikut korang punya bajet. Segala maklumat dan harga mengenai Microsoft Office korang boleh rujuk di laman web Switch: Microsoft Office.

Accessories pula, korang boleh tengok di laman web Switch: Accessories. Accessories ada banyak, tetapi buat masa ini, aku hanya beli USB-C to USB Adapter sahaja sudah cukup. Ouh ya! Nasib baik aku teringat. Adapter korang boleh cuba tengok di Shopee: UGREEN OFFICIAL MALAYSIA. Aku dengar-dengar adapter jenama ini bagus. Tapi aku belum cuba lagi. kalau korang pernah guna,korang kongsi di komen OK?

Baiklah, aku rasa setakat ini sahaja perkongsian aku. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku. Aku harap post aku ini sedikit sebanyak dapat membantu korang. Selamat membeli!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com