
Pusat Rehabilitasi Perkeso, Part 3: Benda Basic Yang Kena Ingat
Hi semua! Post kali ni aku nak share pulak benda basic yang korang perlu ingat sepanjang korang berada di sini. Kalau terlupa tak apa, korang boleh tanya orang. Macam serious sangat ja kan? Atau hg yang tulis ni yang acah serious?
Ok, berbalik pada tajuk asal kita.
WAKTU KELAS
Isnin hingga Jumaat: 9:00AM – 6:00PM
(Waktu kelas setiap orang adalah berbeza-beza – ikut pada kelas dan sakit korang, ada yang habis awal, ada yang lewat. Bergantung pada kelas yang korang ambil. Waktu yang aku tulis di atas adalah waktu yang standard lah.)
Sabtu: 9:00AM – 12:00PM
Ahad: Tiada kelas
WAKTU OUTING
Isnin hingga Ahad: Lepas habis kelas sehingga jam 7:00PM
HOME LEAVE
Sekiranya korang nak balik rumah dan bermalam di rumah korang:
(Sama juga, pastikan korang masuk semula ke pusat rehab pada atau sebelum jam 7:00PM)
Contohnya: Hari Sabtu korang balik rumah korang, dan masuk semula ke pusat rehab pada hari Ahad sebelum jam 7:00PM.
PASSPORT
Kenapa dengan passport? Ok, kat sini korang kena guna passport yang diberikan macam dalam gambar di bawah. Bukan passport yang korang pergi travel tu hahhaha!

Passport ni penting, korang kena sentiasa bawak dan jangan tertinggal di mana-mana. Sebabnya, setiap kali nak masuk kelas, korang perlu scan passport korang. Lepas tu, kalau nak pergi outing atau home leave, korang perlu tinggalkan passport korang di pondok RELA. Nanti dah habis outing atau balik ke asrama, korang ambil balik passport korang.
Nampak macam susah kan? Tapi sebenarnya senang je. Nanti korang masuk sini, memang automatik korang sentiasa pegang passport tu. Kira macam no hal lah! Senang sangat!
WAKTU MAKAN
Di sini, korang akan makan sebanyak empat kali sehari. Sedap ke tak makanan dia? Bagi aku ok je. (cuma biasalah manusia ni kadang bosan makan kat dalam asrama hari-hari, nak jugak pergi merasa makanan kat luar). Dah la percuma pulak tu. Menu ada banyak dan korang boleh pilih korang nak makan apa. Maih sini aku senaraikan menu yang aku ingat iaitu Spagetthi Bolognese and Peri Chicken, Nasi Ayam Hainan, Dory Masam Manis, Nasi Goreng Cendawan (Ayam), Butter Chicken dan sebagainya.

Breakfast: 7:30AM – 8:30AM
Lunch: 1:00PM
Dinner: 6:00PM
Supper: 8:00PM
Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Pusat Rehabilitasi PERKESO, korang boleh rujuk di link di bawah:
Laman Web: Pusat Rehabilitasi PERKESO
Facebook: Pusat Rehabilitasi PERKESO
Aku sambung part 4 di blog seterusnya: Pusat Rehabilitasi Perkeso, Part 4: Kemudahan & Kelas Yang Disediakan
Aku rasa setakat ni sahaja perkongsian aku. Terima kasih buat korang yang sudi singgah di blog aku.


2 Comments
Tehahhahaha
Ahhh thank you for the writing,start from incident until recovery process 🥹
3 minggu yang sangat tough mentally especially dan Saya baru discharge from hospital almost same condition macam awak.
Bole saya tau brapa lama awk dekat rehab centre ya?
Ree Aki
Hi awak.. seingat saya kebiasaannya yang masuk rehab ni mungkin dalam 3-4 bulan.. tengok pada keadaan juga.. semoga cepat sembuh awak💪🏼