Uncategorized

Pengalaman Patah Tulang, Part 1: Perkongsian Dari Noobie

Spread the love

Yup! Itu yang aku nak story untuk kali ini. Assalamualaikum dan hi semua! Aku akan kongsikan semuanya termasuk cerita aku, proses tuntutan Hilang Upaya Sementara, Hilang Upaya Kekal dan pengalaman menjalani fisioterapi. Semuanya aku tulis di tajuk mengikut part masing-masing.

Sebelum tu aku nak cakap, buat korang yang patah atau sakit tak kisah lah disebabkan oleh kemalangan, jatuh dan sebagainya. Korang kena kuat semangat. Aku harap perkongsian aku beserta blogger lain (link di bawah sekali) sedikit sebanyak dapat membantu korang. Walaupun sikit, aku harap korang ada motivasi gitu. Hehe~

But you’ll never know unless you walk in my shoеs
You’ll never know, my tangled strings
‘Causе everybody sees what they wanna see
It’s easier to judge me than to believe
The old thoughts I hid deeply
Sometimes grabbing me and tormenting me

Song: Blackpink – You Never Know

Sebelum aku bercerita, kat sini ada tak peminat Blackpink? Mesti korang tahu kan lagu ni? Aku peminat Rose, kalau korang nak tau lah.
Fahamkan lirik lagu tu. Ya inilah yang aku alami selepas aku sendiri terbabit dengan kemalangan. Amat mudah untuk orang cakap itu ini, tapi hanya orang yang alami je faham perasaan sakit tu macam mana. Dulu aku tengok orang kemalangan, aku ingatkan ujian yang dia hadap tu cuma lah fizikal. Tapi tak! Mental, emosi dan fizikal semua ujian ni datang sekali gus. Serentak!

  1. Bawang: Ni balasan tuhan kat kau!
    • Kalau ada bawang yang cakap kat korang macam ni “Haa tu lah balasan tuhan, accident ni sebab balasan tuhan, balasan dosa, jadi macam ni mesti sebab muda-muda dulu… etc~.” Ingat! Pedulikan ja! Buat pekak telinga sudah.
    • Tak ada sapa pun dalam dunia ni nak dilanggar atau pun nak melanggar orang. Memang mudah nak judge orang untuk benda yang semata-mata nampak kat depan mata.
    • Benda ni pun aku pesan kat diri aku, jangan judge orang lain, mungkin dosa dia orang nampak, tapi pahala dia orang tak nampak. Padahal aku ni, mungkin pahala aku orang nampak, dosa aku pulak cuma tuhan saja yang tahu.
  2. Overacting: Alah beranak lagi sakit, kawan aku patah jugak tapi mc sekejap je dah masuk kerja…
    • Sama jugak, korang pekakkan telinga. Orang yang tak pernah rasa memang takkan faham. Setiap orang situasinya tak sama.
    • Kalau la tiba-tiba korang rasa down, cuba lah pergi bersembang dengan orang yang pernah duduk kat tempat yang sama. Mereka sangat memahami.
  3. Sakit:
    • Sakit tu penghapus dosa. Mana pernah kita nak listkan dosa kan? Reda dengan apa yang terjadi.
    • Mula-mula memang susah. Tapi within time, sakit tu akan berkurangan. Setiap orang tempoh masanya tak sama. Ada yang sampai setahun pun masih sakit, ada yang 2, 3 bulan dah hilang sakit.
    • Tak perlu nak bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Sampai bila pun tak akan habis.
    • Yang penting, korang cuba buat yang terbaik. Setiap hari yang berlalu, cuba untuk jadi better than yesterday.
  4. Takdir
    • Benda dah jadi nak buat macam mana. Kita bukannya ada time machine nak patah balik ke masa lalu. Setiap benda yang terjadi ada hikmahnya. (Apa hikmahnya? Nanti aku ceritakan berdasarkan pengalaman aku.)
    • Tuhan ambil sedikit dari kita, masa depan-depan kita tak tahu apa benda lain tuhan nak bagi. Susah nak bersangka baik dengan tuhan tambah-tambah masa sakit teruk-teruk ni.
    • Tapi percayalah, benda ambil masa. Cuma jangan pikir sangat sakit tu. Aku doakan korang yang alami benda yang sama ni, supaya hati korang tough nak hadap semua ni. You are the chosen one.
  5. Pandangan SEBAHAGIAN Orang Terhadap Perempuan Cacat
    • Ni benda yang paling aku menyampah. Aku tak kisah orang nak tanya pasal kaki aku, cuma aku cukup menyampah bila orang cakap macam ni:
      • “Kesian, dah lah perempuan.” – “Nanti nak kahwin macam mana?” – “Susah ni, nanti orang taknak kahwin.”
    • Contohnya, lepas kemalangan, aku terpaksa naik GRAB untuk pergi ke kerja. Dan aku boleh terima bila orang bertanya kenapa dengan kaki aku? Tapi bila soalan tu meleret sampai macam ni:
      • “Ada boyfriend tak”, bila jawab tak ada. Mereka tanya lagi soalan lain “Dulu ada boyfriend tak?” atau “Boyfriend tak boleh terima dia cari lain?”
      • “Tak laku lah nanti.” – “Nanti you nak kahwin, nak beranak macam mana?” – “Kaki macam ini boleh pregnant ka?” – “Cacat macam ni, ada orang nak ke?”
    • Dan macam-macam lagi lah tapi semuanya dalam kategori yang sama. Sampai aku pergi kerja pun, hadap soalan yang sama. Kahwin, Nikah, Pregnant dan Bersalin. Tak ada ke benda lain yang korang nak pikir? Memang tujuan hidup ni untuk kahwin saja ka? Memang tahap kejayaan seseorang perempuan diukur dengan perkahwinan?
    • Kalau nak cakap pasal susah nak hiking ke, menari ke, naik motor ke, berkayak ke. Aku pun tak marah. Ini tak habis-habis kahwin. Rasa nak penampar pulak muka orang yang tanya tu.
    • Tapi kita ni hidup bermasyarakat, selagi orang tu kacau kehidupan seharian, buat taktahu sahajalah.
    • Yang penting, kita jaga mulut kita sendiri. Kalau tak ada benda baik nak cakap, sebaiknya diam saja lah.
    • Apa aku nak tekankan dekat sini, sekiranya korang perempuan dan mengalami kecacatan fizikal tak kisah lah sebab apa sekali pun. Aku nak korang tahu, ITU BUKAN LAH PENGAKHIRAN HIDUP KORANG! JANGAN KORANG RASA DIRI KORANG TU DAH TAK MACAM PEREMPUAN NORMAL YANG LAIN! SUSAH KAHWIN KE, BERSALIN KE, KORANG JANGAN PUTUS HARAPAN! JANGAN SESEKALI KORANG RASA DISEBABKAN KEADAAN KORANG NI, KORANG DAH GAGAL DALAM HIDUP! NO!
    • Yang penting, KORANG KENA KUAT DAN KORANG SENDIRI KENA CARI KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP KORANG!
    • Sekiranya korang ada masa lapang, sarankan korang baca buku Nick Vujicic (Seorang yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan dan kaki dan merupakan seorang motivational speaker).
  6. Kisah blog lain mengenai patah tulang:

Itu je kot untuk part 1. Aku kongsikan pulak pengalaman kemalangan aku di Part 2: Accident Ketika Balik Kerja.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *