Save on your hotel - hotelscombined.com
Random Blog,  Uncategorized

Cara Beli Barang Di Shopee & Bayar Cash di 7-Eleven

Spread the love

Di blog aku sebelum ni aku dah kongsi cara beli barang di shopee lepas tu korang boleh bayar secara cash di 7-Eleven. Tapi disebabkan sekarang ni aku taktahu nak buat apa, aku tulis post yang sama, bezanya gambar yang aku gunakan sekarang ni lebih mudah untuk korang rujuk.

Buka aplikasi shopee. Di bahagian “Search Box” korang taip barang yang korang nak beli. Contohnya, buku, kasut, korean fashion, pyjamas dan sebagainya.

Lepas korang dah tekan klik, akan muncul barang yang korang nak cari. Di sini, korang pilih korang nak beli di kedai mana. Sedikit tips dari aku, pastikan korang beli di kedai yang mempunyai rating 4 atau 5 bintang untuk mengelakkan sebarang masalah yang korang tak jangka. Lepas dah pillih, korang klik kedai tersebut.

Kotak merah: Barang yang korang cari
Kotak kuning: Official Store untuk brand yang korang cari
Kotak biru: kedai biasa

Lepas dah jumpa kedai yang korang nak, korang klik gambar tu. Contoh di bawah, adik aku nak beli kasut sukan di Sport Planet Warehouse Outlet. Lepas korang dah klik, keluarlah page ini pulak. Kemudian, korang klik “Add To Cart”. (gambar trolley di bawah)

Kemudian, korang klik pula gambar trolley di atas. Itulah korang punya cart.

Dalam cart ni, korang tandakan barang yang korang nak beli dan klik “Check Out”

Di bahagian Check Out: iaitu “Shipping Option”, korang pilih jenis courier yang korang nak dan klik “Confirm”. Aku pilih JnT sebab courier JnT di tempat aku sangat cepat. Barang paling lama pun 3 hari dah sampai.

Lepas klik Confirm, korang scroll ke bawah dan klik “Payment Option”.

Korang pilih “Cash Payment at 7-Eleven” dan klik “Confirm”.

order shopee, beli di shopee dan bayar cash, shopee bayar di 7-eleven, bayar cash di shopee, cara beli barang di shopee, cara order di shopee

Akhir sekali, klik “Place Order”. Lepas keluar gambar barcode, korang “SCREENSHOT” dan klik “OK”.

Gambar screenshot tu nanti korang pergi 7-Eleven dan tunjuk kepada cashier dan bayar cash. Siap!

Selamat membeli. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku. Aku ada share juga review mengenai kedai-kedai di shopee yang aku pernah beli. Korang boleh baca di blog ini: Senarai Kedai Terbaik Di Shopee Mengikut Kategori.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Save on your hotel - hotelscombined.com